Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 25 September 2014

TAK FAHAM ATAU TAK MALU? EPISOD SELEPAS MELAKNAT

Sebenarnya selepas isu MB Selangor selesai, Yong ingat tak mahu komen apa-apa lagi, walaupun Yong sedikit tidak gembira bukan Wan Azizah yang dilantik.

Orang Melayu ni kalau boleh, perempuan itu duduk di dapur sahaja. Bila masa pilihanraya, perempuan dikerah jadi perayu undi.

Kecuali DAP dan PKR yang kelihan terbuka, sikap UMNO pun sama saja. Wan Azizah tak sesuai sebab ada "periods." Dalam UMNO, perempuan takat pelengkap korum untuk mesyuarat. Bukan Yong kata. Tapi bekas Ketua Wanita UMNO yang kata (di sini).

Merujuk kepada kuasa perempuan dalam PKR, kelmarin Ketua Wanita PKR membuat kenyataan begini:


Ringkasnya, dia berpendapat PAS patut dikurangkan jangkauan kuasanya:

POLITIK BALAS DENDAM?

Ramai pengamal/pengkomen pro-PR dalam media sosial yang tak senang dengan kenyataan Zuraida Kamaruddin. MP ini dilihat seperti mahu mengeruhkan air yang sudah hampir jernih. Walau bagaimanapun, suka tak suka, kenyataan Zuraida ada kebenarannya. 

Jika Presiden PAS menyokong pencalonan Wan Azizah, kemelut ini sudah lama selesai. Sesiapa ada kenyataan sokongan itu, walau sepotong ayat sekalipun, sila bagi link kepada Yong.

Yong hanya jumpa kenyataan yang memperlekeh Presiden PKR, selain kata nista yang lebih baik Yong tak sebut. Maknanya sikap seperti Zuraida itu bukan prevalent hanya dalam PKR. Baca sendiri atau dengar sendiri dari Youtube:

TENTUNYA KERUSI YANG LEBIH KECIL DARI MB LAGI TAK PELAHAP

Selepas kenyataan pahit Zuraida, SU Agung PAS pula cakap begini:

DULU SENARAI CALON MB RAHSIA. SEKARANG SENARAI CALON EXCO PUN RAHSIA JUGAK?

Setelah puas melaknat 2 orang ADUN PAS di khayalak ramai, PAS ambil balik 2 ADUN itu untuk melengkapkan bilangan ADUNnya menjadi 15, dan menuntut 4 kerusi ADUN.

Lucu sungguh.

Benar. Dua orang ADUN yang diberi berbagai-bagai gelaran kurang enak itu masih lagi ahli PAS, tetapi...

Ini kes tak faham atau tak malu?

23 comments:

  1. Replies
    1. Salam IbnAbHalim

      Kekadang terfikir jugak...Adakah ahli politik ini tak tahu malu?

      Yong melihat secara umum - BN (UMNO dan komponennya) dan PR, macam serupa jer...

      Delete
  2. bila parti komunis buat keputusan, ia mesti bersandarkan kepada ideoloji komunism ..... bila parti sosialis buat keputusan ia mesti bersandarkan ideoloji sosialism .... bila parti demokrat buat keputusan ia mesti bersandarkan ideoloji demokrasi ...bila sebuah parti Islam buat keputusan ia mesti bersandarkan ideoloji Islam .... kan begitu..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rantai

      Setuju. Sepatutnya begitu. Jadi jangan le senang2 melaknat orang.

      Delete
  3. DeeDee Yong....

    Errr... diorang nih takder "kemaluan" kot..... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Kemaluan ada. Tapi malu...hmm....sendiri mahu ingat ler...

      Delete
  4. macam pelahap pun ade, macam-macam ade, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam muhammad

      Pemimpin mestilah "walk the talk." jangan pandai cakap jer. Kalau pandai cakap jer, lama2 orang benci.

      Delete
  5. Yong...dulu ana akan sedih kalu PAS kalah....tapi mulai malam ni..
    ana ketawa hingga berguling guling bilamana mendengar kekalahan PAS di P. Kubor...hurrreyyyy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fadzil

      Yong sedih PAS kalah. Walau apapun Yong harap PAS menang. Tapi mungkin Allah nak bagi tahu kita sesuatu? Lesson learnt?

      Delete
    2. Salam.

      Kekalahan PRK - khususnya di tempat yg masih perlukan "pembangunan" & taraf pendidikan sosio ekenomi masih naif - logika yg senang dijangka... jadi tak payah kita sedih sangat kut !

      TAPI having write that, yg lebih menyedihkan teman ni & ramai lagi penyokong Islam ialah punca kekalahan PAS tu daripada kelemahan, kesilapan ketara ramai orang pemimpin & ahli yang sepatutnya mendokong syariat, syiar Islam. Dengan cakap tak serupa bikin, menipu, khianat, bersikap tamak, kasar, semua ni seleweng daripada akhlak & kepimpinan Islam yang sebenarnya.

      Padan le kalah pun ... sehingga jemaah & niat & cara buat diredhai Allah, biar le PAS kalah memanjang pun, ase kan Islam yang menang !

