PERGHH! |
Sebagai rakyat Malaysia Yong juga ingin berkongsi beberapa indikator kebahagiaan seperti berikut:
KEBAHAGIAAN TAHAP KELAS PERTAMA
Bahagia merasa hasil janji "ditepati" bagi rakyat yang didahulukan.
Bahagia merasa harga barangan keperluan naik kerana ekonomi mantap.
Bahagia merasa risiko kena saman AES demi keselamatan pengguna jalanraya.
Bahagia merasa berjiran dengan kilang proses nadir bumi supaya negara maju.
Bahagia merasa kesukaran membayar hutang PTPTN sebab belajar tak free, beb.
KEBAHAGIAAN TAHAP KEPUJIAN KELAS KEDUA TINGGI
Bahagia baca berita kes buang bayi untuk tutup malu.
Bahagia baca berita kes jenayah terhadap wanita macam dalam TV dan wayang.
Bahagia baca berita pegawai tinggi kerajaan ditangkap khalwat.
Bahagia baca berita peneroka felda dapat keruntuhan durian dari saham FGV.
Bahagia baca berita anak pemimpin Malaysia menjadi jutawan segera.
KEBAHAGIAAN TAHAP KEPUJIAN KELAS KEDUA RENDAH
Bahagia melihat kroni dapat projek ratusan juta kerana pencapaian yang diutamakan.
Bahagia melihat pemimpin kaya-raya sementara rakyat hidup kais pagi, petang tak payah makan.Bahagia melihat warga asing dapat monopoli penjualan pakaian di bazar Tesco.
Bahagia melihat majlis besar-besaran perkahwinan anak Menteri Melaka.
Bahagia melihat Rosmah jadi pengapit dalam majlis kahwin Lee Chong Wei.
KEBAHAGIAAN TAHAP KEPUJIAN KELAS KETIGA
Bahagia orang miskin dapat BR1M RM500 untuk meningkatkan perniagaan ke tahap anak Madey.
Bahagia orang Islam dapat makan burger free di McD untuk hadiah pada Israel.
Bahagia orang kampung dapat beli iPad 1Malaysia RM999, walaupun harga China Tab RM400 saja.
Bahagia orang Melayu dapat jadi ahli Perkasa dan Jati untuk perjuang nasib orang Melayu.
Bahagia orang Malaysia dapat menantu orang Kazakhstan.
KEBAHAGIAAN TAHAP ANUGERAH KHAS CANSELOR
Bahagia bila kerja menghina Islam sudah diserahkan kepada Chan Soi Lek.
Bahagia bila ramai anak muda hadir program maksiat k-pop dan ala k-pop.
Bahagia bila memukul dan menerajang pendemo aman BERSIH.
Bahagia bila dapat memfitnah walaupun kena saman.
Bahagia bila ada orang Islam jadi ahli pengarah syarikat judi dan arak.
KEBAHAGIAAN TAHAP ANUGERAH KHAS PERDANA
Bahagia bila Malaysia dapat No 8 sebagai negara paling bahagia!
Najib masuk bakul Rosmah angkat
ReplyDeleteTIpu ranking Malaysia ke 84. Bangladesh lagi happy tempat ke 11
DeleteSalam Rosli, antahberantah
DeleteKalau ikut UN punya ranking nombor 51
Rakyat yg bahagia dlm kumpulan ni ialah rakyat yg tolol, bodoh, bangang dan dungu serta tidak sensetif dengan isu semasa. Lalai dgn hiburan terlampau, berpoya-poya, kaki judi, kaki arak, kaki betina dan kaki bomoh.. spesis macam ni mahu ke ambik tahu masalah yg membelenggu negara???
ReplyDeleteSalam Baretta
DeleteYang bahagia tu yang korap segalanya. Sampai bila baru pengikut sedar demer tak dapat apa2 kecuali kena saman.
Aku rasa deme ni Kebahagian tahap Hospital Bahagia la kak yong..
ReplyDeleteSalam dAn
DeleteHahahah......
aku rasa yg happy kt malaysia ni cuma pemimpin2 umgok yg kaya raya sapu harta negara.....usah percaya la gula2 dekat2 PRU nisemua nk kencing rakyat agar sokong syaitan
ReplyDeleteyg happy cuma pemimpin2 umgok yg kaya raya sapu harta rakyat...gula2 menjelang PRU
ReplyDeleteSalam UMNOLOVEBLACKGOAT
DeleteEntah di mana demer cari stats itu. Sesiapa tolong bagi link dekat Yong.