Maaf tak buat N3 beberapa hari. Yong balik kampung antor ibu ke rumah Andak. Along, anak Andak sanggup jadi dreba. Yong okay jer. Boleh Yong rehat. Sepanjang perjalanan Along bercerita dari kisah keroje dia sampai ke politik. Along seorang jurutera, belajar di Jepun, masih bujang.
Setiba di rumah, sembang politik makin rancak, sebab Andak pun ikut masuk gelanggang. Kata Along:
"Dataran Merdeka tu cuma kawasan kosong jer. Kat luar negara, polis akan kepung, letak hadangan tak bagi orang masuk kalau sesuatu tempat tu ada benda yang perlu kawalan, macam bangunan ke, tempat keselamatan ke, pencemaran ke…Ini takde apa situ. Salahkah orang nak duduk situ ramai-ramai?"
Yong teringat masa mengaji di UK, orang berdemo di Hyde Park. Macam-macam demo. Ada demo minta naik gaji. Ada demo keamanan menentang serangan ke atas Iraq. Ada demo minta kurangkan yuran peperiksaan, kurang cukai dsb. Aman jer. Pencetus rusuhan biasanya bukan pendemo, tapi agen provocateurs. Polis tolong urus lalu lintas je. Polis lebih vigilant masa permainan bola sepak berbanding demo. Masa tu ramai yang jadi hooligan. Bola jadi punca rusuhan. Politik tidak.
Kami dengor je orang muda ni meluahkan perasaannya.
“Tak masuk akal letak hadangan kat Dataran Merdeka. Kat situ ada apa? Bila orang dapat masuk, DSAI pulak dituduh bagi isyarat, konon. DSAI pulak yang disalahkan” Tambahnya. Nada suara pun dah makin bersemangat.
"Apa-apa je yang jadi kat Malaysia ni semua puncanya Anwar Ibrahim. Nanti kot ada gempa bumi pun salah Anwar Ibrahim.” Kata Andak, sinis.
Bila difikirkan, betul juga pandangan Andak. Memang puncanya Anwar Ibrahim. Kot Anwar Ibrahim diam je lepas kena pecat dulu, macam Musa Hitam dan arwah Ghafar Baba, tentu ramai yang masih ingat umno tu parti keramat yang kebal.
Tapi Anwar Ibrahim melalak “Reformasi! Reformasi!” ke sana sini. Akibatnya rakyat bangkit. Bukan hanya bangkit jadi penonton, tapi bangkit jadi peserta.
Sejak tu pemerintah lebih setengah abad yang selama ni menipu rakyat semakin goyah.
Ya, puncanya Anwar Ibrahim.
Hassan jati dengan Zulkulim tentu setuju kan? Apa jadi sekarang yob? Ngape ceramah komer makin lengang? Ceramah DSAI tetap berduyun-duyun orang datang.
Mengapa demer datang? Demer macam Along, Andak dan Yong. Mahu perubahan. Tak lain tak bukan puncanya Anwar Ibrahim.
ADA SESAPA JUMPA BENDA NI KAT DATARAN? KOT JUMPA BOLEH USUNG KE MAHKAMAH NANTI SEBAGAI BAHAN BUKTI! |
Salam, Fear of Anwar Ibrahim apa Yong?
ReplyDeleteSalam Moh Kembara,
ReplyDeleteItule masalahnya. Takut orang, tak takut Allah. Kalau takut Allah tentu tak buat jahat, kan, kan, kan?