Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 13 June 2012

ANWAR IBRAHIM TAKDE RM3BILION TAPI TAHU RAHSIA RM3BILION SIRI 1:

Heboh 1Malaysia Anwar Ibrahim ada RM3billion. Yong tak ambik pot dia ada RM3billion atau RM3.00. Asal duit tu dia dapat cara halal. Lagi ramai orang Islam jadi billionaire lagi Yong suka. Syaratnya semua duit tu halal dan akan digunakan secara halal juga. Tapi yang nyata takde pun DSAI memiliki RM3billion. Kata berita Omak Kau.Walau bagaimanapun Yong percaya DSAI tahu rahsia bagaimana nak dapat RM3bilion, atau RM30bilion, malahan RM3trilion pun dengan mudah. DSAI dah tengok sebuah rejim melakukannya selama 56 tahun.

Tak percayakah? Di sini Yong beri beberapa contoh bagaimana boleh dapat dapat RM3bilion:


CARA 1: JADI LANUN
1. KAEDAH RAMPAS ATAU PAJAK TANAH RIZAB MELAYU

LANUN1: PEMBANGUNAN KAMPUNG BHARU

Baru-baru ni Yong bertemu rakan dari Kampung Bharu. Lama Yong tak jumpa dia sejak dia sebuk dengan isu pembangunan Kg Baru. Menurut ceritanya, MAS tak dapat berbuat apa-apa kerana Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu meletakkan badan itu sebagai penasihat sahaja. Kata rakan Yong, "Kalau Agongpun depa taknak dengar, ini pulak MAS." Katanya perjumpaan dalaman ahli Kg Bharu pun telah kena hijack oleh kumpulan pro-Raja Nongchik sehingga kakak rakan disekat dari memberi pandangan. Rakan amat kecewa dan akan melakukan apa sahaja untuk menghalang dari dihalau keluar dari Kg Bharu.
BACA BERITA ASAL DI SINI
LANUN 2: PEMBANGUNAN PERLIS

Yong tidak ada rakan dari Perlis. tapi Yong tahu Perlis sebuah negeri yang kecil. Di negeri yang kecil ini tentu tanah rizab Melayu pun kecil juga. Tanah kecil sekangkang kera pun boleh pajak juga. Baca berita berikut:

BACA BERITA ASAL DI SINI
LANUN 3: PENYENARAIAN FELDA

Berita ini tidak perlu Yong hurai panjang-panjang. Dah banyak di ulas dalam blog Rafizi di sini. Tapi kalau malas, baca yang ini sebahagian daripadanya:

KLIK ARTIKEL DAN BACA

Kalau dijumlahkan rasanya dah dapat lebih dari RM3bilion. Jadi, percayalah. Kumpul RM3bilion dengan cara jadi lanun adalah paling mudah kalau korang takdak hati nurani. DSAI tentu tahu rahsianya. Sebab tu demer takut dengan DSAI. Heheheh.

Tuduhan pada DSAI bukan kes baling batu sembunyi tangan. Tapi baling batu menyorok belakang SPRM.

3 comments:

  1. bukan baru mengikut perbandingan angka terbaru sudah 50 peratus rezab melayu telah di pajak cara langsung melalui pengswataan kerajaan seperti berlaku di felda yang punyai siapa lu tanya mentri kemajuan tanah dan wilayah

    ReplyDelete
  2. Salam Yong,
    buleh buat filem 'Pirates of Malaya' pulak!

    ReplyDelete
  3. Salam Yeop
    Terima kasih kerana memberi komen. Kita perlu selalu memberi ingat tentang tanah rizab yanh dah kena pajak ni, khasnya kepada golongan anak muda yang masih tak sedor lagi. Masih ramei tak sedor Yeop!

    Salam Yong Moh Kembara,
    Hihihi, Yong pandai tulis skrip. Sesaper minat nak buat drama, kontek Yong ajer!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.