Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 24 December 2012

MAKLUMAT YANG KOMER PERLU TAHU: SIAPA TEMBERANG BN AKAN MENANG 154 KERUSI?

TELINGA SIAPA NI? (SUMBER)

Menurut sumber dalaman yang bocor, jentera ameno mempunyai dua saluran untuk mengkaji kedudukan kekuatan parti. Satu di peringkat pusat. Yang lain dikumpulkan dari peringkat negeri.

Kemenangan 154 kerusi parlmen adalah yang dikumpulkan dari saluran kajian strategik peringkat negeri. 

Kajian strategik peringkat negeri ada "tendency to inflate data" (membesarkan data) supaya kelihatan selesa. Tujuan memberi gambaran selesa tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa ketua perhubungan negeri ada buat kerja dan bolehlah terlantik lagi. Misalnya untuk dilantik semula sebagai MB atau KM. Semua negeri memberi data yang telah dimanpulasi. Bezanya ada negeri yang terlebih manipulasi. Ada negeri yang hasil kajiannya tak jauh berbeza dengan dapatan kajian dari saluran peringkat pusat.

Negeri-negeri yang terlebih membesarkan data itu ialah Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Kenapa terjadi begitu? Apa masalah negeri-negeri itu? 

Memang negeri-negeri itu bermasalah. Yong ringkaskan sahaja dapatan masalah itu:

TERENGGANU

Negeri ini ada first-time Menteri Besar. Sudah tentu MB ini ingin dilantik semula sebagai MB. Umum juga tahu dia bukan pilihan PM. Jadi dia kena "impress" PM untuk menunjukkan kedudukannya adalah selesa. Semua jentera di Terengganu dalam tahap stabil. Mereka tiada problem untuk menangani PAS Terengganu yang mesra UG itu. Mereka yakin kerana ada ahli parti dalam gabungan PR yang ameno-firendly dan akan angkat bendera putih. Mereka yakin kawasan tertentu yang kini dikawal PAS akan jatuh kembali ke ameno. 

NEGERI SEMBILAN

MB NS terpalit dengan skandal wang RM10juta. Banyak kawasan di NS telah berjaya ditembusi PR, termasuk kubu-kubu demer di dalam FELDA. Ini adalah perkembangan yang tidak menyeronokkan BN, kerana selama ini rakyat NS sangat anti apa-apa parti yang bukan dalam komponen BN. Ditambah dengan skandal RM10 juta yang tidak dapat dijelaskan, MB NS menjadi liabiliti bagi BN. Mungkin tragedi yang menimpa Khir Toyo menjangkit ke MB NS. Sebab tu dia kena tunjuk yang dia best. NS dalam keadaan terkawal. Peneroka FELDA juga terkawal.

PAHANG

MB yang bakal hilang telinga ini memang merasa bahang kebangkitan rakyat, khususnya di kalangan masyarakat FELDA yang marah akibat kedudukan saham FGV yang merudum. Ditambah dengan isu kilang Lynas yang dilihat tidak membawa keuntungan pada masyarakat setempat. Pahang bukan lagi simpanan tetap bagi BN. Oleh kerana itu ia perlu dilihat dalam keadaan baik. MB Pahang juga terpaksa meyakinkan sultannya ameno akan terus berkuasa. Taruhan di Pahang amat tinggi.

SABAH

Ingat isu RM40 juta sudah ditutup. Tapi terbuka semula kerana kegigihan Rafizi dan kumpulannya. Imej KM Sabah tercalar teruk dengan isu ini. KM Sabah juga amat mengenali pemimpin parti yang menjadi komponen BN Sabah. Dia tahu demer akan melompat jika percaya BN bakal tumbang. Ini kerana ramai pemimpin BN Sabah masih menghormati DSAI. Oleh itu PM mesti diyakinkan BN Sabah masih dalam kawalan. Sumber maklumat Internet di Sabah mungkin tidak seperti di Semenanjung. Tetapi mereka memiliki cara tersendiri untuk menyebarkan maklumat dan mendapat undi rakyat Sabah!

SARAWAK

Dulu dikhabarkan KM Sarawak bersedia turun dari tahta. Tapi ternyata ia tidak berlaku. Ini mengecewakan beberapa pihak. Ada di kalangan pemimpin dan ahli komponen BN Sarawak juga tidak puashati terhadap keluasan cengkaman KM dan keluarganya dalam sektor swasta. BN Pusat sudah sedia maklum tentang perkara ini. Jadi kepimpinan Sarawak perlu menonjolkan bahawa politik di negeri itu masih baik-baik saja supaya BN Pusat tidak cuba menggugat kedudukan KM Sarawak. Seburuk-buruk KM Sarawak, dia tetap dapat mengawal politik negeri itu. 

