Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 2 November 2012

STRATEGI BODEK PENJAWAT AWAM: NAIK GAJI 5% SETAHUN SEKALI, KENA SAMAN AES RM300.00 SETAHUN BERKALI-KALI.



Hingor-bingor macam ayam bertelur sebijik. Ingat semua penjawat awam naik gaji. Rupa-rupanya yang dapat naik gaji tu 20% kakitangan kerajaan yang gajinya dah sampai ke tembok! Kumpulan ini katanya tak boleh naik ikut manapun!

Nak kata bangang, ada kelulusan yang tinggi. Tetapi ia ternyata bangang tahap gaban! Buat apa bagi naik gaji kalau sudah sampai ke tembok tetapi pemalas dan tidak layak naik pangkat? Kenapa tak bagi pada semua? Orang lain tak kerojer sampai setengah mati ke?

Siapa mereka ini?

Pegawai turus yang dah nak pencen?
Pegawai jusa yang dah nak pencen?
Pegawai kanan kerajaan yang dah nak pencen?
Pegawai rendah yang dah nak pencen?
Pekerja kumpulan sokongan yang dah nak pencen?
Kakitangan awam yang tersangkut hingga gaji sampai ke tembok sebab prestasi tidak menyerlah?

Adakah kewajaran dapat penghargaan ini berdasarkan "long-term service" semata-mata?

Tetapi wajarkah mereka yang skel gaji sampai ke tembok, tetapi prestasi kerja yang buruk menerima imbuhan kenaikan gaji? Sedangkan orang lain yang rajin terkulat2 melihat sahaja?

Apapun cuba kaji pengiraan berikut:

Katanya kenaikan adalah antara 2% - 5%

Yong andaikan, yang berpendapatan rendah kenaikan lebih tinggi seperti contoh berikut:

Jika gaji RM2,000.00 sebulan
Naik 5%
Kenaikan = RM100.00

Jika gaji RM5,000.00 sebulan
Naik 4%
Kenaikan = RM200.00 sebulan

Jika gaji RM10,000.00 sebulan
Naik 3%
Kenaikan = RM300.00 sebulan

Jika gaji RM20,000.00 sebulan
Naik 2%
Kenaikan = RM400.00 sebulan




Jika semua kena saman RM300.00 siapa yang terasa sangat perit?

Yang gaji besar atau yang gaji kecil?




Siapa yang akan kena saman?

Yang selalu ulang alik hantar-ambil anak sekolah.

Orang besar sudah tiada anak sekolah. Selalunya anak sudah besar atau sekolah asrama penuh.

GAJI NAIK UNTUK SEMUA PEKERJA SEKTOR AWAM MEMANG WAJAR. TETAPI AES TETAP TIDAK WAJAR.

JANGAN NAK TIPU RAKYAT DENGAN KENAIKAN GAJI YANG SECIPUT INI! 

2 comments:

  1. Salam Yong,
    Mana ke ropa natang AES tu, teman tak kesempatan nengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong Moh Kembara

      Hahaha! Kot miker nampak, maknanya miker dah kena tangkap gamborle!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.