Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 29 March 2015

JAWAPAN PALING TAK MASUK AKAL DARI PRESIDEN PAS

TAK TAHU ATAU TAK MAHU TAHU? 

Ketika seluruh negara heboh Mat Sabu di tahan, PAS Wilayah Persekutuan sedang mengadakan konvensyen. Ramai "ulama" PAS turun ke Gombak, termasuk Haji Hadi, Presiden PAS.

Tetapi dia "tidak tahu" timbalannya telah ditahan polis dan dibawa dari Pulau Pinang ke IPD Dang Wangi sebelum dibebaskan pada jam 11.30, 28 Mac, 2015, setelah ditahan hampir 23 jam.

Berita penahanan Mat Sabu juga dimuatkan dalam Astro Awani, Berita Harian dan Tranungkita.net selain portal berita online seperti TMI, Malaysiakini juga Facebook dan Blogs milik aktivis.

Tetapi Presiden PAS kata dia "tidak tahu."

Presiden PAS mungkin tidak kesempatan membaca berita-berita tersebut. Atau mungkin kurang sihat. Tetapi dia dikelilingi oleh penasihat-penasihat, anak-menantu yang sihat wal-afiat, dan penyokong-penyokong yang 24 jam sembang dalam Facebook, Whatsapps, etc.

Sesungguhnya jawapan Haji Hadi itu langsung tak masuk akal.

Mana boleh Presiden parti tidak tahu Timbalan Presiden telah ditangkap? 

Timbalan Presiden itu bukan ditangkap penyamun ketika sedang mencari minyak (untuk dapatkan dana membantu mangsa bah kuning Kelantan) di Mongolia.

Amat memalukan sekiranya Presiden PAS itu benar-benar tidak tahu (bukan tidak mahu tahu) timbalannya telah ditangkap.

Kalau Presiden PAS benar-benar tidak tahu, maknanya berita penangkapan Mat Sabu sengaja digelapkan dari pengetahuan Presiden PAS. 

Tapi apa tujuannya?

Sekarang siapakah yang memalukan Presiden PAS?

Kalau sampai beginipun pemimpin PAS masih tak sedar betapa buruknya akhlak orang yang berada di keliling Presiden, Yong tak tahu nak cakap apa dah.

Semua gara-gara berebut jawatan.

Jauh sangat ke IPD Dang Wangi dari Gombak?


20 comments:

  1. A'kum Yong

    Entah siapa yang bangang, siapa jadi siamang berebut pisang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller

      Demer berebut, rakyat juga yang serabut.

      Delete
  2. sedih tengok pas sekarang hanya mampu tengok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aff

      Kalau tak boleh buat apa-apa lagi, berdoa sajalah.

      Delete
  3. Ni hakikat ustaz. Diakhir zaman... Berckp pandai tetapi amalan mereka amat d ragui...

    ReplyDelete
  4. Apa pula Yong jawapan tak masuk akal dari presideng Pas.itulah jawapan yang maha suci dan maha mulia dari kacamata buta puak2 HULAMAK UG.tak percaya ?cuba tanya Hulamak Ug dalam Pas ,apa jawapan dia.

    ReplyDelete
  5. For what ever reason, samada memang tak tahu atau tak mahu ambil tahu, Hadi tetap seorang Presiden yang tidak prihatin serta gagal mengawal parti dan anak buah. Dalam erti kata mudah eloklah letakkan jawatan kerana beliau tidak competent.

    Masakan beliau tidak tahu bila diri dikelilingi oleh juak-juak pengampu yang mahu menjatuhkan Mat Sabu dan menginjak-injak beliau. Jika Mat Sabu masuk jamban pun pergerakan beliau sentiasa diintai oleh juak pengampu Presiden, inikan pula ditangkap Polis dan di laporkan secara meluas di media utama dan laman sosial. Haji Hadi PEMBOHONG, sama macam Mahathir yang tahu KPN tumbuk mata Anuar dulu...Kedua-dua mereka PENIPU.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi tadi semasa sarapan di sebuah restaurant saya sempat bertanya mereka yang saya kenali pandang meraka terhadap Presiden PAS. Dari pada sepuluh orang ini cuma seorang sahaya yang berkenan. Yang lain lain meminta Presiden PAS meletak jawatan di atas sebab yang mereka beri kan.