      Delete
  6. Kekadang tak faham apa yang dia orang mahu. Nak dakwah ke? nak menang ke?sekadar nak bagi nampak berjihad dalam politik ke?kalau nak berdakwah, sejauh mana kejayaannya. Anak orang Umno merempit, anak orang Pas pun ramak yang berlumba. Anak orang Pas berkaraoke, anak orang Umno pun ramai yang menyanyi juga. Anak orang Umno berdating, ramai jugak berdating dengan anak orang Pas. Orang Pas sembahyang berjemaah, orang Umno pun ramai yang tak tinggal sembahyang.Sudah berapa juta orang bukan islam yang berjaya diislamkan oleh jemaah islamiah Pas? Ringkasnya Pas dillihat lebih kepada parti melayu persaing kepada Umno. Tak banyak bezanya islam Pas dengan islam Umno (dulu-dulu pakai lebai mungkin dikatakan orang Pas, tapi sekarang ini ramai geng-geng lebai yang dah jadi pak lebai kopiah longgaq) Secara teori Pas sewajarnya bergerak berdasarkan islam, tetapi praktikalnya.... (ada beza dengan Umno cuma tak jelas pada masyarakat) Apapun untuk berdakwah dalam pentadbiran negara, Pas perlu menyertai kerajaan dan untuk itu Pas perlu menang Kalau sekadar perasan dan syiok sendiri, kitalah parti islam terbaik, kitalah parti tersohor ulamak kitalah yang paling suci, tetapi strategi semuanya ketinggalan dengan pesaing, kalahlah jawapannya. Allah memberi hak kemenangan kepada mana-mana pihak yang merancang dengan baik untuk menang walaupun kita dipihak yang benar. Setelah sekian lama berjuang bersaing dengan parti pemerintah terutamanya Umno, Pas masih kalah dan terus kalah kepada Umno. Persoalannya benar berkesankah strategi Pas ataupun memang merancang untuk tewas? Wallahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mayang zulaika

      Well said.

      Harapan penyokong PAS ialah sebuah kemenangan Islam. Tapi kalau sikap berpuak-puak dan memandang rendah kepada ahli sendiri itu tidak dibanteras, maka PAS akan kekallah begini keadaannya. Titik.

      Delete
  7. Udah udah la tu mak yong. Mak yong mungkin dri golongan bangsawan. Banyak bercampur dgn org kayangan. Banyak kepentingan. Kami rakyat kelas bawahan yg xde kepentingan tp pentingkan keamanan. Kami rasa dh cukup penat dan tenat ngan politik yg caca merba mcm ni. Ngan anak nk kene re-seat exam upsr, ngan harga barang naik tp gaji x penah nk naik, ngan gst. macam macam hal kami nk pk. Jgn la nk di tambah lagi. Jgn disimbah bara yg nk padam ngan minyak petrol. bara nk padam biarkan dia padam terus. dh rentung dh jiwa kami ni.

    Baca komen komen dlm ni pun bahasa cam haprak. Cakap mcm bagus bebeno. Kalau rasa diri tu bagus bukak la harakah sendiri. Pimpin harakah sendiri.

    Tapi klu bahasa cam haprak ni mampu ke nk pimpin harakah? Klu mulut sndiri x terpimpin apa lah nk diharap utk pimpin harakah...diam itu lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kismis Merah

      Setuju. Kalau tak tahu apa-apa, baik diam.

      Delete
  8. Assalamualaikum Yong, pe kabor? Issyyy deme ni umpama meludah kelangit lepas tu jilat balik. Sedap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Moh Kembara

      Lama tak dengor kabor...harap semua baik2 belaka.

      Delete
  9. Yong yang ini maknanya pelahap tak tau malu.......!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sanzabrinee

      Hakikatnya kalau pemalu tak boleh jadi ahli politik...

      Delete
  10. Kalau tak setuju jangan mengata dan menuduh. Baca dan diam. Tak perlu komen negatif nak menyatakan anda dipihak yang benar dan satu pihak itu salah. Buat blog sendiri. Hari2 menulis dan terbitkan pemikiran anda di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pengundi Pr

      Yong setuju dengan pandangan miker. Tapi dalam dunia ini mesti ada orang yang tak setuju dengan kita.

      Hak Yong untuk tidak bersetuju atau setuju dengan pemimpin.

      Hak pengkomen untuk setuju atau tak setuju dengan Yong atau pengkomen lain.

      Tapi tak perlulah melabel atau menggunakan bahasa yang kesat, hanya kerana kita tak setuju.

      Delete
  11. Dear Seniwoman

    I respect your wish not to publish your comment. I totally agree with you. My response to Pengundi PR was intended to be in general, not specifically directed to the commentor. Harap Pengundi PR tidak tersinggung.

    ReplyDelete
  12. Ana memang dok follow anti punya blog ni..dlm kmlut mb slngor ni pa iktibar yg dpt kita kutip..pas punya strategi politik cukup memalukan...di sebab kn mr president nya yg tidak mnampkn 1 kepimpinan yg benar-benar alquran dn sunnah mnjdi reference beliau. .mulut capoi kta orng utara..dn membuat tuduhan tnpa bukti dn mngaibkan pemimpin yg seiring dgnnya..dn lst skli wajarkah seorang so call ulmak mngeluarkn perkataan yg cukup ta layak kluar dri.mulut yg sering bermain main ayat alquran dn hadith dibibirnya...yg lebih mnyedihkn ramai kelompok taksub dn wala membuta didalam pas membenar dn merestui ucapan pemimpin mcm nie....embarrassing. ...yong

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.