Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 14 May 2012

MASIHKAH KAU INGAT? SIAPA HARAMJADAH?

Sungguh. Yong tak tahu apa itu haramjadah. Sebab Yong tak pernah sebut perkataan itu sepanjang hayat ini. Agaknya kot Yong sebut, boleh kena rotan (Cili padi tu Yong ratah je. Tak takut) .Tapi bila PM sebut, secara tidak langsung Yong sebut juga kerana mendengarnya dan membaca N3 mengenainya. Yong cuba cari apa makna haramjadah ni. Yong jumpa beberapa contoh. Berikut beberapa aksi yang boleh dikatakan haramjadah. Komer setuju tak?

GAMBAR 1: KERJA HARAMJADAH MENGHAPUSKAN DOKUMEN SULIT KERAJAAN

Gambar 1, 2 dan 3 dirakam selepas BN tahu demer kehilangan Selangor. Entah apa demer nak sorok. Tentu kerja haranjadah. Kot kerja baik takkan nak hapus bukti. Tentu nak bagi tahu satu dunia.


GAMBAR 2: FAIL KEWANGAN MANGSA HARAMJADAH

GAMBAR 3: HASIL KERJA HARAMJADAH

Haramjadah ni ropernya bukan hanya kata-kata, tapi isyarat pun boleh juga. Komer tengok contoh kat sini. seronoknya demer!

GAMBAR 4: ISYARAT HARAMJADAH PEMIMPIN

GAMBAR 5: ISYARAT HARAMJADAH PENGIKUT

Gambar 6 dan 7 Yong rembat dari blok Omak Kau. Ini adalah gambar rakyat yang tidak rela di"haramjadah'kan oleh pemimpin kerajaan semata-mata kerana tidak setuju dengan dasar kerajaan.

GAMBAR 6:  FITNAH HARAMJADAH GAGAL MEMBUNUH SEMANGAT PEMIMPIN INI

GAMBAR 7: RAKYAT RASIONAL MENOLAK POLITIK HARAMJADAH

GAMBAR 8: ANAK MENUNTUT KEADILAN TIDAK RELA DIPANGGIL HARAMJADAH
Bila rakyat buat program, termasuk BERSIH, maka cepat sahaja tok-tok mufti (dengan majlis fatwa) melompat dan buat fatwa HARAM." Tapi bila umno buat, demer bisu dan buta. 

Sungguh! Yong taknak sebut perkataan ini. Tapi Yong nak tahu dari Maj;is Fatwa Kebangsaan, Dari Tok-tok Mufti:

SIAPA HARAMJADAH?

12 comments:

  1. TEMAN TAMBOH LAGI.....HAGHAM JADOH....DEME...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PakNgahYobKider,
      Kot tulih pekat bebenor Peghaknyer, Yong takut demer tak faham. Hehehe

      Delete
  2. kena jawab ker yong he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PUPPETS,
      Demer suker buat fatwa. Jawable. Boleh ke orang besor tuduh2 orang haramjadah dan malukan orang dikhayalak ramai?

      Delete
  3. Salam,
    Teman pun tak sanggup guna perkataan tu Yong, teman tulih "Haramzadah"...lembuuuuut sikit bunyi dia. Hiikkkssss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong Moh Kembara,
      Nak sedawa pulok teman!

      Delete
  4. Kalau keluar dari mulut pemimpin umno, para ulama' kerajaan, majlis fatwa kebangsaan, mufti-mufta... sepakat mengatakan perkataan itu hukumnya "HARUS"...

    Dan ianya menjadi "WAJIB" bagi menempelak musuh politik mereka... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isa,
      Udah ader sorang nama Harus "what's his name" yang tolong cover untuk demer.

      Delete
  5. A'kum Yong

    Benar dan betul. Itulah haramjadah. Dahlah 'Anak Haram', Tak 'Berfaedah' pula. memang hidup buat menyemak!

    ReplyDelete
  6. Salam perjuangan,

    jom exchange link.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.