Zakir Naik datang ke Malaysia,
Yang menjemput orang sebelah sana,
Ada yang benci ada yang suka,
Hebohlah masing-masing kata mengata.
Tak pasal-pasal DAP yang kena,
Mulut Ramasamy punya angkara,
Walaupun MIC dan MCA turut membantah juga,
Sebab apa BN cakap, diam belaka.
Top-top Zakir Naik bermadah seloka,
UMNO dan PAS patut bersama,
Demi bangsa dan agama itulah penyelesaiannya,
Akan terpancar syiar Islam seantaro dunia.
BERNAMA |
Zakir Naik duduk di India,
Dakwah dia hebat, ramai pengkagumnya,
Tetapi kitalah yang meratap sengsara,
Kerana GST, AES, 1MDB, PTPTN dan yang sejenama dengannya.
Ada keluarga mahu bapanya dibebaskan dari penjara,
Ada keluarga anaknya lulusan IPT tapi tak dapat kerja
Ada keluarga makan malam ini entah ada entah tiada,
Tolonglah nasihat wahai pemimpin jika berupaya,
Sering kali kita dibawa ke atas persada yang bernama lupa,
Ada wajah k-pop, yahanana dan agama,
Ada cabutan tiket bertuah, lumba motor dan kereta,
Untuk apakah semua itu wahai anak muda?
Selebriti yang dirai kembali ke negaranya,
Jangan bertanya tentang apa motif UMNO menjemputnya,
Tanyalah: Apakah nilai sebuah undi, wahai minda,
Untuk kekal dalam derita selamanya?
aduhai sebuah madah yg perlu direnungkan,bukan nya untuk kita saja,akan tetapi untuk masa depan generasi yg akan kita tinggalkan,kita kini telah berada di tepi tebing,bila2 masa aje kita akan terglincir,kita akan pergi,takan kembali lagi,masa untuk kita perjuangkan telah berlalu,generasi penerus akan menjadi penyambung,hidup perl;u di teruskan,entah apakanh nasib generasi penerus yg kita tinggalkan,klu bumi tercinta telah tetrgadai,hutang bertimbun perlu di tanggung,pembuat hutang telah pun mati,penyokong dan pembela si piutang pun telah pergi,generasi penerus dan penanggung hutang yg jadi jaminan.....terus hidup dlm pengadaian....bunga nya bertambah,hutang tak pun langsai2....aduhai generasi ku....abah mu,atok mu,moyang m u ini tetap terus berjuang membetulkan yg bengkok tapi yg jadi pengkhianat juga terus menang....jgn le kamu nanti tetap salahkan abah mu,atok mu,moyang mu.....teruskan perjuang ...penyambung perjuangan abah mu,atok mu,moyang mu/.....teruskan tapi mengundur walau pun selangkah,.....ini bumi mu,tanah air mu,tanah tumpah darah mu....jgn le kamu pulak nanti menjadi pengkhianat pada generasi penerus mu....ingat ini INI LAH PESAN ABAH MU,ATOK MU,MOYANG MU......AGI IDUP,AGI NGELABAN
ReplyDeleteSalam Yong
ReplyDeleteMantap gurindam seloka Yong....semuanya dah ada dalam skrip. Bawa Zakir Naik, olahkan suasana ke arah yang disasarkan. Dan tunggulah sedikit hari lagi Zahid Hamidi akan memanggil mesyuarat Kluster Politik Majlis Perundingan Islam yang bakal menemukan pemimpin2 UMNO, PAS dan NGOs pilihan bagi merintis jalan mencari titik pertemuan ke arah penyatuan Islam. Itu dalam skrip. Hakikatnya ialah; jalan yang paling mudah untuk memperdayakan orang ramai ialah menggunakan agama dan kata-kata seperti "penyatuan ummah", "memertabatkan Islam" adalah amat mujarab bagi memenangi sokongan supaya mereka dapat terus memegang kuasa.
Walaupun aku tahu blog ni biasanya syok sendiri lanyaran hanya konen pro PH saje yg dibebarkan.. bagaimanapun sy nk post jgk walupun hanya seringkas mungkin..
ReplyDeleteKalau PAS nakkan kuasa kenapalah PAS sanggup lawan UMNO pd mana2 pilihanraya termasuk PRU14 yg akan dtg?
Kalau PAN tak nakkan kuasa kenapa kenapa kacau daun PAS di Sarawak?.. Tapi kita sediamaklum.. ada kawalan jauh yg berpusat di Penang agar tumpaskan PAS at all costs..
An Anonymous
DeleteKamu sebenarnya yang syok sendiri. Kamu buat tuduhan melulu kata blog ini tak terbitkan ulasan pengunjung yang pro-PAS/UMNO/BN.
Kamu dah skodeng blog ini pada setiap N3 ke? Kalau kamu tidak melakukan yang demikian, kamu memfitnah. Walaupun kamu tidak menggunakan nama sebenar Allah SWT tetap tahu kamu memfitnah.
Yong bercakap benar. Kalau pengunjung pro PAS/UMNO/BN tidak membuat apa-apa komen adalah kerana mereka rasional dan tahu Yong bercakap benar.
Yong respect pengunjung pro PAS/UMNO/BN yang berfikiran positif, tetapi bukan yang membuat tuduhan melulu.
Dosa memfitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.