Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 23 March 2012

BILA DAH JADI BEGINI, 10 HASSAN ALI DAN 20 UMMI HAFILDA PUN TAK BOLEH TOLONG!

Walaupun kajian dari badan strategic BN dah tahu BN yakin menang satu pertiga, Najib tiada pilihan terpaksa juga buat PRU 13 dalam bulan Jun 2012. Ini kerana faktor2 berikut:
  1. Perbicaraan Scorpene akan dimulakan di Peranchis. Tidak tahu apa yang akan terungkai dalam perbicaraan itu nanti. Semakin lama perbicaraan berjalan, semakin banyak kebusukan yang timbul. Lebih baik buat pilihanraya sekarang dan guna data yang disumbat oleh SPR dalam system sebaik mungkin sebelum PR sempat menyemak semua kepelikan yang wujud di dalamnya. 
  2. Najib sendiri akan jadi liabiliti pada UMNO jika perbicaraan di Paris merungkai kebusukan yang terlampau. 10 Hassan Ali, atau 20 Ummi Hafilda tidak akan dapat menolongnya lagi. Ini kerana UMNO sendiri (baca Muhyuddin) akan tendang Najib, macam Najib tendang Pak Lah, Macanm Pak Lah tendang Mahathir. Macam Mahathir tendang Hussein Onn. Ini budaya demer. Ingat lagi PRU tahun 2004? Bila Mahathir berundur, Pak Lah menang besar! 
  3. Kes NFCorp dah disebut di mahkamah. Bila dah mula bicara nanti, kes ni akan meletop kerana tokehnya dah beri amaran tersirat bila dia berkata: Bertahu saya pemimpin umno mana yang tiada masalah? (harakah, 25 Dis 2011). Mungkin akan londehkan pemimpin lain. Jadi baikle pilihanraya sekarang sebelum perbicaraan di mahkamah bermula. Apa yang Sharizat sebut ni kitapun tak hairan sebab penghulu pencen Che Det sendiri pernah sebut di sini.
  4. Bagi komer yang maleh tengok blog penghulu, sini Yong cut and paste sebahagiannya:









Penyenraian Felda akan dibuat dalam bulan April. Ia tak boleh dilewatkan. BN mungkin hilang sedikit undi. Tapi kemarahan peneroka tak cukup untuk menggugat undi untuk BN.

Kalau BN kalah, demer tak peduli lagi pada tokeh lembu! Kalau masuk jel pun kejap jer. Pejam celik dah kuor. Jutawan tetap jutawan. Lain le ada hukum hudud.

Masa tu Hassan Ali dan Ummi Hafilda kena cari kerojer lain.

Untuk perhatian Yong cut and paste gambor ceramah Hassan Ali yang hebat dan bersemangat!
BERSIH 3.0 mesti digerakkan sebelum PRU13 jika SPR masih terus menerus buat kerojer pelik2 macam Bahagian UMNO.

1 comment:

  1. Yong,

    Bila Yong sebut Hassan Ali dan Umi Terbelitdaa.. membuat saya tergelak sakan. Simentimun dan Tembikai busuk ni tak ada siapa yang akan pandang sebenarnya.

    Puak-puak UMNO sendiri pun marah tak tidak senang bila UMNO bawa Umi terbelitdaaa berceramah di KB. Kalau orang UMNO pun marah, orang lain apa lagi...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.