Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 26 December 2012

ALAM PUN PROTEST


Kononnya BN sudah siap sedia. Ini kata Ahmad Maslan, Ketua Penerangan ameno. Aduhai...Ini berita basi. Dari dulu lagi demer dah kata sedia, tapi masih ragu-ragu untuk bubar parlimen.

Angkuhnya ameno dan BN.
Angkuhnya tiada batasan dan had.


Menurut sumber Yong, PRU13 akan diadakan pada bulan Mac. Kalau sehingga bulan Mac ameno tak bersedia, BN kena buat pilihanraya jugak, iaitu pilihanraya negeri Selangor. Sebabnya TS Khalid dah kabor Selangor akan mengadakan pilihanraya bulan Mac 2013. Sedia atau tidak BN kena ikut buat pilihanraya untuk negeri Selangor.

Apa strategi BN untuk mencapai 3 objektif utama tersebut?

BN guna 2K: Kempen dan kawal.

Takde masalah untuk kempen. BN boleh guna TV dan media utama untuk membuat fitnah. Tapi bolehkah BN kawal segalanya? Sekarang BN kawal media, pasukan keselamatan dan semua jentera kerajaan termasuk polis, SPR dan SPRM. Pemimpin ameno, khususnya, boleh berjalan sana sini, guna wang pembayar cukai, tapi berkempen untuk parti, menabur fitnah dan berbohong. 

Tapi dapatkah BN kawal alam ini?

Bolehkah BN kawal apa yang dilakukan oleh alam ini?
Bolehkah BN arah angin jangan bertiup; hujan jangan turun; air jangan melimpah.
Bolehkah BN arah alam jangan halang sistem yang korup ini untuk terus berkuasa?
Bolehkah BN ganti kerosakan yang dilakukan oleh alam ini sebelum bulan Februari?

Maaf. Alam pun protest.

6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Alam pon dah tak larat dah.... takkan selamanyer alam nak jadi Alam Flora... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Itule akibat terlalu bongkak! Ingat semua dia boleh kawal.

      Delete
  2. Tak heran Yong kalau yang berkata-kata tu dikalangan orang-orang yang munafik.
    Sebagai orang yang beriman, lihat dan dengar saja akan perkara tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam GEBU

      Kalau masih sayang Islam, tinggalkanlah ameno tu! Tiada harapan lagi demer akan insaf.

      Delete
  3. Salam Yong

    Kalau tak silap MB Terengganu pernah cakap dah bersedia hadapi tengkujuh. Tengok sekarang Allah uji Terengganu dengan banjir yang teruk. Itulah padahnya bercakap besar dengan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asiah

      Itulah padahnya suka menunjuk jari ke langit! (sign 1Malaysia)

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.