Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 5 January 2013

CIKGU, PENSYARAH DAN PELAJAR - JOM UNDI PAKATAN RAKYAT DEMI MENGUBAH KUALITI HIDUP ANDA!

PUPUS!

Maaf, bahasa N3 Yong kali ini mungkin kasar!

Dasar Pendidikan Negara ibarat dinosaur yang kepala kecil tetapi berbadan besar. Dasar ini langsung tiada unsur intelleual. Ia dilakar semata-mata untuk kehendak industri. Itupun tidak menjadi kerana sektor itu kini penuh dengan pendatang asing!

Cikgu mengeluh kerana beban kerja yang terlampau. Ibu bapa mengeluh kerana beg sekolah anak teramat berat. Itupun ibubapa masih terpaksa keluar wang untuk bayaran tuisyen tambahan kerana anak masih tak faham apa yang diajar di sekolah. Pensyarah tiada masa membuat penyelidikan kerana dibebankan dengan kerja-kerja "kualiti" yang mengarut. Pelajar tiada masa beriadah dan bergiat dalam persatuan kerana terbeban dengan kerja kursus untuk memenuhi keperluan OBE!

Apa itu OBE?

OBE ialah Outcome Based Education. Ia satu sistem jaminan kualiti paling mengarut yang pernah diamalkan oleh universiti tempatan. OBE pernah diamalkan di negara maju seperti di US, Australia dan Jepun. Tetapi ia mendapat tentangan dari kalangan aktivis pendidikan.

Kenapa menentang kalau ia bagus?

Kepada pendukong OBE Yong ingin bertanya:
  • Bagaimana anda mengukur kematangan minda pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur etika pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur "continuous learning?" 
  • Bagaimana anda mengukur kepimpinan pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur keberadaban pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur daya kreativiti pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur nilai? 
  • Bagaimana anda mengukur seseorang pendidik itu telah mencapai objektif pengajarannya? 
Semua itu anda tidak boleh ukur, lalu anda letak sahaja sebagai "not-measured" atau "non-measurable." 

Sesungguhnya OBE telah membunuh daya kreativiti pendidik dan pelajar kerana skop pendidikan hanya diasaskan kepada apa yang "measurable" atau boleh diukur dalam objektif suka-suka buat yang kebanyakannya mengarut!

Objektif pengajaran mengarut kerana keperluan memenuhi syarat berikut: 
  • Dalam kelas pendidik tidak boleh mengkritik dasar kerajaan. 
  • Dalam kelas pelajar tidak boleh menjawab soalan dengan mengkritik dasar kerajaan. 
Oleh itu, Yong menyeru cikgu, pensyarah dan pelajar yang boleh mengundi. Pilihlah Pakatan Rakyat demi meningkatkan kualiti pendidikan Negara.

Sebagai bekas auditor kualiti akademik, Yong tahu di mana letaknya kepincangan akademik dan kenapa graduan kita sekarang ramai macam robot.

Maaf graduan-graduan semua. Anda telah diuji secara tidak adil oleh sistem yang tidak adil!

TAK PERLU ANDA KOW-TOW PROFESOR KANGKUNG ANDA HANYA KERANA INGIN MARKAH YANG TINGGI!

JOM UBAH!

TOLAK UMNO. TOLAK BN.

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Gua kalu nak bercerita tentang Dasar Pendidikan Negara nih.. rasanyer berjela panjangnya... siap boleh buat thesis lagie... hahaha... Mana taknyer... walaupun gua bukan guru/cikgu... tapi keluarga gua memang terlibat dalam bidang nih...

    Tambah lagi pulak gua berkahwin dengan seorang guru... jadi... gua tabley lari dengan institusi ini....

    Stuju dengan aper yang Yong tuliskan tue... sistem yang ader banyak sangat pincang... belum sempat diperbaikpulih... dah tukar lain...

    Setiap kali tukar Menteri Pendidikan/Pelajaran dan tukar Ketua Pengarah... maka bertukarlah semuanya... bodo betul lar....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Kalau nak buat tesisi kritik gomen kena pergi kursusu di luar negara. Sebab kat Malaysia prof kangkung kaki ampu, syok sendiri dan penakut. Nanti tak lulus!

      Mungkin juga BN sengaja nak lahirkan graduan yang kaki angguk dan bebal. Sebab tu buat sistem pendidikan yang bebal. Kurikulum pun bebal.

      Bila kita cuba mengajar mengikut gaya sendiri yang memberi peluang pelajar berfikir secara kritis, kita dituduh tak ikut kurikulum dan macam-macam.

      Yong memang menentang sistem OBE kerana konsepnya yang langsung tidak sesuai untuk pelajar social science dan humanity. Mungkin boleh diubahsuai untuk kursus technical. Itupun bukan semuanya.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.