Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 9 March 2012

SBPA: KSN DAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM PATUT LETAK JAWATAN


Pakatan Rakyat tak payah ler nak seronok sangat. Bukan komer dapat apa pun!

Skim ini memang dah buang banyak masa pekerja sektor awam. Bincang di kedai kopi. Bincang masa taklimat. Bincang dalam bincang. Entah sudah berapa banyak man-hours yang dihabiskan untuk skim yang akhirnya BATAL. Hanya dengan beberapa ayat keramat, skim ini BATAL!

Adakah pekerja sektor awam ni bola yang boleh tendang ke sana sini? Pekerja sektor awam jadi alat main politik sahaja? Kalau itu maksudnya diwujudkan sektor awam, baiklah semuanya diswastakan (kecuali sektor keselamatan). Sekurang2nya orang ada matlamat - kerja untuk cari makan, bukan kerja untuk memanjangkan hayat politik yang korup.

Sekarang apa sudah jadi dengan KSN dan KPPA? Selain daripada "kerugian" kerana tak dapat kenaikan yang tidak munasabah, life goes on. Macam takdak apa yang terjadi.

Ketua Setiusaha Negara dan Ketua PengaraH Perkhidmatan Awam patut letak jawatan! Anda berdua telah GAGAL menjaga kepentingan pekerja2 sektor awam. Jika tidak mahu letak jawatan, kerajaan harus pecat mereka. Inilah tindakan yang paling baik patut dilakukan oleh kerajaan.

1 comment:

  1. memang ramai pentadbir yg bangang sekarang ni... terutama dibahagian pendidikan termasuk disekolah2... makin bangang makin cepat naik pangkat... makin kuat jilat makin cepat dapat gelaran...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.