Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 25 December 2012

BAYANGKAN GEBENG BANJIR DAN ENTAH APA BENDA DARI KILANG LYNAS HANYUT KE RUMAH ANDA!

KAWASAN PERUMAHAN DIBANJIRI BAHAN TOKSIK WARNA MERAH

Pada 4 Oktober 2010, tembok penahan takungan sisa kaustik di loji alumina Ajka berhampiran Kolontar, Hungary, runtuh dan melepaskan lebih daripada satu juta meter padu (38 juta kaki padu) enapcemar merah yang sangat beralkali. Arus menghanyut bahan buangan yang membanjiri beberapa kampung berdekatan, membunuh 10 orang, mencederakan lebih daripada 120, dan ramai yang melecur kulit akibat kebakaran kimia. Enapcemar akhirnya meresap masuk ke dalam sungai tempatan dan membunuh banyak hidupan dan haiwan (SUMBER). 

AIR SUNGAI YANG MENJADI MERAH

Malapetaka ini belum berlaku di negara kita kerana hanya Kuantan yang banjir. Hanya Kuantan. Bukan Gebeng. Juga bukan Pekan.

Tapi Gebeng amat dekat dengan Kuantan. Hanya 5 km dari Pelabuhan Kuantan dan 25 km dari bandar Kuantan. Kilang Lynas terletak di Gebeng. 

KUANTAN TENGGELAM. APA YANG IKUT HANYUT DALAM AIR?

Adakah kita harus menunggu malapetaka seperti di Hungary baru kita sedar?

4 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Jangan sampai Kemaman sudeyy... Rumah gua kat Kemaman nih... radius dalam sekitar 45km jer...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Bukan Yong yang jadi penentu skel malapetaka. Tapi penggubal dasar. Jika taufan dan banjir berlaku di kawasan industri kimia, kesannya amat dahsyat!

      Delete
    2. kemaman pon dah banjir laa :(
      huhu

      bayangkan tempat2 di kemaman yg tak pernah naik air tetibe boleh naik air dengan teruk skalik....

      jadi itu adalah amaran perut bumi malaysia to stop lynas....

      lynas itu sgt bahaya.... huhuhu

      Delete
    3. Salam HafRizah

      Memang teruk kali ni. Haraf puak-puak yang tak faham lagi, termasuk MP Bachok faham dan insaf!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.