Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 2 March 2015

KETIKA KAMI MENYERANG MUSUH, ADA 'USTAZ-USTAZ HARAKI' BERI PELURU KEPADA MEREKA - BERANIKAH USTAZ MENJAWAB?

Mungkin Dr Dzulkefly tidak akan sampai ke tahap ini kalau tidak didesak dan diserang tanpa adab oleh golongan yang mengaku "ulama." 

Dipersilakan puak "ustaz haraki" menyambut cabaran ini:

Dr Dzulkefly Ahmad 

Salam..

Sementara kami menumpu membuat serangan ke atas seteru politik dengan mendedahkan pelbagai kebejatan dan kebobrokan tadbir-urus kewangan dan ekonomi negara, seumapama isu 1-MDB, FGV, Hutang negara dan kejatuhan nilai RM, ada pulak 'ustaz2 haraki' yg giat 'menyerang' kami dan nak perjatuh kami. Telah kami katakan cukuplah...tapi nampaknya jadi macam budak..lagi ditegah lagi menjadi2..kerja2 ini hanya memberi peluru kepada seteru-lawan politik kita.

Berpada2 sahabat2ku...kami bukanlah jahil sangat tentang Islam dan disiplin ilmunya....kerana PAS sejak berzaman khasnya era Al-Marhum Ust Fadzil Noor telah 'mengustazkan' kami..ada diantara kami yang telah mendapat 'Tarbiyah Haraki' sejak zaman student lagi.....

Saya juga telah mendapat izin TG Presiden dan Mesy PAS Pusat untuk mengadakan 'wacana-bahas-debat'... pilih 'setting' yang 'tuan2 lebih selesa...untuk semua tuduhan tuan2 yang kami ini 'sesat, songsang, 'liberal' atau pengamal liberalsime agama' dapat kita wacana, bahas atau debatkan secara mendalam dan tuntas..mungkin secara tertutup....kalau cara itu lebih wajar.

Harap jangan dihampakan.....dengan segala rendah hati saya memohon.

AlLahu Musta'an!

Beranikah "ustaz-ustaz haraki" itu menyambut cabaran Dr Dzulkilfly? Beranikah "ustaz-ustaz" ini bertanggunjawab terhadap kecaman mereka tanpa sempadan akhlak ini?

Kita nantikan respon "ustaz-ustaz haraki" itu. 

Jangan jadi "ustaz harakiri," sudah.

SIAPA YANG PARASIT, SIAPA YANG FASIQ? (MSTAR) 

*...Bersambung...*