Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 20 November 2012

YA AMPOOON!! TAK SANGKA MALAYSIA NO 8 PALING BAHAGIA DI DUNIA!!!

PERGHH!

Sebagai rakyat Malaysia Yong juga ingin berkongsi beberapa indikator kebahagiaan seperti berikut:

KEBAHAGIAAN TAHAP KELAS PERTAMA

Bahagia merasa hasil janji "ditepati" bagi rakyat yang didahulukan.
Bahagia merasa harga barangan keperluan naik kerana ekonomi mantap.
Bahagia merasa risiko kena saman AES demi keselamatan pengguna jalanraya.
Bahagia merasa berjiran dengan kilang proses nadir bumi supaya negara maju.
Bahagia merasa kesukaran membayar hutang PTPTN sebab belajar tak free, beb.

KEBAHAGIAAN TAHAP KEPUJIAN KELAS KEDUA TINGGI

Bahagia baca berita kes buang bayi untuk tutup malu.
Bahagia baca berita kes jenayah terhadap wanita macam dalam TV dan wayang.
Bahagia baca berita pegawai tinggi kerajaan ditangkap khalwat.
Bahagia baca berita peneroka felda dapat keruntuhan durian dari saham FGV.
Bahagia baca berita anak pemimpin Malaysia menjadi jutawan segera.

KEBAHAGIAAN TAHAP KEPUJIAN KELAS KEDUA RENDAH

Bahagia melihat kroni dapat projek ratusan juta kerana pencapaian yang diutamakan.
Bahagia melihat pemimpin kaya-raya sementara rakyat hidup kais pagi, petang tak payah makan.
Bahagia melihat warga asing dapat monopoli penjualan pakaian di bazar Tesco.
Bahagia melihat majlis besar-besaran perkahwinan anak Menteri Melaka.
Bahagia melihat Rosmah jadi pengapit dalam majlis kahwin Lee Chong Wei.

KEBAHAGIAAN TAHAP KEPUJIAN KELAS KETIGA

Bahagia orang miskin dapat BR1M RM500 untuk meningkatkan perniagaan ke tahap anak Madey.
Bahagia orang Islam dapat makan burger free di McD untuk hadiah pada Israel.
Bahagia orang kampung dapat beli iPad 1Malaysia RM999, walaupun harga China Tab RM400 saja.
Bahagia orang Melayu dapat jadi ahli Perkasa dan Jati untuk perjuang nasib orang Melayu.
Bahagia orang Malaysia dapat menantu orang Kazakhstan.

KEBAHAGIAAN TAHAP ANUGERAH KHAS CANSELOR

Bahagia bila kerja menghina Islam sudah diserahkan kepada Chan Soi Lek.
Bahagia bila ramai anak muda hadir program maksiat k-pop dan ala k-pop.
Bahagia bila memukul dan menerajang pendemo aman BERSIH.
Bahagia bila dapat memfitnah walaupun kena saman.
Bahagia bila ada orang Islam jadi ahli pengarah syarikat judi dan arak.

KEBAHAGIAAN TAHAP ANUGERAH KHAS PERDANA

Bahagia bila Malaysia dapat No 8 sebagai negara paling bahagia!

10 comments:

  1. Replies
    1. TIpu ranking Malaysia ke 84. Bangladesh lagi happy tempat ke 11

      Delete
    2. Salam Rosli, antahberantah

      Kalau ikut UN punya ranking nombor 51

      Delete
  2. Rakyat yg bahagia dlm kumpulan ni ialah rakyat yg tolol, bodoh, bangang dan dungu serta tidak sensetif dengan isu semasa. Lalai dgn hiburan terlampau, berpoya-poya, kaki judi, kaki arak, kaki betina dan kaki bomoh.. spesis macam ni mahu ke ambik tahu masalah yg membelenggu negara???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Baretta

      Yang bahagia tu yang korap segalanya. Sampai bila baru pengikut sedar demer tak dapat apa2 kecuali kena saman.

      Delete
  3. Aku rasa deme ni Kebahagian tahap Hospital Bahagia la kak yong..

    ReplyDelete
  4. aku rasa yg happy kt malaysia ni cuma pemimpin2 umgok yg kaya raya sapu harta negara.....usah percaya la gula2 dekat2 PRU nisemua nk kencing rakyat agar sokong syaitan

    ReplyDelete
  5. yg happy cuma pemimpin2 umgok yg kaya raya sapu harta rakyat...gula2 menjelang PRU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UMNOLOVEBLACKGOAT

      Entah di mana demer cari stats itu. Sesiapa tolong bagi link dekat Yong.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.