Kata informer Yong, kalau dah yakin menang 154 kerusi, hari itu juga Najib bubar parlimen! Negeri-negeri tidak boleh temberang kerana Pusat ada caranya sendiri untuk mengenalpasti kedudukan BN di seluruh negara. Jelasnya, penemuan kajian BN Pusat tidak begitu baik untuk mengadakan PRU13 sekarang.

Najib dan Muhyiddin tidak percaya hasil kajian yang dikeluarkan negeri. Sebab itu Muhyiddin fokus ke Terengganu. Najib berulang-alik ke Sabah. 

Demi mempertahankan negeri-negeri tertentu (yang banyak minyak), beberapa negeri mungkin akan dikorbankan. Negeri-negeri tersebut termasuk negeri Yong sendiri. Huhuhu...kesian Zambry...

Yang pasti sama ada PR atau BN yang akan menguasai Putrajaya, beberapa MB dan KM akan ditukar! Memang ada MB dan KM yang tak lena tidur! 

ALAHAI...KALAU BOS SENDIRI PUN DEMER TEMBERANG, RAKYAT APA LAGI?

JOM UBAH! TOLAK BN!

10 comments:

  1. Terbaiklah dapatan dari Yong ni. Tumpo umngok tumpo bn.

    ReplyDelete
  2. A'kum Yong

    21 hb. baru ni Safie bedal datang KB jual temberang basi. Dia kata rakyat Kelantan susah. Air susah, jalan susah dan semua rakyat susah dan dipersoalkan pula ke mana perginya bantuan pusat untuk penambah baikan jalan raya untuk Kelantan sebanyak RM400 juta?

    Dia yakin Sabah tidak akan jatuh dan Kelantan akan tersungkur - he...hee... itu dia kata. Mungkin dia dapat maklumat bodek dari UMNO Kelantan. Kan dia adalah salah seorang Naib Presiden UMNO? Jadi pimpinan UMNO Kelantan kenalah bodeklah sikit.

    Dia tak nampak yang infrastruktur di Kelantan berpuluh kali lebih baik dari Sabah, negerinya sendiri begitu juga dengan kualiti hidup.

    Kesian.... dia cuba kelabu asapkan pemikiran rakyat Kelantan dengan cerita dongeng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller

      Maklumat bodek ada yob. Kalau demer percaya, sah le demer bangang! Sekarang ni PM dan TPM tak percaya ahli kabinet demer sendiri kecuali unit kajian strategik demer dan MKN! SPR dan JPN pun banyak terdapat kebocoran! Nasib ler..

      Yong pergi Kelantan banyak kali dan 15 tahun duduk di Sabah. Kesian betui rakyat rakyat Sabah. Masih ada yang tinggal di rumah takde dinding!

      Delete
  3. ELOKLAH diorang buat macam tu.. cepat sikit pru.. wakaka. itu pun kalau najib kompiden dgn data yg mrk berikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam GeloraHatiMuda

      Yang manipulasi data tu tak cukup cerdik. Kalau jauh bezanya tentu Najib tak caya.

      Delete
  4. salam yong
    saya dulu penah keja satu jabatan gomen
    jabatan ni rasanya yong tau
    core bisnes depa lain, tapi ada kerja disebalik tabir pulak yg berlaku
    keja depa adalah utk mapping kawasan, terang lagi bersuluh setiap rumah dalam kawasan akan ada marking hitam dan putih

    sy ditempatkan kat negeri mat said
    memang mat said ngam dgn jabatan ni
    sy siap kena nyanyi lagu umno lagi haha

    sy dulu pernah persoal kenapa jabatan kerjaan buat kerja parti
    depa reply kata balas jasa baik apa bala la itu ini
    dulu masa bn kalah lawan haji hadi jabatan ni tau sebulan lebih awal keputusannya
    sebab depa ada fakta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Taufik

      Sama jugak macam mana demer tahu Selangor dan Perak dah jatuh awal lagi. Memang hampeh! guna duit pembayar cukai untuk buat kerja BN. Kita patut dedahkan kerja jahat demer.

      Delete
    2. Bhai Taufik dan DeeDee Yong...

      Tolong jangan marah samer kawan-kawan gua di "E" ... itu kerja diorang... hahaha... "E" nih ader duduk dalam semua agensi kerajaan dan swasta... hahaha...

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  5. Satu analisa yang cukup baik.
    Memang betul Yong, sekarang ni UMNO/BN dalam situasi bungkah ais batu....yang tenggelamnya lebih banyak dari yang timbul sebab tu PRU13 ni ditangguhkan sehingga akhir penggal; harap2 ada perkara yang menakjubkan yang boleh depa guna untuk kempen PRU13. Nampaknya hingga kesaat ini ianya makin parahhh.
    UMNO/BN kena sedor yang rakyat tak mahu dema sebab terlampor banyak rasuah, penipuan dan kezaliman kepada rakyat.
    Ayuh kita turun ramai2 pada 12 Januari 2013 nanti dan campakan UMNO/BN kedalam Lubuk Hantu pada PRU13.......INSYAALLAH!!!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.