Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 22 December 2012

GEMPAR DAN MENAKJUBKAN: AWAL-AWAL LAGI CALON BN SUDAH TUMPO! KAHKAHKAH!

RATU PLASTIK

Entah apa dimakan semalam, tetiba bangun pagi terus nak buat kejutan! Eh, bukan Yong nak buat kejutan yer. Yong rakyat marhein yang setiap hari memang terkejut dengan berita-berita tentang negara Malaysia yang kununnya memiliki komitmen yang tinggi bab-bab menangani rasuah, lepas tu jadi negara paling rasuah. Alahai!!!

Hujung minggu ni ingat nak rilek sebab sepanjang minggu amat sibuk. Tapi nampaknya kena jugak berceloteh di sini. Hahaha!. Komer baca berita yang menggemparkan dan menakjubkan ini:

DAH MENGIGAU SPRM NIH?

Yong petik sebahagian berita sensasi itu:

Langkah pastikan wakil semua parti bersih rasuah

Kuala Lumpur: Kerajaan dicadang mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk proses tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar, berkata ia antara yang dirangka oleh pihaknya untuk dicadangkan berkuat kuasa menjelang PRU-13 tidak lama lagi.

“Cadangan ini membabitkan semua parti politik dan individu yang akan bertanding sebagai calon Bebas, termasuk Ahli Parlimen atau ADUN yang bakal dicalonkan semula atau yang pertama kali bertanding.

Calon bersih

“Ini bagi memastikan calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah, selain mengelakkan tohmahan tidak berasas ke atas individu yang akan bertanding atau partinya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat panel berkenaan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), semalam.

Bagi orang biasa, tentu kita harapkan calon PRU 13 itu bersih dari skandal rasuah dan punya akhlak yang terpuji kan? Tapi, cuba komer baca siapa pulak bagi respon ni:

SHAFIE APDAL CALON PRU13 PALING BERSIH?

Shafie Apdal tu orang biasa kah? Ahha... tentu bukan. kan? kan? Jadi, apa yang tersirat dalam kenyataan sokongannya terhadap cadangan SPRM nih? Tolong story sikit?

Adakah Shafie Apdal ni orang Mahyuddin yang akan dicantas oleh Najib? Sebab tu cerita dia tetiba jadi hot! Jadi dia bersandiwara menyokong cadangan SPRM untuk menunjukkan kejantanan "aku berani, engkau berani disiasat SPRM?" supaya "aku tak dapat, orang lain pun tak dapat juga."

Alahai Shafie Apdal...miker nak kelentong sapa nih?

TAKNAK, KATA PR

Tapi...apesal awal-awal lagi pemimpin PR dah reject idea bernas SPRM nih? Kenapa reject? Kan bagus kalau SPRM tapis calon dengan penuh integriti! Nanti takde sorang pun calon BN akan dapat bertanding. PR akan menang tanpa bertanding semua kerusi. Kahkahkah!

Toinggg! Yong mimpi rupanya!

Semua tahu SPRM dan BN berpisah tiada! Macam isi dengan kuku.

Nak refresh cerita hot Shafie dan minah dalam gambor di atas komer baca di sini, di sini dan di sini.

8 comments:

  1. Salam buat kak Yong.

    Pie Bedal memang camtu biot dia. Kalau dah dia sokong tapis tapi dia sendiri tak tertapis - untouchable? - tak betui la ghope tu. Kekayaan, income dia sapa ker tapis? Ada dia declare then? Not!

    Tapis calon meaning bersih drp rasuah jadi how in the hell dia leh sokong cadangan yg 'bernas' SPRM tu entah la.. tak tau teman nak kabo camner... Ada yg main wayang, sokmo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz

      Heran kan? Tak sudah2 buat sandiwara. makin lama Yong makin meluat pulak.

      Delete
  2. Tak payah siasat istyhar harta dulu nak tgk dia pakai kereta lembu atau tandu pas tu ramai yg nak pecah tembelang puak puak ni kalau ada telur istyhar leeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam yeop

      Sampai sekarang tak sorangpun pemimpin ameno yang declare harta!

      Delete
  3. Itu BERITA asam TEMPOYAK ajer...nanti yang kena TAPIS ...calon dari PR lah...tak boleh SALAH EJAAN nama lah...ayat dlm BORANG PENCALONAN tak BETOI lah...salah HURUF BESAR dan HURUF KECIK lah..calon PR lah yang JADI MANGSA...calon BN UMNO...kononnya TAPIS...kita sama2 tengok lah HARI PENAMAAN CALON nanti...BN UMNO akan MENANG TANPA BERTANDING...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tok Janggut

      Tempoyak pun ada orang nak makan. ini berita todi dan samsu haram jer. Saja nak gempak. Konon diri tu bersih!

      Delete
  4. Kah,kah,kah. Johan Jaafar syor nak tapis calon bertanding? Kawan2 blogger tolong story sikit siapa Johan Jaafar yang berlakon anti rasuah.Kita nak dengar, terutama dari DBP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam XUMNO

      Sorry. Yong tak kene Johan Jaafar ni. Yong cuma tahu dia datang dari Johor. Orang Muhyiddin ler.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.