Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 26 September 2012

WAKIL RAKYAT AMENO YANG TAMAK, TENGIN DAN BANGANG


GAMBAR HIASAN (SUMBER)

Satu hari seorang YB ameno meeting (bincang) dengan pegawai-pegawai yang agih subsidi pertanian kat orang kampung. Tak tau le kot ada kaitan dengan keengganan pegawai memberi benih durian pada Tok Ketua kampung (N3 terdahulu di sini). Pengarah pertanianpun datang sekali. Pengarah kena bagi sikit taklimat bantuan subsidi kerajaan Persekutuan. Lepas taklimat, bincang. Berikut antara sedutan meeting tersebut:

YB = Yang berhormat. DP = Datuk Pengarah.

YB: Ini saya nak kabor. Jabatan Datuk ni suka ambik tindakan yang tak betul.

DP: Apa yang tak betui YB?

YB: Datuk ambik tindakan yang tak sokong kerajaan.

DP: Huh? apa pulak yang tak sokong kerajaan. Jabatan ini melaksana dasar kerajaan ajer.

YB: Patutnya Datuk tolong orang kita (UBN). Orang kita yang undi kita. Orang kita yang sokong kerajaan. 

DP: (Buat-buat tak faham) Kita beri bantuan kerajaan kepada rakyat yang memerlukan. Siapa pulak yang tak sokong kerajaan Malaysia nih?

YB: Datuk jangan buat-buat tak tahu. Datuk pegawai kanan kerajaan. Patutnya Datuk bagi bantuan kepada penyokong kerajaan sahaja. Ini pulak Datuk beri bantuan pada orang bulan (maksudnya PAS). 

Datuk Pengarah pun naik angin.

DP: YB, Saya melawat kampung. Saya toleh kiri. Saya toleh kanan. Saya tak nampak orang bulan. Saya nampak orang miskin ajer.

Orang bulan? Heheheh. Bila pulak kat Malaysia ni ada orang datang dari bulan?

Pegawai kerajaan sekarang takde le taat membabi buta. Kata pegawai tu pada Yong:

Demer buat UBN tu le kerajaan. Kerajaan tu UBN. Padehe ameno tu komponen parti BN yang memegang amanah jer. Kerajaan itu milik rakyat. Semuanya duit rakyat. Bukan duit UBN!

Baja pun demer cap dengan logo demer. Kalau bukan jenih tamak, tengin dan bangang, tak tahu jenih aper pulak.

7 comments:

  1. YA BETUL..BETUL BETUL...KERAJAAN RAKYAT YANG PUNYA!!!!TP DEME BUAT CAM KERAJAAN DEME YANG PUNYA...KIRANYA SAPE2 KEJE KERAJAAN...KERJA NGAN UMNO LE..KATE DEME..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dAn

      Tapi sekarang dah berubah. Pegawai kerajaan bukan lembu. Ramai dah sedor. Tapi ramai juga yang takut.

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Lor... ingatkan Dacing dah jadi baja dah... hahaha... kira dah boleh ditalkinkan.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. apa keheinye semua deme punye dah khabor kat warga felda tak suke kat kerajaan nak senaraikan felda keluar dari kampong tu.hantar baja dah ada ghupe deme kat karong baja siap ngan cop dacing bebiru.nyambut ghaye sekolah deme punye,khabornye buku sekolah pun nak letak muka deme.kalaulah buleh deme nak suroh oghang kampong tukar atap warna biru siap berlukeh gambor dacing sekali kalau tak ada tak dapat CF.belum jatuh talak dah gile meghoyen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maw

      Jadi tugeh kiter bagi pencerahan kat oghang kampung! Masing-masing yang menyokong PR ader tugeh fisabilillah menegakkan Islam dan keadilan semua di negara tercinta ini.

      Malaysia milik rakyat, bukan milik UBN!

      Delete
  4. salam,

    pendidikan guna untuk pancing undi, subsidi guna untuk pancing undi, jawatan guru guna untuk pancing undi, pemberian degree gun auntuk pancing undi, jahanam Malaysia camni!

    KLIK 6 tuntan rakyat kepada cuepacs

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.