Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 15 January 2013

TIADA BELAS KASIHAN, SUDAH NAZAK, KENA TENDANG PULA DI PASIR PANJANG


Yong dapat berita sahih dari gudang senarai calon ameno!

Sebelum ini Yong ada buat ramalan di sini. Ramalan itu mengenai pertandingan merebut DUN Pasir Panjang yang dijangka sengit. Yong difahamkan MIC minat untuk bertanding DUN tersebut. Tapi ameno pulak mahu DUN itu. Kemahuan ameno ini didorong oleh keinginan untuk mempertahankan setitik hargadiri yang diranapkan oleh DS Nizar yang demer paling takut. 

Antara Dr Azizah, wanita ameno dan Rashidi, SU Zambry, Yong dah jangka Rashidi akan diberi tanggungjawab besar ini. 

Kini sudah sah! MIC yang tengah nazak itu bakal ditendang keluar dari Pasir Panjang. Rashidi menjadi pilihan sebagai calon. 

Memandangkan Zambry bukan orang Najib, dan Rashidi orang Zambry, maka kita boleh buat kesimpulan, ini percaturan Chedet!

Berita ini pasti menggembirakan geng Rashidi. MIC pula akan mati beragan!

MENGKOMER TENGOK SENDIRI, YANG KANAN TU, ADA TOKOH TAK?

Harap pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dapat memilih strategi yang sesuai dan mantap serta kaedah pelaksanaannya demi mengekalkan Pasir Panjang dalam genggaman PAS.

Bagi orang India di DUN Pasir Panjang. Apa nak tunggu lagi. Ameno takkan peduli pada komer. Tunggu saja nyawa Parti MIC kesayangan komer direntap dengan kejam oleh tuan ameno komer. Hahaha!

PATI LEBIH PENTING BAGI BN, BUKAN WARGA INDIA TEMPATAN

TAK KIRA SIAPA CALON PAS DI PASIR PANJANG

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.