Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 20 June 2012

PM PERGI UMRAH, BERDOA SAKAN, KOMER PERGI JE HAJI DAN BERDOALAH UNTUK KEMENANGAN MEMERANGI KEMUNGKARAN!


Seorang rakan menunaikan haji pada tahun 2007 dan kembali ke tanah air pada awal tahun 2008. Pada tahun itu terjadi PRU12. Kawan itu menceritakan pengalamannya ketika di Masjidil Haram. Selepas tawaf, si kawan pun mencari tempat untuk solat dua rakaat. Dia pun solat berdekatan dengan beberapa orang yang juga baru memulakan solat. Mereka selesai solat pada waktu yang sama. Ketika kawan membuka buku doa, orang sebelah telah siap menadah tangan berdoa. Kawan mendengar dengan jelas doa jemaah haji itu. Dia berdoa untuk kemenangan perjuangan menegakkan Islam di Malaysia dan mohon supaya kemenangan itu diberi kepada yang haq, bukan kepada yang menipu dalam pilihanraya. Beberapa orang yang berdekatan terus mengaminkan doa orang itu.

Entah siapa orang itu kawan tidak kenal pun. Lepas berdoa mereka bersalaman, berpelukan dan ada yang kelihatan mengesat air mata. Lepas itu masing-masing pergi ke haluan sendiri. Mereka bukan satu kumpulan rupanya!

Yong pergi menunaikan haji pada tahun yang sama. Kami nekad pergi walaupun masa tu tak pasti ada PRU12 atau tidak. Yong berdoa ketika berada di Raudah. Doa Yong sama seperti doa orang yang diceritakan oleh kawan Yong.

Yong percaya, terdapat beribu-ribu orang yang berdoa sama seperti doa kami ketika itu. Syukur! Doa kami dimakbulkan Allah, walaupun tidak sepenuhnya. Tetapi ia cukup untuk menyuntik semangat yang lebih tinggi, berjuang demi menegakkan kebenaran. Jadi, jangan bimbang untuk pergi menunaikan haji. Allah akan bersama-sama kita kerana DIA sentiasa berada di pihak yang berhaq. Jika kita berniat untuk berjuang menegakkan syiar Islam InsyaAllah akan berjaya.

Kita bukan ada banyak duit dan kesempatan untuk pergi menunaikan haji. Pergilah dan berserah kepada Allah sebagai pelindung hakiki. Berdoalah untuk kami yang tinggal di Malaysia ini supaya beroleh kemenangan!

Bagi AJK dan petugas PR yang beragama Islam, mungkin jihad komer di Malaysia. Tapi Yong percaya komer akan mendapat peluang menunailan haji tahun hadapan dengan lebih tenang jika ingin menangguhkannya pada kali ini demi PRU 13. Ini kerana tujuan kita ialah untuk menumbangkan rejim yang berpuluh tahun menghina hukum Islam. Ini juga satu kewajipan.

Mengadakan PRU 13 pada musim haji bukan langkah bijak BN. Doa golongan yang teraniaya di hadapan kaabah dan di Raudah akan dimakbulkan Allah. InsyaAllah.


3 comments:

  1. Yong,, samalah kita..pergi tahun yang sama... Saya pergi KT 85, naik di Pulau Pinang,, Dan itulah juga saya lakukan....Terasa kepuasan, bil adapat keputusan PRU12 2008...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yob Manjungmari

      Yong pergi bersama abang dan kakak ipar. Kami pergi penerbangan akhir dan buat haji ifrad. Alhamdulillah kami semua sihat dan kembali untuk meneruskan perjuangan.

      Delete
  2. Salam Yong,
    Amin, Aminnnn!
    Kita berusaha, Dia yg menentukannya!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.