Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 27 February 2012

RARE EARTH TU BANYAK GUNANYA, UMNO TAKKAN NAK BAGI TAHU

Tahniah kepada penganjur Himpunan Hijau! Walaupun Yong tak pergi tapi hati Yong dah ader di sana bersama komer semua.

Yong cuma boleh tolong curah minyak jer, bior semarak lagi api menyampah pada Lynas tu. Penyokong neo-colonialist Lynas ni kata, rare earth ni menjana ekonomi sebab ia banyak gunanya. Kot takde rare earth ni, kita takde komputer. Yong pun tak boleh berblog. Aduh....susahnyer idup!

Memang betoi. Tapi aper2 sumber pun kot terlebih gali, tentu mudarat jadinyer. China dah tutup banyak lombongnya kerana takut masalah pencemaran alam sekitar akan merebak dengan dahsyat. Tindakan China ini membuatkan harga rare earth meningkat. Akibatnya banyak industri terjejas. Yang paling teruk ialah industri membuat kelengkapan perang berteknologi tinggi seperti peluru berpandu. Dalam gambor ini Brahmos, peluru berpandu buatan India. Negara India tu miskin, ramai rakyatnya masih tak dapat bekalan ayor bersih. Tapi pemimpinnya sanggup guna duit untuk buat kelengkapan perang. Nak tahu sapa tolong India buat benda ni? Rusia! Sebuah negara sosialis yang juga melindungi Milosevic, Presiden Yugoslavia yang zalim tu, Radovan Karadzic yang menyembelih ramai orang Islam Bosnia, dan sekarang Basyar Assad yang membunuh rakyatnya sendiri. Rusia juga membunuh ramai ulama/umat Islam semasa sedang mengkomuniskan rakyatnyer!

US tentu risau dengan perkembangan ini. Demer takut kuasa ke atas teknologi perang tidak dapat dikekalkan. Jadi dia mesti cari geng baru yang sanggup jadi pengganti China. US Destroyer akan jadi besi buruk kalau tak cukup rare earth.

Buatan India dengan bantuan Rusia, perlu rare earth

US Destroyer tak boleh hidup jika tiada rare earth
Penyokong Lynas yang bangang tu kata kita nak sekat monopoli China (pada tahun 2008, 97% rare earth datang dari China). Tentang nak sekat monopoli China tu memang lawak. Agaknya kecik sangat ke sumbangan China pada pasaran rare earth ni sampai kita boleh sekat? Nih gambor lombong demer.

Tengok rupa lombong pun dah seram. Lombong terbesar terletak di tengah pedalaman gurun Mongolia. Ceritanya kot nak baca kat sini. China melombong dan buat semua proses. Australia melombong, tapi tak sanggup buat semua proses sebab takut negaranya tercemar. Pemimpin Malaysia TIDAK sayang negaranya, sanggup buat kerja kotor Australia. Mengapa???

Tidak ada satu alat ketenteraan US yang tidak menggunakan rare earth. Article di sini.  Contohnya (di bawah) keratan fakta tentang penggunaan rare earth untuk menyokong pembuatan senjata canggih, yang kemudian akan dihalakan ke arah umat Islam dan dunia ketiga! Kita dah nampakpun, di Iraq, Afghanistan dan Pakistan. Jangan pura2 buta. Rare earth yang dikeluarkan oleh China sudah cukup untuk hand phone dan alat2 IT peribadi komer. Tapi kalau nak buat senjata, sampai banyak manapun takkan cukup!

NATO risau China akan menguasai kekuatan ketenteraan dunia. Rakyat Malaysia hanya jadi buah dadu yang akan dikorbankan demi meneruskan kekuasaannya. Jangan jadi bodoh!

Kenapa Malaysia nak terlibat politik NATO yang nak menguasai dunia?

Sekian, my 2 cents thought.

1 comment:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.