Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 4 September 2012

UiTM PATUT SAMAN SINAR HARIAN YANG PEMBOHONG!

Inilah standard kewartawanan di Malaysia. Demi hendak menaikkan kredibiliti ahli akademik yang memberi kenyataan, Sinar Harian sanggup berbohong! 

Yong merujuk kepada article Sinar Harian yang memaparkan kenyataan Datuk Profesor Dr Ramlah Adam. Lihat bahagian yang dalam kotak biru.


Yong tidak mempersoalkan kepakaran Datuk Profesor Dr Ramlah Adam. Yong sendiri bukan pakar sejarah. Yong takkan komen apa-apa tentang bendera Sang Saka Malaya. Tetapi, Yong musykil, apa motif Sinar Harian menyebut Datuk Profesor Dr Ramlah Adam ini berjawatan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM? 

Datuk Profesor Dr Ramlah Adam telah tidak disambung kontraknya di UiTM pada bulan Jun 2012. Beliau juga tidak memegang jawatan dekan fakulti berkenaan sejak Januari 2011. Sekarang dah September 2012! Sama ada wartawan Sinar Harian ini pemalas, atau sengaja berbuat demikian supaya sumber yang didapatinya nampak hebat! 

Yong percaya Datuk Profesor Dr Ramlah Adam tidak akan menyamar sebagai dekan fakulti! Ini kes Sinar Harian berbohong kepada pembacanya!

Sinar Harian wajar menuntut maaf pada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM kerana kesalahan fakta ini. 

Apa kata Naib Canselor Dato' Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar? 

6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahaha... macam mana gua terlepas pandang benda nih... hahaha... nasib baik Yong perasan... hahaha... kantoi lagie... hahahaha....

    Tapi rasanyer wartawan Sinar Harian tue tak buat silap... cuma ader maklumat yang tak betul disampaikan kepada dier... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Ituler bila buat kerojer cincai. Ase cepat masuk jer. Ingat orang tak tahu ke siapa Datuk Prof Dr Ramlah Adam tu. Alahai...!

      Delete
    2. salam lebaran dah tahniah kpd Yong...ramai yg dah membacakan sinaran td..tp sumber komen2 tu dr org yg bukan lg sebagai penyandang tersebut..

      Delete
    3. Salam Yusofali

      Bukan payah nak semak siapa dekan fakulti ini. Dalam laman web ada nama dekan demer. Ini kes maleh buat kajian ajer. Yong tak tahu di mana Datuk Prof Dr Ramlah Adam sekarang, tapi dia tiada di UiTM.

      Delete
  2. nampak gaya sinar pun nak masuk kelab media lahanat pecacai umno-apco daaa ! janganlah jadi nangoi peliharaan umno-apco ! ABU !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.