Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 6 January 2012

RAFIZI RAMLI LWN PENCACAI INFAQ UMNO

Rafizi Ramli mendedahkan kebobrokan fitlot. Ada bukti yang dikeluarkan. "Kantoi!" Kata pencacai umno. Demer kata takde salahnya urusniaga NFC. Taksalah beli kondo mewah, buka restoran mewah, beli tanah dan beli kondo dengan duit "soft loan" gomen tu, walaupun demer tahu duit itu sebenornya untuk niaga lembu.

Komer cuba jawab soalan objektif berikut:
  1. Kalau gomen bagi susidi minyak diesel kat nelayan, tapi nelayan jual minyak tu kat tokeh, salah tak?
  2. Kalau orang miskin minta pinjaman beli komputer, tapi guna duit tu untuk melabor kat ASN, salah tak?
Kalau komer jawab "tak salah" pada soalan di atas, sah komer memang bingai. Jika komer jawab salah pada soalan di atas, tapi masih kata fitlot tu betoi, komer tak bingai. Komer adalah golongan cerdik pandai yang buta matahati. Orang bingai jika diperjelaskan dia akan jadi cerdik. Orang yang buta matahati, ialah golongan yang gagal melihat dengan hati yang terbuka dan gagal memberi pandangan melalui pemikiran yang matang. Kesian sungguh bila orang Melayu Islam dihinggap penyakit kegagalan ini. Sudahlah komer gagal untuk mencapai DEB yang cuma 30% itu, nak menangani persoalan fitlot, sebagai sampel case pun gagal. Aper yang komer tak gagal? Alasan! Alasan! Alasan!

Matahati bukan entiti fisikal yang komer boleh lihat. Tapi ia wujud. Jika komer cari, komer akan jumpa dia ada dalam diri jika komer terdiri dari orang2 yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Ini kerana salah satu daripada pegangan iman dan taqwa ialah "Memelihara amanah dan menepati janji." Apakah janji komer semasa memohon "soft loan" tersebut? Adekah termasuk beli kondo mewah, beli tanah, buka retoran mewah dan beli kenderaan mewah? Ya, komer boleh melaksanakan semua itu dari keuntungan yang didapati melalui business komer. Tapi adakah business fitlot komer diuruskan secara beramanah mengikut perjanjiannya? Tidak! Ketua Audit Negara sudah persoal pengurusan fitlot.

Ketua Audit Negara yang komer lantik untuk meneliti pengurusan kewangan negara buka pekong fitlot. Tapi kenapa serang Rafizi?
Kenanganku kepadamu Lembu
Adakah pengurusan fidlot itu selaras dengan konsep jihad dan infaq yang komer sama2 berbaiah dulu? Hancur negara kalau sikap tidak amanah dijunjung dan kambing hitam dipersalahkan.

2 comments:

  1. ada satu lg yg terlepas ni, ambik duit juta2 tu boh dlm fixed deposit. lepas tu menkedarah duit interest. yg tu standard bisnes ops ameno. duit mikro kredit 10 ribu pun sumbat masuk fixed deposit, bkn mniaga.

    ReplyDelete
  2. Azmie
    Yong setuju sangat. Tapi masalahnya dalm PR ada pelesit jugak.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.