Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 28 December 2012

ISYARAT TANGAN 1MALAYSIA ADALAH SIMBOL PUAK KRISTIAN UNTUK UKIRAN BATU NISAN! MUFTI TOLONG KELUARKAN FATWA!

Komer fikior jari telunjuk hala ke langit itu ciptaan Najib? Kalau komer fikior gitu komer dah silap besor!

Cer komer tengok gambor-gambor berikut:

APA YANG DIUKIR PADA BATU-BATU NISAN ITU?

Carian Yong mengenai isyarat tangan itu menemui soalan dan jawapan berikut dari Wikianswer: 

What does a right hand closed in a fist with the index finger pointing up mean on a tombstone?

Answer:
There is one way, there is one God and Jesus is his son. The gesture was common in the 70's for the Christians often referred to as the "Jesus Freaks" akin to the hippies with a Christian bent.

Terjemahan jawapan:
Ada satu cara, ada satu Tuhan dan Isa adalah anaknya. Isyarat ini adalah kebiasaaan bagi orang Kristian dalam tahun 70-an yang sering dirujuk sebagai "Yesus Freaks" serupa dengan hipi yang berhaluan Kristian.

Tok Mufti, ulama ameno dan tak ulama, tetiba minta PAS tarik balik amanat Hadi. Terima kasih ameno kerana "menghidupkan" Amanat yang telah diarkibkan itu.

Komer tengok diri sendiri dulu sebelum tunjuk jari pada orang lain! Adakah komer benar?

BADAN AJE HIDUP

Patutlah ameno dan BN semakin mereput! Ropernyer demer guna isyarat yang digunakan oleh orang mati!!!

Orang mati itu bukan kaum Muslimin! Lantok demer nak letak tanda apa kat kubur demer. Yang komer ameno (konon nak perjuang Islam) ikut sanjung isyarat tu apekejadah?

Kesian kat bebudak sekolah rendah yang diajor guna isyarat orang mati nih!

AGAK-AGAK MATI NANTI ADAKAH PUAK AMENO BN NAK LETAK ISYARAT TANGAN 1MALAYSIA NI KAT BATU NISAN?

KIHKIHKIH!

13 comments:

  1. A'kum Yong

    AGAK-AGAK MATI NANTI ADAKAH PUAK AMENO BN NAK LETAK ISYARAT TANGAN 1MALAYSIA NI KAT BATU NISAN?

    Gitulah gamaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller

      Ulama demer pun sama jer dengan yang tak ulama.

      Siapa yang sesat?

      Delete
  2. ini le namanya "membabi buta"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puspawangi

      Akibat suka meniru. Tengok saje le logo Jati yang ramai ostad-ostad sokong tu! Sruper logo Lucifer!

      Delete
    2. isyarat tangan royalti minyak kelantan pula macam mana pula yong

      Delete
    3. Salam Arifin Yaacob

      Semua orang yang belajar bahasa isyarat orang pekak/bisu tahu isyarat tangan royalti minyak Kelantan adalah untuk huruf R = Royalty. Ia mula digunakan secara rasmi sekitar tahun 1920an di seluruh dunia.

      Walau bagaimanpun, kalau miker nak cuba kaitkan dengan ajaran Kristian, komer baca jer penjelasan di sini:

      The act of crossing the fingers (i.e. middle finger over index finger) ‘for luck’, or to ward off ill luck (e.g. after walking under a ladder) is one of our most well-understood gestures, although we may often say it—‘I'll cross my fingers for you’— rather than actually carry out the action. Morris shows that the gesture is understood by some on mainland Europe but is only commonly found in Britain and parts of Scandinavia. Given its ubiquity in this country, it is surprising to find that the earliest reference found by Opie and Tatem only dated from 1912 (Leather, 1912: 88), where it is already linked to the ladder superstition. See thumb for an older gesture, of similar protective nature. One sphere in which crossed fingers are still taken seriously is in the school playground, used as a protective action to accompany a truce term to obtain temporary respite in a game. One of the popular explanations for the gesture's origin is that it dates from classical times when Christians were persecuted for their religion, and crossing the fingers was a secret way of invoking the cross. Given its late appearance, restricted distribution, and the fact that crossed fingers bear no relation to the shape of a cross, the explanation is completely unfounded.

      Read more: http://www.answers.com/topic/crossing-fingers#ixzz2GQimqvzT

      Tak tahu pulak kot ada kubur kristian yang nisannya diukir dengan jari bersilang.

      Delete
  3. Terbaek yong,tok mufti perak bila nk kuar fatwa.......jgn duk merapu psal amanat org jer,lht skit amanat si haji jib kor tuuuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ela

      Takde akan keluar fatwa. Demer semua takut kena buang kerojer.

      Delete
  4. ni le bala wrga ulamak tak kira pas ke umno bila orang ramai sudah mempersoalkan kewibaan ulamak kalau dulu ulamak disanjung kerana keberkatan yang tuhan limpahkan kepada puak puak ulamak dapat tempiasnya kepada rakayat umum sampai ayor lior tuan haji hussein kedah dapat menghasilkan beberapa ulamak tersohor di perak tengah sekarang lu tengok le sendiri ulamak berebut herte dunie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam yeop

      Yong masih percaya di Malaysia ada ulama yang boleh dipercayai, walaupun demer tu manusia biasa.

      Takpele kalau ulama tu nak niaga atau berladang kalau hasilnya untuk digunakan di jalan Allah, bukan untuk holiday di Disneyland, Vegas, Paris etc.

      Delete
  5. tak ada yg nak hairannya, klau berkaitan umno semuanya sesat je.. cthnya mahathir hina hudud Allah yg kata kalau hudud dilaksanakan nanti ramai yg kudung dan bolehlah buat sup tangan. Sejak dulu pemimpin umno ckp hudud tak sesuai diamalkan zaman moden dan dilaksanakan di negara ini. cuba tengok boleh dikatakan semua pemimpin umno jantan atau betina semua ada kes perilaku tak senonoh. Hatta Dr Hassan Aqidah ( Hasan ali) yg tubuh JATI sokong umnongok itupun guna lambang yg dikatakan 'lambang syaitan'.. itulah Allah ditunjukkan penghinaan atas mereka... UMNO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pahat Pusako

      Tapi adakah mereka insaf? Allah dah kantoikan mereka banyak kali. Kalau mereka nak insaf dah lama dah insaf. Tapi pandai lagi mereka putar alam dan cuba buka kesilapan pihak lain.

      Delete
  6. Terima kasih yong.teman dah upload ke fb teman.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.