Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 21 December 2012

DARI AMENO MUFTI DAPAT PANGKAT, DARI PERKASA DAPAT ANUGERAH, DARI UZBEKISTAN DAPAT APA?

Amat malang apabila Mufti begitu bangga menerima anugerah dari pertubuhan yang sifatnya assobiyah!

Amat busuk bila mulut Mufti berbau seperti mulut pemimpin dan balaci ameno!

Mufti tegurlah apa yang patut ditegur.

Kalau Mufti tak tegur apa yang patut ditegur, Mufti pulak yang kena jawab soalan dari Allah nanti.

Yong tak kisah Mufti nak tegur siapapun, asalkan Mufti bersikap adil ketika menegur.

Yang engkar taknak menutup aurat Mufti kena tegur.
Yang tersengih-sengih dengan k-pop juga Mufti kena tegur.
Yang gesel pipi jantan bukan muhrim Mufti kena tegur.
Yang ikut penganut Hindu menyalakan lilin waktu depavali Mufti kena tegur.
Yang ikut perayaan Thaipusam Mufti kena tegur.
Yang arah pukul pendemo aman dan yang memukul pendemo aman Mufti kena tegur.

Tak kira demer tu pemimpin ameno atau PR.
Asal yang dibuat bercanggah dengan ajaran Islam Mufti tetap kena tegur.
Mufti kena ikut menumbangkan kerajaan yang zalim kepada rakyat, bukan turut mengampunya.

Mufti pun toksah ikut rombongan yang ada program tarian gelek! (Cerita asal kat sini).

PENARI GELEK UZBEKISTAN

PENARI ALA-GELEK K-POP

TARIAN ALA-GELEK POLIS
GELEK GEDIK HINDUSTAN?

Kenapa Mufti beria-ia benar memburukkan PAS sehingga mengungkit kisah berdekad yang lalu? Mufti takut tak dilantik semula kalau PR berkuasa kah?

6 comments:

  1. Agaknya macam man geleng kepala mufti tu bila tengok tarian gelek dengan muzik memukau.Mungkinkah seperti geleng masa berzikir? Inilah padahnya bila ikut rentak puak UMNO semua hukum jadi HALAM (Halalharam).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam XUMNO

      Macam mana kita kena jaga akhlak, macam itulah pemimpin dan mufti kena jada akhlak. Takde bezanya. Kalau salah hukum bagi kita menonton tarian gelek, salah jugalah bagi pemimpin!

      Delete
  2. Apaaa! Ada ura-ura mahu melantik semula Mufti Harussani ke apa-apa jawatan penting berkaitan agama jika PR berkuasa????Langkah mayat aku dulu!!!!

    Aku tak rela ini terjadi seumpama wanita tidak rela dimadu!!! Biar Mufti pecacai ini terjun bersama-sama labunya apabila kapal UMNO karam kelak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Hahaha... sebab taknak lantik semula itu yang mufti jaga periok nasi jadi ketakutan!

      Delete
  3. Kalau dah mufti syok tengok gelek-gelek yang tak mufti apalagi tengok dalam gambar tu juru kemeh ke lebih lagira bukan mail lagi posing dibawah pungkoq betina tu kalau tok mufti pun jika dibagi peluang entah ke lebih lagi yang nak di tengok

    ReplyDelete
  4. Saya sokong kita lantik semula dia jadi Mufti Perak... Teman bukan apa..seriyau kot kot semua rakyat Perak akan dikristiankan, murtad bila ketuan Melayu (Umno) tumpor (kalah PRU13)sebab deme kate DAP akan murtadkan Melayu semua....haha!

    Lagi 1, teman ingat la...dia masih diperlukan untuk menjaga ke'daulat'an pihak istana. Ape cerite nanti kalo jin jin kat istana tu, galeri sultan nun akan buat hal, mengamuk atau berpindah ke lain? Habih la tak berdaulat la sultan teman nanti.. kalo Tok Mufti takda diberi kuasa camner dia nak kawtim dgn jin2 tu? Habih la power sultan teman..Habih la Perak..kena jajah lagi la nampaknya, kan?

    ;)

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.