Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 15 October 2012

HABIH LER BN - RAKYAT DAH MARAH DENGAN AES!



Dua hari sudah Yong balik kampung. Entah camne terserempak dengan Pakcik Sifu Pekida. Macam tau-tau jer pakcik ni. Boleh pulak dalam ramai-ramai orang kat pasar minggu, terserempak dengan dia. Katanya dia sarapan kat restoran berdekatan dengan seorang kawan, sambil menunjuk ke sebuah 4WD cermin gelap. 

Lepas tanya kabor dan berkisah hal peribadi, Pakcik Sifu Pekida cerita dia round 1Malaysia. Katanya dia sedang memantau anak-anak buahnya mengendalikan projek masing-masing. Kalau tak pantau, entah jadi aper pulak, katanya.

Sambil cakap pasal projek Pakcik Sifu Pekida bersungut. Semua anak-anak buah marah kepada AES. Marah kerana katanya ader yang kena saman RM3,000. Mana demer tau kena saman banyak tu tak pulak Yong tanya. Tapi disebabkan Pakcik Sifu Pekida ni rapat dengan pemimpin ameno dan PKR pastinya dia dapat maklumat dalaman.

"AES ini akan buat ameno payah nak menang." Kata Pakcik Sifu Pekida.

Berkali-kali dia ulang frasa "Payah nak menang."

"Demer kata boleh menang di Pahang, Melaka dan Johor." Yong cuba memancing rahsia sambil memetik ramalan Daim Zainuddin.

"Johor pun payah." Jawab Pakcik Sifu Pekida. Mulutnya menjebik.

"Ameeennn!" Kata Yong dalam hati. 

Oleh kerana Pakcik Sifu Pekida orang Johor, tentulah dia tahu apa berlaku di Johor.

HABIH LER AMENO. TERUSKAN AGENDA MEMERAS DUIT RAKYAT DENGAN AES. RAKYAT AKAN TENDANG KAMU!

BUKAN PENYOKONG PR SAHAJA YANG AKAN MENENDANG KAMU. PENYOKONG KAMU SENDIRI PUN AKAN BERALIH ARAH. HAHAHA!

AMEEN!

Sebelum naik kereta, sempat jugak Pakcik Sifu Pekida puji Khalid Ibrahim. 

"Dia orang baik. Banyak usaha...Jangan pandai cakap ajer..." Katanya.

Pakcik Sifu Pekida agaknya dah baca Laporan Audit Negara.

Entah siapa dalam kereta 4WD itu Yong tidak tahu. Tapi nampaknya dia sabor menunggu Pakcik Sifu Pekida berbual dengan Yong (dengan enjin dihidupkan).

NOTA: Yong pernah bersongel bab Pakcik Sifu Pekida ini dalam N3 dulu. Tapi tak ingat kat mana. Sorry yer. Dengornyer Pakcik ni ada ramai anak angkat Pekida - beratus-ratus.

6 comments:

  1. Salam.

    Uih mak.. pokcik tu harus title Ayahanda ker Tok Ayah /// a.k.a. 3Line ! Patutnya demer tu tak berpihak mana-2 parti ni..be neutral saja lagi cool! Elok la tu dia boleh nampak Umno nak jahanam.. melingkup.







    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz azdi

      Yong dengor anak buahnya panggil dia "abah." Dah moden kot. Memang pakcik ni tak berpihak. Tapi sebab demer dari dulu kuat ameno! Banyak ler anak buahnyer ameno.

      Delete
  2. i like patin bunga-bunga... kahkahkah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu,

      Hah? patin bunga-bunga? Apa tu?

      Delete
  3. DeeDee Yong...
    Hahaha.... baik gak lu ngan geng PEKIDA yer... hahaha....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong kenal Pakcik ni melalui abang Yong yang juga penasihat kumpulan silat. Pekida ni ader yang ok. Ader yang samseng. Pakcik Sifu Pekida ni tak suka anak buahnyer buat kerja samseng. Tapi demer degil, katernyer. Selalu jugak dia buat friendly debate dengan abang Yong bab-bab assobiyah dan ameno nih. Heheheh. Yong tahu dia sifu Pekida sebab dia sendiri yang cakap. Abang Yong PAS.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.