Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 4 March 2012

KERANA TAKSUB KAPE LAYOR

Seorang nenek dipimpin oleh petugas untuk mengundi. Oleh kerana nenek ni rabun teruk, ketua kerani perlu membantunya untuk memangkah. Suara ketua kerani, seorang guru besar, mesti kuat supaya petugas boleh dengar dan tidak terjadi penipuan.

KETUA KERANI: Makcik nak pangkah yang mana?
NENEK: Makcik nak kape layor (kapal layar)
KETUA KERANI: Kapal layar takde makcik.
NENEK: Takde? Mana boleh takde?
KETUA KERANI: Betul, takde.
NENEK: Dulu ada. Apesal sekarang takde?
KETUA KERANI: Betul. Sekarang takde
NENEK: Ate, apa yang ader?
KETUA KERANI: Dacing, roket, bulan, basikal.
NENEK: Pangkah basikal ler.

Ketua kerani tak boleh kata kapal layar dah tukar ke dacing. Dia akan dituduh kempen. Mungkin nenek tu fikir basikal pun kenderaan gak. Macam kape layor.

Keputusan kiraan undi di kawasan itu: Calon bebas menang 1 undi.

Jadi, Hassan Ali, Zul Kulim dan Ibrahim Ali jangan takut bertanding atas tiket calon bebas jika UMNO tak bagi laluan. Nanti ader jer pengundi yang akan pangkah komer.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.