Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 6 December 2016

WAJAH SEDIH SEORANG PEMIMPIN, HUHU!

Beberapa keping gambar kini viral di laman-laman sosial. Gambar siapakah? 

Merenung masa hadapannya yang kian suram? Atau sedih mendengar ucapan Presiden UMNO?


Tiada senyum di wajah "Bapa ku" walau sedang disapa Timbalan Perdana Menteri:


Kesedihan yang gagal disembunyikan. Sungguh! Abaikan wajah besar yang di sebelah kiri tu:



Berikut kenyataan Timbalan Presiden PAS selepas sepagi bersama program UMNO


PAS tetap saingan terbesar Umno

Kerjasama politik pada asasnya melibatkan rundingan kerusi.

Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi-kerusi yang dimenangi mereka untuk dilepaskan ke tangan PAS begitu sahaja, dan sudah pastinya PAS juga tidak akan melepaskan kerusi-kerusi menangnya yang jumlahnya jauh lebih kecil berbanding apa yang Umno ada.

Oleh itu, adalah mustahil bagi PAS dan Umno mengadakan kerjasama politik dan mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara PAS dan Umno hanyalah fitnah.

Dari sudut politik, sejarah membuktikan Pas adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun PAS tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat.

Contohnya, PAS di Kelantan mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno.

Hari ini PAS juga mengemudi RUU 355 dan bantahan terhadap penindasan Rohingya (untuk makluman semua, hari ini adalah kali ketiga PAS berhimpun untuk Rohingya), dan akhirnya Umno turut serta menyatakan sokongan terhadap RUU 355 dan juga bantahan kepada Rohingya.

Jika PAS bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak PAS?

PAS adalah parti pembangkang yang matang dan efektif, di mana ia mampu membezakan isu yang perlu bekerjasama dengan kerajaan, mendesak kerajaan dan membantah pihak kerajaan. Ia tidak menjadi pembangkang yang membangkang secara totok apa yang kerajaan lakukan seperti parti-parti pembangkang yang lain.

PAS akan terus menjadi perintis kepada pendekatan matang dan sejahtera sebagai budaya baru di dalam sistem demokrasi negara.

PAS tetap adalah saingan terbesar kepada Umno di arena politik bagi menggantikan sistem negara dengan Islam.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
4 Disember 2016

Nak tanya: Program Solidariti untuk Rohingya itu PAS jadi kemudi ke? Dengar balik ucapan Najib (di sini). Pengemudinya jelas bukan PAS, tetapi UMNO.

PAS tidak mahu turut serta dalam program BERSIH yang dianjurkan oleh NGO BERSIH2 dan rakan-rakannya kerana kononnya parti itu bukan kepala. (Video di sini dan di sini) Tetapi sanggup bekerjasama dengan program anjuran NGO yang UMNO jadi kepala.

Tuan Ibrahim Tuan Man tidak sedarkah bahtera tu dah hanyut entah kemana? Apabila duduk sepentas dengan geng baju merah yang berlagak macam gangster mabuk tu, Yong tidak nampak di mana letaknya "pendekatan matang dan sejahtera" yang Tuan Ibrahim sebut itu.

Matlamat tidak menghalalkan cara.

Bagaimana ditanam, begitulah dituai.

20 comments:

  1. Keluar ajelah dari parti yg dah tak berguna tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar atau jadilah presiden. Mungkin ada perubahan yang positif.

      Delete
  2. Buka mata, terangkan minda, berlapang dada, tanya iman. Kalau rajin buatlah istiqarah dan nilailah sendiri yang mana nak ikut.... Senyum itu sedeqah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi TITM tak senyum seperti selalunya.

      Delete
  3. Almost politicians nowday are stupid daamm..

    ReplyDelete
  4. Penutup bicara,senang cerite
    berbahagialah kamu dengan pasangan baharu kamu.Aku pergi bawak, takbanyak 10 orang yang dulu menyokongmu

    ReplyDelete
  5. terasa di kenciiing lagi....

    ReplyDelete
  6. TITM, anda tak diperlukan disitu, apa tunggu lagi. angkat kaki dan ucap sayonara.

    ReplyDelete
  7. kesian aku baca komen 'budak2 yang kurang empok direbus' diatas ni..inilah akibatnya kalau menulis menggunakan otak dikepala lutut...x de umph langsung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....x de umph langsung!?

      Yang kamu pun ikut baca pasaipa?

      Delete
    2. jangan perkecilkan pendapat budak2 kurang empok...yg pemimpin dah lanjut tu .,ularmaklah,,waalaa lah masih lagi tak bolih nak bezakan samada di bodohkan,dikencing atau didedakkan,..kesiannya

      Delete
    3. tak kisah la kurang empuk direbus tapi fakta yang tidak boleh disangkal pengundi Melayu pun dah menyampah dengan PAS, generasi muda pun dah tak nak terlibat dengan sebuah parti yg hipokrit, memualkan, tiada pendirian dan dihambat ke sana ke mari oleh UMNO. dahulu gah di bawah arwah TGNA sehinggakan Hadi Marang pun tidak berani bersuara. apabila dia sudah tiada, Hadi Marang pun meroyan.

      Delete
  8. Tuantanah yong nipun ber'otak kuning' x der komersial langsung..! apalah ade dengan gambor tu..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi kata x de umph langsung. Kemudian kata x der komersial langsung.

      Yop oi! Blog ini tak jual apa2 Takde iklan. Nak yang komersial pergi cari blog porno atau tonton "pay for view."

      Delete
  9. Kesian sahabat sahabat ku di permainkan olih Najib dan umno yang sedang memerlukan bantuan oksijen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian. Tapi keputusan itu demer yang buat. Tanggung sendirilah bila sudah dipermainkan.

      Delete
  10. Tu bukan ada apa, cuma TITM tengah pening apa yang dia nak bgtau kat cucu dia di rumah. Iye lah, masa kuar rumah tadi bgtau kat cucu yang dia nak pegi perhimpunan raksasa. Budak kecik bila dengar raksasa terus je assume "monster n ultraman". Tapi tup2 bila sampai kat Tasik titwangsa, perhimpunan raksasa dah bertukar jadi picnic and pesta "family day". Bukan aje raksasa pun tak terliur nak datang, rakyat Mesia dengar aje Najib berpimpin tangan dengan Hj Hadi terus naik muak nak muntah. Tu yang TITM tengah pening apa konar yang nak di "spin" untuk cover "perhimpunan kerdil" yang direstui dan di"endorse" oleh pemimpin paling tinggi PAS dan UMNO. Parti politik yang mendabik dada ada ahli berjumlah berjuta2 hanya dapat kumpul 6-7 ribu je kehadiran? Tu bukannya raksasa, nak panggil sebagai anak raksasa pun tak boleh! Paling layak hanya dipanggil perhimpunan ego raksasa dua orang pemimpin yang dah ditinggalakn oleh rakyat.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  11. DeeDee Yong...

    Hahaha... Gua gelak jer biler tengok gambar tue.. Hahahaha... lawak siot..

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  12. sudah la tu... apa yg tuan/puan kata tu, ingat lah depa adalah seagama dgn tuan/puan yg budiman lg bijaksana.. sy bukan sokong sape2 tapi sedih sangat tengok kita sesama kita porak peranda, benci-membenci, kata-mengata.. siapa yg rugi, tuan??

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.