Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 20 September 2012

BUKAN ANWAR IBRAHIM SEORANG SAHAJA YANG BERKEBOLEHAN JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA (PT2)


BERANI BERUBAH

Ameno memang berdendam pada Anwar Ibrahim. Ameno berdendam kerana Anwar Ibrahim tubuh PKR dan kacau daun! PAS yang selalu bersangka baik, boleh ditipu sehingga ada yang terpedaya dengan ide UG yang akan meletakkan PAS subservient kepada ameno selamanya. PAS akan terpaksa akur pada parti syaitan ini jika cita-cita ameno itu berjaya. Mujurlah Tuan Guru Nik Aziz lantang dan keras menolak ide UG ini.

Sebab itu selain Anwar Ibrahim, ameno amat berdendam pada Tuan Guru Nik Aziz. 

Oleh kerana kedua mereka adalah pemimpin Pakatan Rakyat, maka ameno berdendam pada Pakatan Rakyat!

Oleh kerana Pakatan Rakyat disokong oleh sebahagian penduduk Malaysia, maka maknanya ameno juga berdendam kepada sebilangan besar rakyat Malaysia.

Dendam melahirkan perrmusuhan. Dengan berdendam kepada Pakatan Rakyat maknanya ameno memusuhi rakyat Malaysia yang tidak setuju dengannya!

Dendam itu jelas dan nyata dijaja oleh presiden mereka. Terkini dendam itu tersurat dan tersirat dalam ucapan Najib di Pekan yang amat lucu bunyinya. 

"Kemampuan kita belum tentu dapat kejayaan tanpa keizinan dari ALLAH," kata Najib. 

Demikian petikan yang dibuat oleh Sinar Harian dan mengundang 35 komen yang hampir keseluruhannya memperlekehkan kenyataan PM 1Malaysia ini. Yong tak payah ulas. Baca saja di sini sebelum dipadam. 

Najib juga mendakwa, “PKR lemah..” Petikan dibuat oleh utusan

Kalau PKR lemah kenapa takut? Kenapa begitu bersungguh-sungguh menghalang pilihanraya bersih? Kenapa membiarkan anak buah bertindak seperti samseng dan menggangu roadshow dan ceramah PR? 

Yong berkata ramai yang boleh mengganti Anwar Ibrahim kalau BN nekad mahu memenjarakan beliau melalui fitnah liwat2. Anwar Ibrahim tidak takut. Pakatan Rakyat pun tidak takut.

Ameno sebenarnya yang dalam ketakutan teramat sangat! Mereka takut kerana pemimpin PR adalah orang yang berani. 

Cuba lihat gambar2 contoh keberanian pemimpin-peminpin ini: 

BERANI PEGANG KERIS DAN MEMEKIK DI GELANGGANG SENDIRI

BERANI DITAHAN KERANA MENDEDAHKAN KORUPSI NFC
BERANI BERJUANG WALAUPUN MENEMPUH FITNAH YANG TIDAK TERFIKIRKAN OLEH MANUSIA YANG BERIMAN

BERANI MENENTANG PILIHANRAYA BERSIH SELEPAS JADI MENANTU VVIP!

BERANI DITAHAN KERANA MENENTANG KEZALIMAN DAN MEMPERJUANGKAN KEBENARAN

BERANI BALING CAT PADA BAS PKR KEMUDIAN MENYOROK

BERANI BERCAKAP IKUT SKRIP UMNO SAHAJA

BERANI BERFATWA BILA BERKAITAN PEMBANGKANG SAHAJA

BERANI MENENTANG PENYELEWENGAN FELDA WALAUPUN DITEKAN
BERANI MEMBUAT TRANSFORMASI DALAM EKONOMI ISLAM 
BERANI MEMPERTAHANKAN HAK KERAJAAN YANG DIPILIH RAKYAT WALAUPUN DICEMUH "DERHAKA' OLEH AMENO

BERANI BERJIHAD KE JALAN ALLAH?

FIKIRLAH SIAPA YANG SEBENARNYA BERKEBOLEHAN JADI PEMIMIPIN?

Bersambung...

1 comment:

  1. DeeDee Yong...

    Susah-susah sangat.. lantik jer Nasharuddin Mat Isa atau Hassan Ali jadi PM.... hahahaha

    Ibrahim Ali atau Zulkifli Nordin takder termasuk dalam senarai yer... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.