Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 18 September 2012

BUKAN ANWAR IBRAHIM SEORANG SAHAJA YANG BERKEBOLEHAN JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA

Pakatan Rakyat bukan macam B-end yang tiada pelapis setelah pemimpin atasan mereka "expire!" Ya, mereka tidak ada pelapis kerana sesiapa yang kelihatan bijak akan dicantas! Terakhir heboh berita tentang Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin, dua orang pemimpin muda yang akan digugurkan dari menjadi calon PRU13!

PELAPIS PR ADA DI SINI

Yong tak kata kedua mereka itu hebat. Jauh sekali. Dalam Pakatan Rakyat Yong nampak beratus-ratus pemimpin muda PAS, PKR dan DAP yang lebih hebat dari kedua pemimpin ameno ini. Yong sebut ameno sahaja sebab dalam MCA, tiada langsung yang hebat. Perjuangan mereka 100% perkauman! MIC pula jelas seperti kata pensyarah university Yong dulu: "May I Come in?" Kalau PR berjaya ke Putrajaya, kita tengok sejauhmana kesetiaan MIC dalam BN!

Bagaimana pula dengan parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak? Mereka juga mengalami sindrom yang sama dengan parti komponen BN di Semenanjung. Ia dikuasai oleh segelintir pemimpin yang mementingkan perut sahaja!

Baca di sini, di sini dan di sini untuk melihat semula contoh sejarah korupsi mereka.

BN bersungguh-sungguh melalui tindakan samseng untuk merosakkan program MERDEKA RAKYAT yang diteraju Anwar Ibrahim!

Adakah Anwar Ibrahim seorang sahaja pemimpin Pakatan Rakyat yang berkebolehan jadi Perdana Menteri Malaysia? 

BN silap dan terus silap!

Anwarinas hanyalah hantu bayangan ameno yang tidak wujud dalam Pakatan Rakyat.

Bersambung....

6 comments:

  1. salam,

    lim guan eng juga berbakat besar, calon yg diterima semua, calon selepas dsai

    dua permintaan ramai tidak dipedulikan dalam pelan tindakan pendidikan kebangsaan 2013-2025

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Merahdanbiru

      Hmm...Bagi Yong Islam itu penting. PM mesti beragama Islam dan mengamalkannya sepenuhnya selain bakat.

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Gua sokong ABUYA jadi PM selepas PRU13 .... err.... sori.. ABUYA dah meninggal dunia.... next answer..... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      So who's next?

      Delete
    2. Sam Bacile.... hehehe... amacam boleh dak dier jadi PM Malaysia lepas nih...

      Hishamuddin tak layak sebab "Feri Pulau Undan"
      Shafie Apdal tak layak sebab "Kaki Bedal"
      Muhyiddin Yassin tak layak sebab "Dihantui Tanah Johor"
      Zahid Hamidi tak layak sebab "Bertanding Boxing"

      Chua Soi Lek maybe la layak kot... sebab "Pandai Berlakon" ... hahahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
    3. Salam C++

      Nih dah sarapan ke belum?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.