Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 20 July 2012

SYIAH, WAHABI, LGBT, KOMUNIS, JI; GENG APA LAGI LEPAS NI?

Adakah komer masih ingat pada kisah ini?:


Ini kisah Mamat yang sekarang bergelar Ketua Ulama Muda UMNO. Sebelum jadi Ulama Muda UMNO dia dituduh ahli Wahabi. Langsung tak dapat lesen untuk menjadi penceramah, walaupun telah disokong oleh kerajaan Negeri Selangor. Tup tup bila masuk UMNO cerita Wahabi yang dijaja pencacai sudah kena padam. JAIS pulak apa cerita? Bisu seribu bahasa.

MERAH SANGAT LE BANG NGAH!
Selain cerita Wahabi, ada juga cerita Syiah dan LGBT. Sekarang timbul pula cerita komunis dan JI. Kedua kumpulan dikatakan sebagai pengganas. Mereka dianggap amat merbahaya kepada negara.

KEGIATAN BEGINI TIDAK MERBAHAYA KOT?
Tuduhan Komunis dan JI dibuat sebagai pembukaan awal Ramadhan. Kenapa? Sebab dalam bulan Ramadhan blogger pro-PR sebuk beramal di masjid, jadi takde masa yang cukup untuk menangkis serangan terbaru UMNO-BN ini! Lagipun dalam bulan Ramadhan, mana boleh fitnah-fitnah, kan, kan, kan? Jangan harap!

Ingat pesanan tok guru wartawan - Datuk Zaini Hassan: Jangan berbohong. Kena ada Fisabilillah!

Kemana perginya pesanan itu? Yang tinggal mamat dan minah spin sahaja.

Okay lah. Yong cop (berhenti) di sini, sebab dah nak masuk waktu Isya'. Ini bulan Ramadhan.

Selamat Berpuasa dan berterawih! Jangan Spin nuuu! Tulis yang benar sahaja.

1 comment:

  1. As salam Yong... Selamat berpuasa.

    Lepas ni Geng Kuning & Geng Oren kot?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.