Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 4 January 2013

TIADA UBAT FREE SATU LAGI PROJEK SAMBUNG NYAWA BN DAN KRONI?

SYARIKAT INSURANCE NYAWA MINTA NYAWA?

Sejak seminggu dua ni HP Yong tak henti-henti dengan panggilan "unknown number." Walaupun Yong dah tekan deny, dia telefon jugak. Yong agak panggilan ini mesti dari bank. Entah nak buat tawaran apa? Oleh kerana dah melampau Yong pun angkat. Sahih dari bank. Rupanya nak jual insuran hospital!

Bank-bank ni spam kita melalui snail mail, sms, email dan juga telefon. Yang kita takde akaun pun boleh dapat nombor HP kita dan spam kita dengan sms. Kalau gini, orang sihat pun boleh jadi naik darah tinggi sebab marah! Hello dunia ICT!

Alhamdulillah! Yong takde sakit darah tinggi.

Syarikat insuran yang merayap ke sana sini macam vampire ini ada kaitanya dengan polisi perubatan kerajaan maqasid syariah Malaysia. Ini kerana telah heboh diperkatakan, ubat tidak akan diberi percuma lagi.

Lim Guan Eng pernah menyebut perkara yang berkaitan masalah bekalan ubat di hospital pada 18 Julai 2012. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng (boleh baca di sini) beliau menyoal kewajaran polisi kerajaan mengenai proses yang harus dilalui oleh sesebuah syarikat yang ingin membekalkan ubat ke hospital di Malaysia. Kata Lim Guan Eng:

HANYA SYARIKAT TERPILIH BOLEH MEMBEKALKAN UBAT KE HOSPITAL

Yong menghargai usaha kerajaan mengawal pembekal ubat kerana ia serius dan melibatkan nyawa pesakit. Tetapi benarkah semua ini dilakukan kerana hendak menjaga kebajikan pesakit dan bukan untuk menghalang persaingan bagi syarikat milik kroni?

Bukan meyambung nyawa kroni?

Yong pernah menulis mengenai masalah hospital dalam N3 terdahulu pada 27 Jun 2012 (boleh baca di sini). Namum apa yang tidak Yong sebut ialah maklumat yang diberi oleh seorang pegawai kanan di bahagian farmasi yang menyatakan masalah ubat di hospital telah sampai ke tahap kritikal. Kata pemberi maklumat (ketika itu), tanpa tambahan belanjawan, bekalan ubat di hospital tidak akan bertahan sehingga bulan Disember! Ini kerana kos ubat sangat tinggi. Pemberi maklumat mendakwa pembekal yang dipilih kerajaan bukan pembekal yang menawarkan harga yang rendah.

Adakah ini bermakna dakwaan Lim Gun Eng tentang peranan orang tengah ini benar?

Kalau benar, amat malang sekali rakyat Malaysia mempunyai menteri kesihatan yang langsung tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat, tetapi mementingkan orang tengah sebagai pembekal ubat yang bertindak seperti along!

Lantas di sinilah syarikat insuran memainkan peranan. Kalau ubat untuk pesakit luar tidak lagi percuma, sudah tentu ubat untuk pesakit yang dimasukkan ke hospital juga tidak percuma. 

Industri insuran di Malaysia bukanlah satu perniagaan yang memberansangkan. Kecuali insuran kenderaan, orang awan masih menjauhi insuran, lebih-lebih lagi insuran perubatan. Pastinya situasi ini membimbangkan syarikat insuran. Lebih-lebih lagi banyak bank (termasuk bank kroni) yang telah terjun ke dalam industri ini.

Rakyat Malaysia, miskin atau kaya akan terpaksa membeli insuran hospital!

Bagi yang kaya, insuran adalah kebiasaan. Bagi yang miskin, insuran adalah satu tambahan beban.

Di atas Yong letakkan nama-nama syarikat insuran di Malaysia. Milik siapakah syarikat insuran tersebut?

Tiada apa yang menarik dalam konsep maqasid syariah amalan Najib. Semuanya janji palsu belaka.

SOKONG BN BERMAKNA TIADA LAGI UBAT PERCUMA.

JOM UBAH!

TOLAK UMNO. TOLAK BN.

4 comments:

  1. hidup melayu 3x...melayu miskin akan pupus spt dinosour..kerajaan prihatin pd kroni sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mk Jacobin

      Masalahnya generasi dulu2 masih tak faham. Demer pun taknak dengar nasihat anak. Malah marah anak yang nak berubah!

      Delete
  2. ye..sokong BN bermakna anda menyokong pembayaran untuk khidmat kesihatan.Ada ura ura kerajaan umno/BN nak mengwujudkan insuran kesihatan yang akan membebankan rakyat malah ramai rakyat akan terpinggir dan tidak akan dapat kemudahan rawatan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TBO

      Insuran ni halal ke haram? Tok mufti tolong kuor fatwa yang jelas!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.