Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 25 August 2012

DR. MANSOR OTHMAN - PADAH MULUT JEGHABEI PEMIMPIN POLITIK, ALAHAL...

 JADI PENGUIN LAGI BAIK 
Penguin binatang yang pelik. Roper macam burung. Tapi tak pandai terbang. Memburu dalam ayor. Berjalan macam orang. Demer juga duduk dalam kelompoknya sendiri dan tak reti duduk di tempat yang climate berbeza dengan tempat asal! Ramai pemimpin politik macam penguin nih!

Tetapi untuk bagi kredit pada pemimpin politik, Yong pasti setiap parti ada kekuatan masing-masing. Tapi setiap parti itu juga ada kelemahan masing-masing. Kelemahan demer ialah kelemahan orang Malaysia - Mulut capui.

Oleh itu, bukan sesuatu yang menghairankan jika ada pemipin politik mulut capui. Orang Peghok kata "mulut jeghabei" (Orang Perak tolong betulkan istilah ini jika salah). Demer tiada sistem untuk menyaring kata-kata sebelum keluar dari mulut untuk didengar oleh orang lain. Ater, bila mulut udah koyak-rabak, aper yang keluar bertaburan tanpa censorship lagi! Hahaha! Mulut jeghabei ni tiada kaitan dengan UMNO! Ia perangai sesetengah ahli politik, termasuk yang duduk dalam parti orang bukan Melayu, yakni DAP, MCA, MIC, PBB, PBS etc.

Jadi, dalam kes terbaru Mansor Othman mengumpat Lim Guan Eng, Yong tak akan memihak kepada mana-mana, baik PKR atau DAP.

Bagi Yong, apa yang beliau luahkan tentang Lim Guang Eng (DAP) adalah persepsinya. Bukan Yong nak pertahankan Dr Mansor. Sama sekali tidak. Tetapi harus diingat, persepsi PKR terhadap DAP ini sama macam persepsi sesetengah ahli PAS terhadap kepimpinan PKR. Contohnya persepsi PAS Sungai Manik terhadap pemimpin PKR Pasir Salak. Bezanya orang Sungai Manik mulut tak jeghabei macam pemimpin politik! Persepsi PKR tentang DAP ini juga sama dengan persepsi sesetengah pemimpin DAP tentang PAS! Vice Versa!

Komer boleh luahkan persepsi tu, tapi tak perlu jadi mulut jeghabei!

Apapun, jom kita tinjau siapa mulut paling jeghabei di kalangan pemimpin politik:

Mahathir: Better the devil you know than the angel you don't

Najib: Haramjadah mereka tu.

Tajudin: Keling-keling ni ajar sedikit!

Soi Lek: The do's and don'ts of hudud are against human rights. Besides, hudud also marginalises women.

Karpal: If hudud is applied, nobody will be convicted. It will be practically impossible to prove a case in court.

Hassan Ali: Golongan Parasit begitu kuat dalam PAS dan telah berjaya mengubah hala tuju Parti ini.

Yong takde nak buat senarai. 

Ada yang mulut jeghabei sebab semulajadinya orang ini memang takde finesse. Ada yang tak belajor. Ada yang kurang ajor!

Golongan yang semulajadi takde finesse itu sudah belajor, tapi kerana genetiknya roper itu, belajor tahap manapun tak boleh ubah. PhD ke apa cumer sekeping kertas jer. Yang tak belajor tu, boleh diubah jika faham. Yang kurang ajor tu mungkin kerana belajor tak khatam atau cuma berlagak atau dapat upah supaya kurang ajor atau belajor ajaran sesat atau ikut ajaran syaitan! (N3 berkaitan tentang.the devil you know di sini).

2 comments:

  1. Dalam dunia ni memang banyak opportunist, Yong... Mulut jeghabei tu sebab dia memang opportunist... Opportunist dalam UMNO sekarang pun terlompat-lompat nak masuk PR bila dema tahu kapal dema nak karam... Esok bila PR menang contohnya, dema juga la yang ke depan... Esok dema la yang membaham macam-macam... Orang yang berjuang sebenornya hapah pun tak dapat...

    Bior rakyat jer yang ngajor dema ni... Mudah-mudahan dengan adanya kemudahan internet ni terbongkar semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pcbahar

      Kat kampung Yong, payah nak yakinkan orang kampung yang PKR tu bukan ameno! Sebabnya demer jugak dulu yang maki hamun PAS masa kempen. Ingatan orang kampung tak macam ingatan Madey! Jadi, PKR kena kerja keras untuk yakinkan orang kampung demer dah berubah! Jangan harap PAS sajer.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.