Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 13 February 2012

BEKAS SAMPAH DAH BOBROK BARU BERSUARA!

Kesian pun ader, menyampah lagi menimbun
Dulu Bekas Sampah, Sekarang Bekas Ape?

Tun Mohd Dzaidin jadi Ketua Hakim Malaysia pada 20 Disember 2000 hingga 2003. Aper dia buat masa tu? Adilkah dia? Masa itu DSAI sedang meringkok dalam penjara kerana fitnah Liwat 1. Tentu dia tahu proses perbicaraan liwat 1 tu pelik. Ada dia bersuara? Tentu tidak. Dia bukan blogger. Hahaha.

Dato’ Dr Ismail Ibrahim pula menjadi Pengerusi JK Fatwa K4 pada tahun 2000-2005. Ada apa2 pelik berlaku pada masa itu? Lupa? Cuba lihat di sini:

Ini keratan ucapan Presiden UMNO pada tahun 2000!

Ada dia tegur pemimpin Islam yang menghina nabi nih? Oh tidak! Dia biarkan saja pemimpin ini mengeluarkan "fatwa" sesat mengenai Nabi Muhammad. Dia lebih takut pada pemimpin ini dari Allah (SWT)! Hahaha. 

Trend pegawai tinggi kerajaan BN – menanggung semua sampah sarap yang keluar dari system pentadbiran itu – keputusan, hasil, etc. Tanggung semuanya, walau sudah koyak rabak fisikalnya dan dhaif minda. 

Sekarang sampah dah masuk dalam bekas lain. Bekas lamer yang dah luput tarikh dah bebas dari tanggung jawab? Sudah bobrok, pandai pulak bekas2 ni berkata2. Sorang menyalahkan pemimpin dulu, citernyer di sini. Sorang tak jelas maksudnya, nak selamatkan akidah siapa?, citernyer di sini.

1 comment:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.