Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 13 February 2013

MAHATHIR TOLONG JANGAN NYANYUK DULU!!!

KARTUN ZUNAR

Makna nyanyuk ialah yang berhubungan dengan atau mempamerkan kehilangan ingatan atau kemerosotan mental yang dikaitkan dengan penuaan.

Sana sini blogger menulis Mahathir nyanyuk. Janganle minta dia nyanyuk. Mana mungkin dia nyanyuk. Allah amat adil pada hambaNya. Kalau dia nyanyuk dia tidak ingat apa-apa lagi. Dia tidak ingat perbuatannya dahulu. Dia tidak ingat mangsa Memali, mangsa ISA dan mangsa reformasi.

Terkini Mahathir kata UMNO tak pernah tipu PAS. Ini disebutnya dalam blog chedet dia. Maksudnya selama ini BN yang menipu rakyat Malaysia, tak kira dia PAS, PKR, DAP dan parti-parti di Sabah dan Sarawak!

Minta-minta dia belum nyanyuk.

Banyak perkara yang dia kena jawab bila Pakatan Rakyat memerintah nanti.

Dia kena jawab:
  • Siapa arah pembunuhan Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya?
  • Siapa arah Rahim Noor belasah Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan?
  • Siapa perekacipta kes Liwat 1?
  • Siapa perekacipta kes Liwat 2?
  • Kenapa tahan pendakwah Islam dalam ISA?
  • Apakah cerita sebenar Al-Maunah?
  • Bagaimana syarikat anak boleh jadi pembekal minyak untuk MAS?
  • etc.etc.etc.
Sebenarnya terlalu banyak soalan yang rakyat Marhein nak tanya. Jadi, jangan nyanyuk dulu.

KALAU MAHU KEBENARAN

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN




7 comments:

  1. A,kum Yong

    Betul, betul!

    Biar dia merasa penderitaan mangsanya
    Biar dia merasa nikmat Mahligai Sungai Buloh
    Biar dia merasa keenakan simen lokap

    Yang penting
    Biar dia merasa keseronokan dihantui ketakutan dan kebimbangan!

    ReplyDelete
  2. semoga madey mamak pedukang situa kutuk dipanjangkan umur supaya dia lihat segala kerosakan yg telah di buatnya selama dia hidup. berapa ramai org islam yg dah terbatal akidah secara tak sedar disebabkan dek mamak pedukang ini.

    ReplyDelete
  3. Salam Mountdweller dan Opisboi

    Memang kita minta Tun Mahathir panjang umur dan tidak nyanyuk sampai ke akhir hayat. Supaya dia boleh ingat tentang dosa dan penganiayaan yang dia lakukan terhadap pendakwah Islam. Supaya dia melihat balasan dosa-dosanya terhadap umat Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. salam yong

    teman tak beghape pande hei undang2 ne, tapi ader kawan kawan beceghiter kalo udah ader taitel TUN memang kebe daghi undang2. Mohon penceghahan sket yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Selly

      Setahu Yong kat Malaysia ni Tan Tin Tun semua takde yang kebe. Dalam hei2 tertentu sultan pun tak kebe. UMNO udah buang kekebalan gheghaje tu dulu. Tapi kot demer ader kabel besor idak pulok Yong tahu...

      Delete
  5. On paper, memang ler cam same aje kite vs VVVIP, gheghaje top men semue. On implementation, ghope macam ader 2 set undang-2 pasei almost non existense oghang ataih kene tindakan undang-2 atau ditahan polis. Tahap YB,Dato', Tan sri, Syai-Tun semedang terlepas.

    That sad Tun'd rather burned down his own country & our people than to step down? haha...senile perhaps? Apa nak heran sgt .. he's his own $*** now! Eventually, he deserves it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz

      Bukan salah undang-undang, tapi enforcementnya yang hampeh. Contoh terbaharu budak Cina yang kena denda dan penjara sebab tunjuk tanda lucah. Yong setuju budak tu biadap. Tapi kalau kita buka internet, punya le banyak gambor mamat dan minah umno yang tunjuk tanda lucah. Tak kena aperpun.

      Jadi, undang2 nampak tak adil...sedangkan yang tak adil demer yang pegang undang2 itu. Kesian rakyat Malaysia!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.