Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 23 August 2012

POLIS TAKNAK TANGKAP PENIAGA HARAMJADAH NI?

Pada malam Raya bunyi mercun berdentum-dentum! Bunyi itu seolah-olah nak menenggelamkan takbir di surau berdekatan. 

Anak siapa main mercun? Kenapa ibu bapa tidak melarang anak main mercum di malam Raya? Agaknya, ibu bapa otak sama macam anaknya. Nak kata tiada pendidikan, pembakaran mercun ini di kawasan perumahan bandaraya!

Esoknya Yong balik ke kampung abang sulung kerana ibu ada di situ. Ramai orang datang ke rumah, termasuk kanak-kanak. Malam itu, menjelang dinihari jiran membakar mercun. Bunyi letupan mercun mengganggu kami. Ini kerana ada di antara tetamu nak bersembang. Ada juga nak pergi tidur, termasuk ibu.

Kenapa manusia ni tak tahu menghormati jiran? Komer seronok main mercun, tak semestinya jiranpun suka.

"Perangai orang ameno" Kata anak sedara Yong.

Kebetulan jiran ni memang penyokong tegar ameno. Tapi Yong harap ini kebetulan. Takkan orang ameno tidak sokong undang-undang yang ameno sendiri buat?

Media telah tunjukkan banyak kisah padahnya bermain mercun. Tetapi peminat mercum macam takde akai. Atau mungkin akai letak kat kepala lutut! Ada juga yang buat posting dan letak gambar dirinya dalam internet bersama mercunnya! Bangga mengajar kanak-kanak kecil melanggar undang-undang! (lihat gambar 1).

GAMBAR 1: NAMPAK TAK BUDAK KECIK KAT GAMBAR TU?

Gambar 2 dan Gambar 3 pulak screen-shot blog yang mengiklan penjualan mercun. Kot ikut lenggok bahasa, demer ni orang Melayu. Tapi orang Melayu jenis apa tak tahu le. Yong cuma ambik shot sebahagian blog demer. Takde le Yong nak tunjuk mercun jenis aper demer jual. Nanti macam Yong promosi pulak. Yong takde bagi alamat. Pak polis cari le sendiri! Cer tengok:


GAMBAR2: PEMILIK BLOG KATA ADA BANYAK JENIS MERCUN

GAMBAR 3: BLOG INI DAH JUAL MERCUN SEJAK TAHUN 2009 LAGI!

Memang susah nak banteras penjualan mercun ni kerana banyok benor pagar yang makan padi. Degil dan tiada hati perut! Ingin jadi kaya dengan cara mudah, tanpa memikirkan kesengsaraan orang lain.


GAMBAR 4: INILAH CONTOH PAGAR JAHAT TU

Akta Bahan Letupan 1957 ni Yong setuju. Tapi semakin ketat akta, semakin galak peniaga haram ni. Kenapa jadi begitu? Sebabnya ialah hukuman yang dikenakan tidak memberi pengajaran kepada pesalah dan penjenayah lain yang belum kena tangkap.

Bagi Yong, masukkan pesalah ke dalam jel sahaja tidak memadai. Buat peghabih begheh jer. Tiada jaminan demer akan insaf. Mungkin demer akan belajar teknik kejahatan yang lebih teruk lagi. Suruh demer buat kerojer jadi kuli tepi jalan untuk pecah batu, baru betoi.

ALLAHUAKBAR!
TEGAKKAN HUKUM ISLAM.
TEGAKKAN HUDUD!
ALLAHUAKBAR!

4 comments:

  1. Teman pun benci bebenor orang main mercun.. Ada sekali masa teman belajor kat Tanjong Malim, emak teman tengah sakit dema main mercun dalam taman perumahan yang teman duduk tu.. Teman keluor maki hamun orang tu, senyap terus... Dua tiga hari lepas tu pindah terus orang tu... Teman bukan nak berlagak, tapi teman nak kabor di sini hanya cara kurang ajor saja dapat mengajor orang kurang ajor...

    Yang teman lagi menyampah bila tengok peronda polis tak buat apa-apa pun tengok orang main mercun setiap perayaan.. Dan paling menyampah tahap cipan ialah bila anak-anak polis tu yang sakan main mercun yang dirampas, kemudian siap pasing-pasing lagi pada kengkawan...

    Apa nak jadi la negara ku ku yang tercinta ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pcbahar

      Kalau tengok perlembagaan Persekutuan, Melayu tu beragama Islam dan patuh kepada adat Melayu. lebikuarng begitulah. Main mercun budaya orang Cina yang termasuk dalam kepercayaan demer untuk menghalau hantu dan anasir jahat. Kalau dah gemor dengan budaya Cina, sampai nak raikan Hariraya mengikut kepercayaan demer, apa maknanya tu?

      Delete
    2. kat bkt aman pon ader bunyi bunga berapi...idak tahu ler demer halau antu kot!

      Delete
    3. Salam Opisboi,

      Reply Yong ada silap taip. Sorry.

      Anyway, Yong nak kata Yong takde nak tuduh sesaper. Cume, kenapa suka sangat main time orang nak tidor. Bila jiran marah, malaikat catat jer. Nak minta maaf kat saper? Kenapa nak buat dosa kerin?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.