JANJI HARIJADI DITEPATI (SUMBER MANJUNGMARI) |
Blogger pro-PR jangan tolong putihkan nama FLOM.
Yong heran kenapa ramai blogger yang sibuk tentang hubungan Rosmah dengan Farid. Kalau dah Farid kata dia tiada hubungan dengan Rosmah, terima sajalah. Noktah.
Andak pernah bagi tahu Yong lama dulu, dia kenal sedara si Farid ni. Sedara Farid ni kata, kalau Farid pernah kahwin dengan Rosmah, tentu dia tahu. Sebab hubungan mereka baik. Andak percaya pada sedara si Farid ni. Yong pulak percaya pada Andak.
Camne Andak boleh kenal orang-orang tertentu? Sebab Andak seorang Datin yang rapat dengan orang ameno kerana kedudukan suaminya. Tapi Andak bukan penyokong ameno kerana dia menyokong keadilan (bukan PKR). Semua 4 orang anaknya penyokong PAS. Jadi Andak selalu nasihat, baik ameno atau PR jangan memainkan isu yang boleh membawa kepada fitnah.
Yong dengar banyak cerita pasal FLOM dan suaminya dari geng semangat 46. Demer kata UMNO mengamalkan konsep 3P. Bukan Pemimpin, Penyokong, Pengundi! Tapi, Projek, Perempuan dan P yang akhir macam-macam, ada Perasuah, Penyangak, Pembelit, Pembohong, Penipu dan Penderhaka. Bukan Yong kata. Itu geng Semangat 46 yang kata. Demer kata demer ada bukti. Tak caya tanya KuLi. Kalau tak nak tanya KuLi, cari sahaja sumber dari internet. Komer pasti menemui banyak maklumat tentang 3P ameno!
DURI DALAM DAGING UMNO |
Konsep wassatiyah ameno tidak menjadi gara-gara kenduri sambut bakal menantu yang menelan puluhan ribu dan belanja jalan-jalan keluar negara yang mencecah jutaan ringgit. Konsep pemimpin bermoral juga gagal gara-gara k-pop dan bakal menantu/besan yang disaluti "dubious character." Apa lagi yang perlu dibuat?
Pada Disember 2010 Najib mengisytiharkan pemilihan parti ditangguhkan selama 18 bulan! Ini bermakna pemilihan patut dijalankan pada bulan Jun 2012. Tapi Najib mungkir janji pada ahli partinya sendiri. Mana mungkin Najib akan menepati janji pada rakyat kalau janji pada ahli partinya sendiripun dia mungkir?
Najib bagai tiada pilihan. Buat pemilihan ameno dulu, dan tanggung risiko perpecahan dalaman, atau buat PRU 13 dan kukuhkan kedudukan dengan memenanginya melalui kerjasama SPR dan JPN.
Farid yang selama ini membisu seribu bahasa kini bersuara. Dia bersuara kerana nama FLOM yang mendapat publisiti buruk sejak mutakhir ini perlu diputihkan sebelum PRU13.
Farid yang selama ini membisu seribu bahasa kini bersuara. Dia bersuara kerana nama FLOM yang mendapat publisiti buruk sejak mutakhir ini perlu diputihkan sebelum PRU13.
Ya, nama FLOM perlu diputihkan. Jika tidak, geng Semangat 46 yang masih nyawa-nyawa ikan itu akan mendapat nafas baru untuk menumbangkan Najib dengan cara yang sama seperti Najib menumbangkan Pak Lah (yang simpati pada Semangat 46).
Yong ulang: Kita jangan tolong Najib putihkan nama isterinya. Itu urusan dia.
Yong ulang: Kita jangan tolong Najib putihkan nama isterinya. Itu urusan dia.
JANJI KEPADA AHLI UNTUK MEMBUAT PEMILIHAN PARTI 18 BULAN SELEPAS 1HB DISEMBER 2010 TELAH TIDAK DITETAPI. APA LAGI YANG BOLEH DIHARAPKAN?
JOM UBAH! JANGAN BAGI PELUANG MENGUNDI HANTU CAMPURTANGAN URUSAN POLITIK RAKYAT MALAYSIA!
Mujor Yong bagi pencerahan...
ReplyDeleteElok benor le tema hari kebangsaan "Janji Ditepati"... Yer dak Yong?