Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 15 February 2012

UMNO MENANG TANPA BERTANDING DI PARLIMEN PASIR SALAK DAN DUN SUNGAI MANIK

Perak yang dirindui
Tak kira jembalang aper yang bertanding, asalkan lambang dacing akan menang di parlimen Pasir Salak dan DUN Sungai Manik.

Itulah persepsi grassroots. Dulu grassroots ini bertungkus lumus untuk menangkan Mustapha Kamil. Demer sebenornya menyampah kat mamat nih. Tapi demi PR, demer keroje jugak untuk menangkan mamat nih. Malangnya mamat ni kalah. Lepeh kalah mamat nih hilang tanpa berita. Sesekali muncul bila ader orang besor parti menjenguk. 

Bila baca N3 ini Yong minta baca sampai habis. Baca sekerat nanti tersesat!

Dengor cerita PAS ader minta supaya salah satu dari kerusi nih dikembalikan kepada PAS. Yong gunakan kembalikan sebab kedua kerusi nih dulu PAS yang bertanding (masa PKR belum wujud). Tapi orang PKR kawasan itu degil. Yong tak kata ketua, sebab melihat dari website, demer takde ketua pun. Kesian Haji Osman! 

PKR langsung tidak memberi laluan walaupun tahu takde grassroots yang akan tolong memancing undi. Ingat demer nak guna jentera PAS. Tapi dengor cerita marah grassroot PAS sebab gagal rundingan minta 1 kerusi belum reda. Haji Osman memang tidak dapat respek dari PAS dan DAP. Itu semua sudah maklum. Dalam blog PAS pun cuma tulis objektif untuk menang DUN Kampung Gajah. Mana cerita DUN Sungai Manik PKR? Yong google, tapi tak nampuk pun! 

Dengor cerita calon PKR akan minta tolong PKR Teluk Intan untuk kempen. Hahahah...

Parlimen Teluk Intan dikuasai DAP. Changkat Jong PAS. Pasir bedamar DAP. Jadi PKR mungkin tak nak tolong kat situ, untuk turun ke Sungai Manik dan Pasir Salak, begitulah percaturan demer. Tapi demer luper, boleh ke demer tembus kawasan Sungai Manik tu tanpa kerjasama PAS Sungai Manik?

Kenapa demer taknak bagi ruang pada PAS? Ader dua sebab:

1. Demer ingat ader peluang menang besor (jika PAS beri kerjasama)

2. Kalau menang besor, PKR boleh jadi MB (Itulah yang difikirkan oleh katak Behrang dulu!)

Ramai juga maklum PKR Perak terbahagi kepada dua kumpulan: Satu ikut Dr. Mohamad Nor Manuty, satu lagi setia dengan Mustafa Kamil Ayob. Tapi keduanya samer je. Tak nampak bayang. Boleh menang ke kalau macam ni?

Cerita yang lebih dahsyat lagi ialah kabor2 angin. Yong ulang kabor2 angin, kononnya jika calon PKR menang tapi PR tak dapat ke Putrajaya, demer berdua (dari Parlimen Salak dan DUN Sungai Manik) akan jadi katak! Yong harap sangat cerita ni tak benar!

Bagaimana pulak dengan PAS Pasir Salak? 

Dengor cerita, YDP pasir Salak Dr Muhaimin Sulam tidak bertanding. Asalnya beliau ingin bertanding di Sungai Manik, jika PKR beri laluan. Yong pun tak kenal orangnyer. Tapi dia ader blog kat sini. Tapi blog dia untuk orang yang tinggi ilmunyer jer!

Ketua Muslimat PAS Pasir Salak orang baru, dalam gambor yang pakai tudung hijau tuh.

Dengor cerita dah lama minah ni mengidam nak jadi ketua muslimat. Akhirnya berjaya. Minah ni dikatakan suka glamor dan publisiti, tapi ada masalah komunikasi. Harap2 miker buat kerojer dengan betoi dan amanah yer. Jangan nak main cantas menyantas macam umno pulok. 

PAS dan PKR! Jangan bagi UMNO menang tanpa bertanding!

2 comments:

  1. ek eleh...
    entah2 yong pun same turun ke pasir mah kot?
    kahkahkahkahkah
    selogho yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Libang Libu, Ini macam cerita Hokkien jer. Orang baik kena tipu orang jahat.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.