      Di sebelah petang saya pergi bergunting. Di dalam kedai gunting itu terdapat seorang anak muda sedang berhujah dengan seorang warga "SENJA" yang aku kenal. Ia nya bukan fasal Presiden PAS tapi pasal UMNO-BARU. Budak muda yang tidak saya kenali itu mula respond bila situa itu berkata bahawa tanpa UMNO-BARU orang Melayu tak boleh hidup. Bila budak muda itu memberikan beberapa sebab menyatakan bahawa si tua itu telah "KAFIR" dan menyuruh di bertaubat dan melafas kan semula "SYAHADAAH" nya. Si tua yang bada mula nya begitu "BERSEMANGAT" menyatakan kebaikan UMNO-BARU dan G.S.T kelihatan diam membisu seribu bahasa setelah mendapat penjelasaan berhubung dengan "KEBAIKAN" UMNO-BARU.

      Setelah kedua dua nya beredar ada dari para pelanggan yang sedang menti giliran bersuara, "Sebelum ini saya pernah mendengar berkenaan dengan sifat orang Melayu terhadap UMNO-BARU. Tetapi setelah melihat sendiri seorang orang tua yang berperanggai demikian saya mula yakin dan percaya. Bila kah agak nya orang Melayu boleh berubah?"

      Delete
    2. Salam

      Ada yang kata, kalau atuk dia boleh bangun dari kubur, atuk dia akan undi UMNO.

      Parti macam ini yang ingin sangat segelintir ahli PAS berpadu kasih.

      Mungkin sedang mengharap atuk demer bangun dari kubur?

      Delete
  6. DeeDee Yong...

    Betul Hadi Awang tak tahu... Malah apa yang berlaku depan mata dier pon dier tak tahu... Termasuklah kes demo kat depan Pejabat Agung PAS pon dier tak tau... Walaupun dier lalu tengah-tengah orang berdemo tue...

    Yang dier tahu cuma aper yang anak menantu dier bagitau ja.... Hahaha... Kesian... Sudah uzur dah tue... Daya pengamatan dan ingatan dah kureng.... Aiyo...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum kak yong !

    TGHH jawab begitu sebab :

    # Husnozon ... baik sangke kite rase TGHH berseloro macam dia jawab orang tanya dia ngape tak datang mesyuarat Majlis Presiden PR dulu tu ler.

    INGAT... buat kita semua + TGHH ...Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

    # dia HANYA "menjalankan tugas (amanah)" oleh perwakilan yang bijaksana yang pilih dia penggal dulu... Lagi pun dia HARUS ikut restu Maslis Syura .. mana boleh dia overrule, does he?

    # Dia tak dan (sempat) dinasihatkan oleh "pendamping" @ sahabat setia dia sebab dia baru jer balik mesyuarat jumper ulamak no 1, 3, 4 & lain-lain tu ! Maapkan dia ..lately dia kite maklum dia kurang sihat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Hahahaha...

      Jangan jadi Presidenlah kalau tak cekap nak jawab soklan wartawan!

      Delete
  8. ulamak klu dah nyanyok bahaya tu,takut2 dia terlupa hukum nanti lain pulak jadinya......tambah bini sampai 5org,dah lupa nak kata apa

    ReplyDelete
  9. Saya menyokong kepimpinan TGHH.. semoga beliau dapat terus memimpin kami dari segala pemfitnah2 spt di atas.. mereka hanya tahu menyokong pkr dan dap yg terang2 menentang islam.. syukurlah saya diberi kesedaran utk tidak bersama mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wan Rosli

      Takde sorangpun pengkomen di atas yang sebut demer menyokong PKR dan DAP.

      Jangan memfitnah!

      Delete
  10. Wassalam Yong.. So ada ke mereka kutuk LKS dan DSAI.. tak de kan.. so maknanya mereka lebih wala' kpd LKS dan DSAI.. salah ke sy anggap cam tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wan Rosli

      Mana tahu takde?

      Contohnya cuba pergi ke Blog C++ atau Blog Hanz Azdi.

      Yang patut dikritik kita kritik. Tak kira pemimpin parti mana.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.