Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 24 March 2012

APA KERAJAAN SELANGOR NI BUAT? JADI PENTADBIR NI DUDUK DIAM2 DALAM PEJABAT AJER KE?

Beberapa hari lepas Yong singgah pejabat kawan sebelum pergi pasar. Kawan ni seorang jusa gred B - pemegang keris bogel yang totok. Dia paling benci PKR dan amat simpati pada budak yang katanya tidak dapat keadilan walaupun kena liwat. Yong tahu kawan Yong ni baik hati, cuma dia hanya dengar maklumat geng keris bogel jer. Kekadang orang baik hati boleh jadi naif.

Yong jugak pernah dikatakan naif oleh seorang kawan (Dr. X) kerana menyokong Bersih 2.0. Katanya Yong tak tahu agenda zionis, DSAI dan golongan anti Islam yang jadi dalang Bersih 2.0. Dr. X nih penyokong kuat Chandra Muzafar. Jadi Yong tak ambik pot kata2nyer. Yong cuma tunggu jer apa Chandra nak buat bila PR berkuasa nanti.

Dipendekkan citer, kawan Yong nih nak pergi meeting. Dapat layan Yong kejap je. Tapi sempat jugak dia marah pada MB Selangor. Katanya Sungai Kelang sangat kotor. Yong quote, "Apa Jabatan air buat? Apa kerajaan Selangor buat? Jadi pentadbir ni ni duduk diam2 dalam pejabat ajer ke?"

Selalunyer Yong masuk telinga kiri kuor telinga kanan bila dia kutuk PR, sebab nak jaga persahabatan. Tapi kali ni kata2nya make sense. Yong terus cari maklumat jabatan air dari internet dan pergi ke seksyen 25 Shah Alam.

Jabatan air tak wujud. Yang ada Jabatan Bekalan Air, terletak di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (link). Kementerian nih jaga ayor minum, bukan sungai. Yang jaga sungai ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (link), di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (link). Bila tengok keadaan sungai Kelang, memang kotor:

SUNGAI DI BELAKANG KILANG: BENDA YANG NAMPAK TERAPUNG TU SAMPAH

BELAKANG KILANG ADA LONGKANG UNTUK BUANG SAMPAH KE SUNGAI
Tak tahu ler saper yang sebenornyer jaga Sungai Kelang nih. Negeri atau Persekutuan. Tapi yang dapat nama buruk MB Selangor. Jangan lupa. Ketua Pengarah dan pengarah2 tu jusa weh! "Jadi pentadbir ni duduk pejabat jer ker, tak turun padang? " Ini kata kawan Yong, orang umno, juga jusa.

Kerajaan Negeri Selangor tak boleh buat2 tak tahu. Kilang2 tepi sungai ni haram ke halal?

2 comments:

  1. Kak Yong ,, maaf terkasat sikit,,, dah JUSA B pun otak masih tak berkembang,,, tak hairan lah jika dah pencen nanti jadi kera sumbang,,,,,

    ReplyDelete
  2. Salam Yong, sejak bila Sg Kelang ni kotor? Sejak azaliiiiii! Tp ni bukan alasan utk gomen Sngor tak amik pot...haipppp!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.