Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 10 June 2012

GAMBAR MISBUN KAT KOPITIAM, JANGAN MARAH NUUU...

Esok je Yong tulis benda yang serius. Malam ni Yong sambung N3 terdahulu di sini tentang gambar orang kenamaan kat tempat makanan/minuman dan impaknya pada pelanggan. Hari ni Yong pergi ke kopitiam dan ambik gambor Datuk Misbun. Jeng, jeng, jeng...

GAMBAR PENUH "CARDBOARD CUT-OUT" DATUK MISBUN DEPAN RESTORAN, GAMBAR GELAP KERANA PANTULAN CAHAYA DARI RESTORAN.

GAMBAR YANG SAMA LEBIH JELAS, TAPI RESTORAN TAK PASTI. YONG CILUK DARI BLOG TOKSERA DI SINI

YANG NI IKLAN DEMER LER. KAT SINIPUN ADER DATUK MISBUN

INI PULOK NASI AYAM DEMER. YONG TAPAU
Oleh kerana blog ni bukan nak mengiklan kopitiam tersebut, bior Yong komen tentang servis restoran ni. 

Pertama, bila kita tapau, demer guna bekas plastik macam dalam gambor. Sebelah sup, sebelah nasi. Komer yang beli kena bawa berhati-hati. Tak boleh main campak je. Kalau tidak, sampai rumah nasi dah jadi bubur ayam ler. Heheheh. Sebabnya kuah sup dah tumpah ke nasi. Sepatutnya nasi dimasukkan di bekas yang berasingan dari sup kerana ada orang tak suka nasi bercampur sup. Orang yang macam tu termasuk Yong. 

Kedua, sokong kangkungnya dah jatuh kualiti. Kuahnya tak sedap macam dulu. Kenapa ye? Tak tahu le. Tapi dah tak sedap.

Harap restoran ni jaga kualiti makanannya. Kalau tidak pelanggan yang cerewet macam Yong akan lari. Kesetiaan Yong pada premis makanan sama macam kesetiaan Yong pada pemimpin. Kot tak dapat maintain prestasi, Yong belasah dan belah.

Dari segi positifnya, pekerja-pekerja di restoran (tak tahu yang kat dapur camne) semua baik dan ramah mesra.

2 comments:

  1. maaf lah Yong ,,, mcm bekas makanan itik saya laah yg Yong tapau tu hehehheheheh


    http://bintongan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Oncu,
    Setuju. Walaupun packaging itu economical, tapi tak sesuai untuk makanan basah!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.