Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 2 September 2012

TERIMA KASIH ANWAR IBRAHIM KERANA MENGEMBALIKAN SUNGAI MANIK KEPADA PAS

Yong rujuk berita dari sisibukit disini dan kenyataan DSAI di Kota Bharu bahawa agihan kerusi Pakatan Rakyat selesai. Jika benar, bermakna kerusi DUN Sungai Manik telah dikembalikan kepada PAS untuk bertanding. Menurut sumber dalaman kawasan Pasir Salak, DUN Sungai Manik dipinjamkan kepada PKR pada PRU12 kerana Dr Muhaimin Sulam melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Sekarang Dr Muhaimin telah kembali ke tanah air.

Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendengar suara pejuang PAS Sungai Manik. 

PAS Sungai Manik telah bekerja keras mendekati pengundi Sungai Manik melalui berbagai-bagai program, khususnya anjuran Hal Ehwal Wanita DUN Sungai Manik (HalWa). Oleh kerana itu sebagai menghargai usaha HalWa Sungai Manik, Yong dedikasi halaman ini untuk mempromosi aktiviti mereka. 

HalWa adalah jentera PAS yang terdiri dari aktivis Muslimat yang prakarsa. Gambar dan maklumat program dikirim oleh Pengerusi Lajnah Ekonomi Muslimat Pasir Salak yang hanya mahu dikenali dengan panggilan mesra "Bad" (gambar).


PENGERUSI LAJNAH EKONOMI MUSLIMAT PASIR SALAK

Pada 6 Ogos 2012, bersamaan 17 Ramadhan 1433, Halwa telah melaksanakan satu program yang mereka namakan PROGRAM NUZUL QURAN & SUMBANGAN RAMADAN di DEWAN TUAN GURU HAJI RAIS, CHENDERONG BALAI, PERAK.

Menariknya program dilaksanakan khas untuk memberi sumbangan kepada 200 penduduk miskin di sekitar Sungai Manik. Menurut Bad dana untuk program itu disumbang oleh individu-individu yang prihatin kepada perjuangan parti dan hasil jualan barangan dalam program terdahulu. Program telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak, Dr Muhaimin Sulam. Pengisian ilmu disampaikan melalui ceramah Nuzul Quran oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak, Ustaz Musthafa Shaari.

Berikut ialah gambar-gambar yang dikirim oleh HalWa:

DR MUHAIMIN SULAM, CALON PAS UNTUK DUN SUNGAI MANIK NAMPAK SANTAI TETAPI SERIUS

USTAZ MUSTHAFA SEDANG MEMBERI CERAMAH

SEBAHAGIAN DARIPADA PENDUDUK (PENERIMA SUMBANGAN) HADIR DENGAN PAKAIAN TERBAIK MEREKA 

TEMPAT DUDUK TIDAK CUKUP. AJK DUDUK DI ATAS LANTAI SAHAJA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG

SEBAHAGIAN DARIPADA PENERIMA LELAKI. RAMAI WARGA EMAS

SETIAP PENERIMA MENDAPAT SEKAMPIT BERAS YANG DIANGKUT DENGAN LORI. PERKHIDMATAN LORI DISUMBANG OLEH AHLI PAS

SETIAP BUNGKUSAN MENGANDUNGI GULA, GARAM KICAP, SUSU DAN LAIN-LAIN BARANGAN "COMSUMABLE" YANG TIADA TANDA LOGO PARTI. HILUX INI JUGA MILIK AHLI PAS.

AJK SEDANG BERBINCANG MENGENAI PROGRAM. BERTUDUNG HITAM IALAH PUAN ASIAH MOHD SALLEH, TIMBALAN KETUA MUSLIMAT PASIR SALAK. TIDAK MENGAPA WALAUPUN DEWAN BELUM ADA DINDING.

KETUA MUSLIMAT PASIR SALAK PUAN JAMALIAH SUDIN MENYANTUNI ARMALAH PUAN SAIYAH

AJK KAWASAN PUAN AINUL MADIAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BERAS KEPADA WARGA EMAS PAK YUSUF.

Sungai Manik ialah kubu kuat UMNO. Kajian UMNO mendapati Sungai Manik adalah kawasan putih. Maknanya Sungai Manik akan kekal dipegang oleh BN. Kajian ini berdasarkan kepada maklumat bahawa PKR akan bertanding bagi DUN tersebut. Umum mengetahui ranting PKR tidak wujud di Sungai Manik. Kalau ada mungkin ahlinya orang halimunan, kerana tidak kelihatan! 

Jika calon PAS bertanding di DUN Sungai Manik, senario yang memihak kepada BN ini mungkin berubah. Ini kerana Dr Muhaimin Sulam ialah anak tempatan yang dikenali di kawasan berkenaan. Aktivis PAS Sungai manik juga telah bersedia dan beriltizam untuk membantu PAS memenangi DUN Sungai Manik.

Komen Yong: PAS memang layak diberi peluang bertanding di DUN Sungai Manik.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR


4 comments:

  1. Yong, teman ni dulu umno totok... Tapi sekarang idak le lagi...
    Teman nak tanya Yong ni.. Ada kawan teman bertanya kenapa teman ni berubah sokongan... Payah juga teman nak jawab sebab jawapannya panjang lebor...

    Kalu Yong ler, apa Yong nak jawab dalam satu ayat jer... He he... Ini betoi soalan cepu perak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pcbahar

      Menang ini soklan cepu Perak. Yong rujuk jawapan dari sini:

      LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZOLIMiN
      Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah.
      Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
      SURAH AL-ANBIYA' (21) :87

      Hari-hari kita baca doa ini untuk mendapat perlindunganNya.

      So jawapan 1 ayat ialah:

      Yong wajib meninggalkan parti yang sentiasa berbuat kezaliman terhadap umat Islam.

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Dr Muhaimin nih kan ker blogger UPSI ... hahaha... gua rasa aaa gua kenal dier... ameen kalu dier jadi calon... orang bagoosh.. akhlak dan sahsiah bagoosh...

    Yong takmo jadi calon ker? hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong sebenornya tak kenal secara peribadi Dr Muhaimin ni. Tapi Yong diberitahu dia seorang yang berdikari dan jujur. Bagi Yong itu kriteria penting bagi seorang pemimpin. Yong berdoa semoga harapan penduduk Sungai Manik untuk mendapat seorang wakil rakyat yang amanah tercapai.

      Tentang Yong nak jadi calon tu...ya ampooon! Yong pernah ditanya pada tahun 2004 dan 2008. Tapi toksah ler. Nanti ada yang tak senag duduk...hehehe!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.