Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 22 May 2012

UNIFI YANG HAMPEH ATAU MAC YANG BODOH?


Masa mula-mula pasang unifi tu bukan main best lagi. Tapi sekarang dah beberapa minggu Yong menghadapi masalah ini. Line asyik putus jer. Kena restart baru dapat line. Yong tak pernah tukar komputer. Yong peminat MAC.

Aduh! sakit hati betoi!.

Yong dah cari kat forum dan sebagainya. Ada yang nasihat beli repeater. Yong pun cubale. Terbang RM140.00. Okay sekejap. Lepas tu pengsan semula. 

Kat master bedroom, ruang tengah (TV), tingkat bawah, dapur pulak boleh dapat line, tapi sering terputus. Kejadian lebih buruk berlaku bila Yong cuba surfing di bilik belakang. Langsung takde line bila siang dan malam. Bila surfing jam 4.00 pagi takde masalah, walaupun jiran keliling network on. Kenapa jadi begini? 

Tentu ada yang kata, jangan duduk bilik belakang. Hahaha, cadangan ni tak boleh diterima. Bilik belakang Yong equip dengan hawa dingin sebab ia bilik tetamu. Bilik ni berhawa dingin sebab ia dapat kepanasan matahari petang. Jiran keliling semua pasang aircondition dan kompresser yang mengeluarkan haba panas tersangkut kat luar, memanaskankan lagi ruang ini. Terpaksa le pasang aircondition jugak. Bila cuaca amat panas, terpaksa le lari ke bilik belakang. Itupun bila takde tetamu.

Tempat-tempat lain takde hawa dingin. Yong bukan kedekut, cuma taknak bayar bil yang tinggi pada Tenaga Nasional. Juga tidak mahu menyumbang pada kepanasan global. Pump kolan ikan dah guna banyak wattage. Kenapa buat kolam? Untuk dapat kesejukan semualjadi. Percayalah ia berbaloi! Tingkat bawah tak pasang kipas pun dah sejuk.

Dah melalut pada kolam pulak. 

Walaubagaimanapun, sesiapa yang cerdik tentang masalah ni, harap beri cadangan.

Yong dah mati akal.

17 comments:

  1. tak payah pakai unifi ler yong... yeop pakai berokben... takder masalah..meompat2 ajer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Adam,
      Ater namer berok, meloncat2 jer le. Yong dulu guna berokben. Udah giveup!

      Delete
  2. Yong tipu, Internet kat Msia terbaik di dunia. Wakakak !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak wartamaya,
      Sampai hati wak gelakkan Yong. Huhuhu! Yong warganegara yang setia pada 1Malaysia!

      Delete
  3. Tambah repeater tak guna kalo masih gune wifi yg disupply TM samada yg cap Dlink atau TM R&D. Teman ada masalah disconnect jugak masa mola-mola masuk unifi. Teman buang TM punyer wifi tukor dengan TPLink. Takat ni takde le kerap disconnect macam dulu.

    Cuma masalahnyer dari semalam le plak unifi nyer buat hal taknak bangkit-bangkit satu taman down gamaknyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Szhaflink,
      Terima kasih. Yong akan cuba.

      Delete
  4. setakat ni pakej unifi yg saya ambil rm149 sebulan tak ada masalah.
    kalau buat ujian speed test di http://speedtest.streamyx.com.my boleh capai 4Mbps. Saya rasa masalah pada masa peak hour jer atau masalah dengan exceed bandwith limit. Cuba semak balik tarikh bil. Mungkin tang hujung2 bulan jer jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Panglima Berantai,
      Terima kasih atas ulasan. Yong akan tanya bodyguard sebab dia yang uruskan hal duit bayor ni. Lepas tu Yong buat kajian ler sikit. Tengok camne.

      Delete
  5. saya pun sama kena kat opis..amik biz 20 tapi line sentiasa intermittence..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PagarBuluh
      Jadi bukan salah Mac le. Salah TM. Yong cuba tukar router pulak. Tengok macam mana. Ada beza tak.

      Delete
  6. A'kum Yong

    Mungkin sebut TM, maka perkara yang sama berbangkit. Saya punya pun sama juga, cuma selalu low connection tapi taklah selalu jadi offline.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Moundweller,
      Okay kot stakat low connection, dia jadi slow. Tapi ini tetiba offlie orang tengah buat kerja. Itu yang sakit hati. Kerja Yong berkait dengan sumber dari internet. Bila demer nak improve nih?

      Delete
  7. Salam,

    Di malaysia ni semuanya lembab, sebab yang kontrol benda2 ini orang2 lembab, apa nak hairan..

    KLIK:KENAPA GRADUAN PANDAI TIDAK PULANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam New Hope,
      You are right. Anak sedara Yong kerja kat Dublin. Tak mahu balik. Katanya nak tunggu kerajaan lain memerintah. Aduh! Hilang 1 undi untuk PR.

      Delete
  8. dah report ke belum? kalau belum report tapi ding dong aje kat blog, tak der guna..cuba buat report dulu,nanti TM akan check connection fiber dsb..mungkin ada connection intermittent kat mana2 laluan dari rumah awak ke ibusawat TM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Berhormat,
      Tak larat nak report! Udah banyok kali!

      Delete
  9. Ok tak tahu masalah cik ni da setel atau belom. Saya pon pakai unifi n macbook pro and I was having the same problems.internet lembab, selalu on off dan sngat mnyampah.
    I did everything i could from changing the configurator setting to buying extra receiver and whatnots.Still problem same jugak.Ok tak tahu kalo cik da cube ni atau tak but here goes:
    1. Pergi kat System Preferences, under Internet & Wireless click kat Network.
    2. Kat Network tu ade Aiport nye page and kat bawah ade tulis Advanced, click Advanced tu
    3. Then akan kuar windows ade tulis Airport, TCP/IP, DNS, WINS, etc.. Click kat DNS tu.
    4. Now change the DNS server to 8.8.8.8 and you are done!

    This works really really for me.I hope it does for u too.Selamat mencuba!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.