Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 29 January 2012

MISTERI NFC: SI KOMENG BUKAN ANAK HARAM PAK ANDEH DENGAN PUTRI BULUH BETONG


Jabatan Audit Negara (JAN) tak audit NFCorp. Dia audit NFC (National Feedlot Centre). Di mana pulak letaknya NFC nih? Mula-mula kita tengok rajah 2 yang dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani:
Itu dia. NF Corp syarikat Integrator. Sedara terminator ke? Harap2 bukan. Sebab ia dapat pinjaman kerajaan, ia sedara pulak dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan. NF Corp beranak NFC. Lihat brosur di bawah:
Brosur NF Corp: Muka depan

Brosur NF Corp: Apa dia buat

Brosur NF Corp: Projek NFC
Kenyataan dalam Corporate Profile NF Corp (dalam websitenya) berbunyi begini:

The National Feedlot Centre is the envisioned centre of production for beef andbeef products in Malaysia. As a High Impact Project under Ninth Malaysia Plan,National Feedlot Centre project will be instrumental in attaining the 40% self sufficiency for beef production by 2010. Mandated as an integrator for the project, National Feedlot Corporation Sdn Bhd is owned by Agroscience Industries Sdn Bhd with participation from the Government of Malaysia. Its commercial interest is the development of a planned, integrated and sustainable Malaysian beef industry through the development of the fully integrated livestock farming and beef production facility that manages the importation of livestock, feedlotting, slaughtering, processing, packing and marketing of beef in Malaysia. 

NFC's mission is to lead the industry in a manner that fosters excellence andintegrity, improves the feedlot business environment and ensures the success of its community. NFC will actively advance and promote the interest of the Malaysian beef industry; develop environmental and animal welfare standards; quality assurance; training programs and best management practices. 

NFC is positioned to take the lead role in carrying out the large scale commercial agriculture through various projects such as develops the National Feedlot Centre which is located in Gemas Negeri Sembilan fodder contract farming, satellite feedlot farming and other programs to support the development of Malaysia for the beef production industry and as a hub for regional beef development. 

Kementrian Pertanian dan Industri Asas Tani pula menyebut:

Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah merupakan program pengeluaran lembu secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas. Program ini diwujudkan di bawah pelaksanaan dan seliaan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Tujuan utama NFC dibangunkan adalah untuk meningkatkan bekalan daging lembu negara. Ia dibangunkan di bawah Projek New Agriculture Integrated Development bagi memastikan peningkatan SSL daging lembu daripada 23% kepada 37% menjelang tahun 2010. Sebanyak 310 ladang satelit (180 unit dibangunkan oleh JPV dan 130 unit dibangunkan oleh NF Corp.) akan dibangunkan di seluruh negara yang mana komponen utamanya adalah di Gemas, Negeri Sembilan. Ia akan diterajui oleh syarikat integrator utama yang menaungi usahawan-usahawan fidlot secara kontrak di ladang yang sama atau sekitarnya (ladang satelit iaitu milik persendirian).

Apa yang disebut oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sama dengan yang ditulis dalam brosur NF Corp, iaitu kaitan dua entiti itu dengan NFC. Kalau tidak, buat apa cerita tentang NFC dalam brosur kalau tiada kena mengena? NFC ialah projek penswastaan kerajaan BN. NF Corp ialah penerima projek penswastaan ini. Hubungkait antara NF Corp dan NFC menjadi kompleks kerana NF Corp diurus oleh keluarga Shahrizat seorang Menteri, dan bukan individu biasa. NF Corp dah mengakupun dia tu integrator NFC. JAN tidak menyebut 130 unit yang dibangunkan oleh NF Corp itu tidak bermasalah. Jadi, bolehkah NF Corp mencuci tangan?

JAN kena jawab. Si Komeng ni macam anak terbiar. Buat ikut suka, tak ikut prosedur dan tak capai matlamat. Siapa kena tanggungjawab? Sebagai pembayar cukai, Yong berharap kerajaan akan bersikap telus dalam perkara ini. Jangan sorok masalah di bawah karpet. Nanti tokeh karpet je yang untung. Ingat! kebanyakaan tokeh karpet bukan Melayu!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.