Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 11 December 2012

AKHIRNYA ANAK CHEDET DAPAT ANUGERAH YANG DISAMPAIKAN OLEH BAPANYA!

Senyap-senyap anak Chedet dapat anugerah "Best Entrepreneur 2012" dari KLMCC Malaysia Business Awards (MBA). KLMCC ni maknnya Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur. Yong kata senyap-senyap, sebab takde banyak publicity mengenainya.

Chedet ialah Felo utama KLMCC.

Anak kawan Yong dapat hadiah pelajar terbaik keseluruhan bagi sekolahnya. Bapa dia (suami kawan Yong) ahli jawatankuasa PIBG sekolah tersebut. Si anak mewakili Malaysia dalam satu sukan elit. Tak perlu Yong sebut sukan apa. Dia juga menjadi prefect dan presiden persatuan. Anak ini tak dapat nombor satu di sekolah. Namun dari segi akademik dia termasuk dalam kumpulan 10% pelajar terbaik sekolah tersebut. Tapi budak yang dapat nombor satu seorang ulat buku dan sangat corot dalam apa jenis aktiviti lasak. Kaki bangku, kata orang. Jadi, kata putus oleh pihak sekolah, anak si kawan dapat anugerah.

Apakah persamaan dan perbezaan antara kedua kes?

Biorle komer yang bijak sana cerakin soalan Yong.

Anugerah MBA ini dijalankan setiap tahun. Tahun lepas ia diadakan dalam bulan Mei 2011. Maknanya penilaian untuk anugerah adalah berdasarkan prestasi tahun sebelumnya, iaitu bagi anugerah tahun 2011, ia diasaskan prestasi tahun 2010. Pada tahun ini ia diadakan lewat, iaitu pada 30 November 2012. Tak tau kenapa lewat. Agaknya dilema nak bagi kat sapa anugerah ini?

Walau bagaimanapun anugerah kecemerlangan ini sudah pasti untuk prestasi tahun 2011 kerana tahun 2012 belum tamat.

Apa masalahnya di sini?

Masalahnya ialah: Apa Mirzan buat sepanjang tahun 2011 sehingga melayakkan dia mendapat anugerah Best Entrepreneur (Usahawan terbaik) 2012 itu??

JENG! JENG! JENG!

Cer komer teliti dokumen-dokumen berikut:

DOKUMEN 1: MIRZAN AHLI LEMBAGA PENGARAH KATA LAPORAN KEWANGAN PETRON.

Semua orang tahu syarikat Petron itu anak San Miguel Corporation, kerana syarikat arak dari Philippines itu memiliki pegangan saham terbesar syarikat minyak tersebut! Kira macam anak-beranak le. Mirzan katanya sudah melepaskan pegangan sahamnya di San Miguel.

Pencacai tuduh DSAI putarbelit fakta Mirzan. Ada yang kata Mirzan bukan lagi ahli Lembaga Pengarah Petron. Ini kerana nama Mirzan tercicir dari senarai BOD di website petron.com.my. Heran! Tapi cer komer tengok nama sapa kat Laporan tahunan Petron bagi tahun berakhir 31 December 2011. Laporan Tahunan bagi tahun berakhir 31 December 2012 belum keluar lagi. Perhatikan:

SUMBER LAPORAN TAHUNAN PETRON 2011

DOKUMEN 2: MIRZAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PETRON, KATA BUSINESS WEEK

Kenyataan Business Week bertarikh 7 December 2012 juga menyebut kedudukan Mirzan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petron. Adakah Business Week memfitnah Mirzan?

Kalau Business Week fitnah Mirzan, begitu juga WSJ, Reuters dan Marketvisual.com. Semua website khusus untuk dunia niaga ini kata Mirzan Mahathir ada kepentingan dalam Petron. Contohnya seperti N3 berikut:

SUMBER BUSINESS WEEK

DOKUMEN 3: MIRZAN TERKENAL DI INDIA, KATA THE STAR

Mungkin berita luar negara kita tak nak percaya. Chedet kata berita luar negara di pengaruhi Yahudi. Jadi kita ambil jer berita dalam negara, the Star. Akhbar ini milik parti yang ketuanya pelakon porno yang terkenal dengan keceluparan mulutnya menghina hudud dan Islam. Akhbar ini kawan baik ameno. 

Apa kata akhbar ini?

Usahawan terbaik Malaysia ini terlibat dalam satu komplot berkaitan projek pembangunan pelabuhan Kakinada di Andhra Pradesh, India. Projek itu didakwa gagal disiapkan seperti dalam perjanjian!

SUMBER THE STAR

Jadi, benarlah seperti kata pencacai anak Chedet memang seorang usahawan Melayu yang telah dapat menembusi arena perniagaan antarabangsa!

Tetapi apa sumbangan anak Chedet dalam dunia usahawan sebagai seorang Muslimin sehingga melayakkannya dinobat sebagai Usahawan Terbaik? 

Menurut laman web KLMCC, anugerah ini berasaskan 4 kriteria "Growth, Innovation, Employment and Corporate Social Responsibility" (Perkembangan, Innovasi, Pekerjaan dan Tanggungjawab Korporat Sosial).

Kriteria tu dah betul. Cuma persoalannya - apa metriks atau pengukur yang digunakan untuk kriteria itu?

Kalau kriteria dah betul, tapi metrik salah, sama macam naik kenderaan yang betul, tapi haluan dah salah. Sampai bila-bila destinasi tidak akan ditemui! 

Bolehkah orang Islam yang membuat perniagaan yang ada unsur arak dijadikan contoh usahawan yang terbaik?

Kepimpinan melalui teladan, kata Chedet. Nampak sangat sudah desperate nak tunjuk kecemerlangan dan kegemilangan kepimpinan. Anak mesti dapat anugerah.

AMENO - DULU, KINI DAN SELAMANYA TAK BOLEH DIPERCAYAI!

6 comments:

  1. UNDILAH PARTI CAP CUPING KIK KIK KIK KIK.... SALAM YONG....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PUPPETS

      Parti cap cuping ni kat Pahang ke? Kui kui kui!

      Delete
  2. ok lah tu,lembu2 nak cari makan dengan lanun2 melayu,apa lanun kata semua betul walaupun dapat tak seberapa...nasib kau lah lembu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maie

      Chedet sendiri yang kata ameno penuh dengan orang bodoh. Kita tak mau lagi dipimpin oleh orang bodoh. Macam lembu, demer layak tarik bajak atau angkut barang jer.

      Delete
  3. mmg mengangumkan bagaimana sekor mamak pedukang keliiiingg pariyah ngaku mlayu menjadikan anaknya sekor peniaga cara menyamunharta rakyat mesia terutama dgn memperbabikan org2 mlyu umnu yg penuh semangat kemelayuan..gua mmg kagum ngan mamak2 pedukang sejak zaman kesultanan mlayu melake lagi...idop mlayu terus layu..kah3juta x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Jangan kagum lagi.

      Kita cuba "teladani" kepimpinan dia jika ingin jadi billionaire dengan bermula sebagai doktor GP (general practitioner). Kahkahkah!

      MALAYSIA BOLE! BOLE! BOLE!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.