Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 30 September 2012

GULA DAH ABIH WEH! ATER, NAK MINUM APER?

GULA DAN GULA-GULA.
Keduanya ada dalam bajet BN untuk pilihanraya.

Gula harganya melambung,
Komer tetap melompong.

Kalau kat dapor gula dah kerin,
Komer minum jer ayor gorin.

Gula-gula dapat sekali, 
Lepas tu gigit jari. 

PERMATA Rosmah tidak dilupa, 
Jam tangan diapun ada batu permata.

Projek pembangunan ratusan juta, 
Yang kaya kroni juga.

RM500 kununnya boleh selesai masalah kesempitan hidup rakyat jelata,
Tajudin Ramli pulak bagaimana BN selesaikan masalahnya?

Yong tak dapat satu apapun,
Yang dapat faedah syarikat handphone!

Janji ditepati, 
Janji takde kualiti.

Undilah BN yang buat bajet merapu ni,
Bersedialah untuk 50 tahun lagi jadi abdi di negara sendiri.

Jauh lebih unggul bajet bayangan Pakatan Rakyat,
Tanda kepimpinan prihatin, semua rakyat mendapat berkat!

Yong kongsi video belanjawan kita,
Bagi yang nak tahu cerita.

Selamat menonton dan buat penilaian,
Belanjawan siapa yang fokus masa depan?










2 comments:

  1. Tak perlu makan gula banyak, nanti diabetis. Jom melancong ke luar negara ramai2, kos buat passport pun dah dikurangkan. Buat budget deme juga yg untung besor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lee

      Ater, orang kampung kan suka minum manih? mana demer ader duit nak pergi Dubai, Disneyland etc.

      Anak pun takde peluang masuk PERMATA

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.