Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 19 January 2012

SIAPA SEBENARNYA KETUA ZON PAS GOMBAK YANG MASUK UMNO? (UPDATE)

JENG...JENG...JENG!

Cuba tengok dua gambar ni baik-baik2. Gaya berdiri, dahi, mata, telinga, tubuh badan dan lengan. Ini kes pelanduk dua serupa? 
Berikut kenyataan polis mengenai mamat di atas:

Pihak polis telah mengenal pasti anggotanya pada perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu  didakwa menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam usaha cuba menyuraikan penunjuk perasaan itu.

Ketika dihubungi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata laporan polis telah dibuat ke atas anggota itu - yang didapati memakai bandana (kain tutup muka) semasa perhimpunan itu - tetapi tiada pendakwaan akan dilakukan.

"Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan tiada tindakan selanjutnya boleh diambil terhadapnya kerana ketiadaan saksi," katanya kepada Malaysiakini (di sini)

Gambar dia bertaburan dalam Internet, polis boleh kata takde bukti? Macam ada yang tak kena jer. Betoi ke orang tu anggota polis? Takde tag nama dan pakai bandana serta bawa buku lima tu masuk dalam SOP polis ke? Atau dia pakai bandana sebab takut dikenali?

Ini pulak kata PAS tentang mamat yang mengaku ketua zon ni:

Bila masa PAS lantik dia (Mohd Jais) jadi ketua zon ... aku pun tak tahu... lagipun geng nie masuk Pas dulu, tak pernah mai surau pun...duk pakai seluar pendek.. duk karaoke depan umah..
- SU PAS kg Kerdas (di sini)

Ape pun, kot dah rupa serupa, perangai tentu serupa kan?

Adekah Hassan Ali gelak guling2 keseronokan bila bace berita penyokongnya kuar PAS (kononya)?

6 comments:

  1. Wujud ke jawatan Ketua Zon di dalam PAS?

    ReplyDelete
  2. Yob Mountdweller
    Demer reka je jawatan tu. Polis je yang ade zon

    ReplyDelete
  3. Tahniah.... s
    satu pengbongkaran yang cukup baik.....minta izin nak copy gambar tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manjung mari, Silakan. Gembira dapat berkhidmat untuk ummah (glad to be of service to people)

      Delete
  4. Tak sama, gambar atas perut dia nampak boroi sikit....

    ReplyDelete
  5. Azlan,
    Baru lepas jamuan...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.