Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 18 January 2012

HASSAN ALI PRODUK MCKK?

Anwar Ibrahim di saat dibebaskan dari tuduhan meliwat
Hassan Ali kata: 
“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku." 

Ini berita dari  Malaysian Insider. Udah lama berita nih. Gasak dia le, nak buat dosa dan bagi pahala pada Anwar Ibrahim FOC. 

Aper Yong nak citer kat sini ialah butiran sembang Yong dengan dua orang yang rapat dengan Yong masa balik kampung beberapa purnama yang lalu. 

Sembang 1:

Yong ader sedara yang ramei kenalan orang besor2, termasuklah seorang mamat dari MCKK! Ha...ini citer teramat best. Ropernyer si mamat ni 6 tahun jadi dorm-mate si Anwar yang peminat Hassan Ali kata kaki liwat tu. Bayangkan 6 tahun satu dorm! Macam2 boleh jadi yob. Kesian betoi abang2 dan pakcik2 kita kat MCKK pada zaman Anwar Ibrahim tu, habih kena tibai bontot demer! OOPS! Bukan Yong cakap yer. Gerombolan yang buat fitnah. Yong! Miker jangan ikut perangei gerombolan dan buat fitnah yer! Dosa besor!

Astaghfirlah! Mengucap Yong! Citer sebenornya gini. 6 tahun dia jadi dorm-mate Anwar Ibrahim, dia tetap teruna suci! Brotherhood MCKK itu demer teruskan walaupun setelah masing2 kahwin dan beranak pinak. 

Ah! itu citer kroni Anwar. Tentu dia kata Anwar dan dirinya masih teruna suci bila melangkah keluar dari MCKK kan? Kan?

Tunggu! Jangan klik keluar dulu!

Sembang 2:

Tak jauh dari kampung Yong tinggal seorang guru silat yang jadi pakar rujuk kepada gerombolan penyokong Imam Had Hari. Demer cari guru ni untuk selesai problem. Selalunya sang guru akan tolong. Tapi kot problem tu akibat angkara sendiri, dia akan basuh gerombolan ini. Siapa guru silat ni, biorle jadi misteri. Sewaktu sembang2 kosong, Yong tanya guru silat soalan cepumas. "Betulkah Anwar Ibrahim meliwat Saiful?"

Guru silat ni terkejut dengan soalan yang tak diduga ini. Tapi jawapannya agak pantas. Lebih kurang begini:

"Takdelah. Anwar tu dah sakit sebab kena pukul. Agak parah juga. Saya sudah lama cakap, lepas keluar penjara tak payah masuk politik lagi."

Yong tanya soalan cepumas kedua: "Kenapa Saiful kata Anwar Ibrahim liwat dia?"

Jawab guru silat ni:

"Itu semua politik. Saya dah kata, Anwar akan dapat susah kalau terus berpolitik."

Yong amat hormat guru silat yang jadi pakar rujuk gerombolan Islam Had Hari ni, walaupun Yong tak pernah menyokong konsep ini. Jadi Yong percaya guru silat ni tak menipu. Yong ada alasan sendiri kenapa Yong kata dia tak penipu. Alasan itu terkandung dalam jawapan dua soalan cepumas berikut:

1. Pada zaman siapa Anwar Ibrahim dibebaskan?
2. Pernah tak Zahid Hamidi kata Anwar Ibrahim meliwat Saiful?

Tentang Hassan Ali pulak, macam mana dia tahu banyak tentang moral Anwar Ibrahim? Adakah dia pun produk MCKK?

Hassan Ali tak dapat adakan 4 orang saksi. Saiful tak dapat adakan 4 orang saksi. Kalau Hasan Ali berani tuduh Anwar Ibrahim meliwat Saiful tanpa 4 orang saksi, maknanya dia sama otak macam Saiful yang telah melakukan jenayah qazaf. 

4 comments:

  1. salam yong..kaki kencingyg ada phd ( pengejar harta dunia)..bini dua yong...

    ReplyDelete
  2. Teluk Bakong,
    Gila isin yob.

    ReplyDelete
  3. bini 2?? baru aku tau. kahkahkah!!!
    gerenti byk utang.

    ReplyDelete
  4. sallam, saya ada ikuti kisah liwat 2 dari awal dan sampai hukuman bebas DSAI. Lepas jer hakim memutuskan DSAI tidak bersalah, saiful pulak dengan statementnya, 'jumpa di Mahsyar'..... dan dengan berani, sesungguhnya DSAI tetap meliwatnya. Saya tidak dipihak mana mana .... tapi banyak terdapat evidence dari saiful yang tidak munasabah ...... persoalannya kenapa masih ada orang seperti saiful yang amat berani, saya kira, dalam mengatakan yang ditetap diliwat oleh saiful ..... pening..... sedangkan dia tak cukup bukti untuk DSAI disalahkan dan banyak keraguan dengan keterangan beliau ...... suka sangat sekiranya Yong dapat share sama sama..... TQ

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.