Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 24 April 2012

AKIBAT SAKA DAN KHURAFAT: OTAK IBRAHIM ALI JADI TAK BERAPA SIHAT?

Semasa merayau-rayau di alam siber, Yong terjumpa N3 lama dari blog mahazalim yang dah ghaib, tapi masih meninggalkan artifek di alam siber. Menarik N3 nya dan amat relevan sehingga kini. Yong copy sepenuhnya:

KESAN KHURAFAT UMNO

Ketika makan-makan di warung, datang seorang rakan veteran yang memang saya tak tahu apakah 'stand' yang beliau pegang berkenaan politik, Beliau tidak mengatakan dengan jelas, tetapi sebaliknya mengatakan UMNO itu dulu umpama malaikat lalu dan sekarang UMNO umpama iblis atau syaitan. Namun, beliau tetap akan bersama UMNO juga kerana bagi beliau UMNO sama saja dengan PAS katanya, lebih baik menyokong syaitan itu dari menyokong malaikat yang belum terbukti jasanya. Tambah beliau lagi, PAS kalau memerintah lama-lama akan jadi macam UMNO sekarang, maka lebih baik beliau akan terus setia dengan UMNO walaupun dia akui UMNO sudah jadi syaitan.

Itulah falsafah jahiliah kenapa dia tetap sokong UMNO walaupun dia tahu UMNO sekarang rosak, Dia tetap akui UMNO sudah punah-ranah. Saya amat yakin falsafah kolot seperti ini banyak dijadikan alasan veteran yang menyokong UMNO dan telah datang kepersidangan fitnah UMNO baru-baru ini. Inilah satu dari banyak lagi kepercayaan dan keyakinan salah yang diterap oleh UMNO ke dalam otak-otak manusia yang kurang berfikir dan takut serta buta sejarah. Mereka lebih selesa dalam keadaan buruk itu dari melakukan perubahan.

Maka, tak hairanlah kenapa mereka takut sangat dengan REFORMASI, kerana itulah prubahan. Mereka bukan saja tak mahu berubah dari zalim kepada adil, tetapi mereka selesa dalam keadaan zalim itu, dalam masa yang sama mereka seronok dengan kezaliman dan seterusnya mereka mengajak orang dengan cara mengelirukan rakyat supaya terus menyokong mereka, Padahal mereka zalim, jahat, bohong dan seumpamanya.

Walaupun mereka tahu perangai UMNO umpama perangai syaitan sekarang, tetapi mereka tetap sokong juga kerana falsafah yang khurafat itu. UMNO yakin bahawa mereka pejuang NASIONALIS dan PAS yakin bahawa mereka pejuang berdasarkan UGAMA. Apabila falsafah sedemikian dijadikan alasan untuk tetap buruk dalam UMNO, menunjukan ahli UMNO yang begini lebih yakin berjuang atas dasar bangsa dari berjuang atas dasar ugama.

Orang berkeyakinan seperti ini tak keterlaluan kalau dikatakan sudah rosak akidahnya, bahkan apabila mereka mengatakan PAS pun lama-lama akan jadi macam UMNO kalau ia memerintah, ini menunjukan mereka yang UMNO amat tidak yakin pada Tuhan, Allah. UMNO rosak kerana tidak menjadikan sistem seruan Tuhan di dalam pentandbirannya, PAS dalam keadaan dan masa bila pun selalu memberitahu rakyat bahawa sistem seruan Tuhan itulah yang akan digunakan di dalam sistem pentadbirannya. Orang UMNO yang begini tidak merasa bahawa falsafah yang didokongnya itu sendiri telah menjejaskan akidahnya. Falsafah itu sebenarnya falsafah sesat lagi menyesatkan.

Namun, falsafah inilah yang menjadi alasan orang yang berkarat UMNOnya. Saya masih ingat, ayah telah berpesan kepada saya, akidah boleh rosak macam kita minum air saja katanya. Sebab itulah, walau apa pun yang disogokkan oleh sesiapa jua pun, ugama hendaklah dijadikan rujukan. Kalau tidak, minum air pun boleh merosakkan akidah juga.

Kalau dilihat secara makro, kita dapat lihat pertelingkahan antara PAS dan UMNO ini disebabkan perbezaan fahaman berpolitik, hakikatnya ialah, atau secara mikronya, UMNO pisahkan mereka dari ugama dan PAS menjadikan ugama sebagai cara hidup. Selagi ada orang yang yakin dengan Islam, selagi itulah ada pertentangan antara PAS dan UMNO, tetapi jika islam sudah hilang di bumi Malaysia, akan senanglah UMNO.
Sekian
muramozi 
sumber

N3 di atas diterbitkan pada tahun 21.06.1999. Hari ini Ibrahim Ali berkata:

13 tahun berlalu. Saka dan politik khurafat telah jadi kanser otak ahli umno dan penyokongnya pada tahap kritikal! Kesian! Hanya orang sakit otak yang akan mengata orang yang otak sihat itu sakit. Penganjur Bersih 3.0 tidak boleh berganjak kerana kita semua maklum, pengamal khurafat dan pembawa saka akan mungkir janji seperti yang telah mereka lakukan dalam Bersih 2.0. Mereka berjanji membenarkan perhimpunan di stadium, kemudian mereka mungkir. 

Amalam mungkinr janji adalah sifat saka UMNO yang bertapak sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Ayuh! PRU13 kita musnahkan khurafat politik yang merosakkan akidah umat Islam ini.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.