Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 10 February 2013

PANAS! VC UiTM BAKAL DIGANTI?

Dulu heboh di kalangan blogger2 pro-BN bergosip kononnya Datuk Prof Dr. Sahol Hamid orang Anwar. Oleh kerana dia orang Anwar, dia tidak wajar jadi VC UiTM.

VC UiTM juga dikecam kerana memecat Mat Zin Mat Kib dari jawatan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM. Selain Mat Zin, pegawai yang dipecat termasuk Prof Madya Dr Shireen Haron, Penolong Naib Canselor (PNC) Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Tempat Dr. Shireen diganti oleh Prof Dr Hazman Shah Vijayan, seorang India Muslim.

Yong ingin nyatakan di sini, Yong kenal semua nama-nama yang di atas. Sebelum Yong pergi pada isu pada tajuk N3 ini, Yong ingin memberi sedikit latarbelakang/pencerahan, bagi yang keliru:

Pertama: Setahu Yong Datuk Prof Dr. Sahol Hamid orang Pak Lah. Malahan dia amat bangga menjadi orang Pak Lah. Kononnya slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang itu cetusan mindanya untuk UMNO. Biasalah, muka dia mamak. Dia orang Pulau Pinang.

Jadi, kalau dia orang Pak Lah, bagaimana boleh dia jadi orang Anwar? Kecuali dia talam dua muka. Talam dua muka? Mustahil? Tak mustahil? Setelah Pak Lah dijatuhkan, dia berusaha untuk rapat dengan Najib!

Kedua: Tindakan VC memecat Mat Zin Mat Kib adalah wajar. Tak mungkin kerana kedudukan Mat Zin dalam UMNO Kelantan. Ini kerana Mat Zin tidak pernah memberi perkhidmatan di kampus induk Shah Alam dan tidak pernah memegang apa-apa jawatan pentadbiran yang boleh dijadikan terms of reference pengurusan akademik seperti kordinator. Selain itu Mat Zin tidak memiliki kelulusan PhD.

Kelayakan ini amat penting bagi fakulti berkenaan. Ketiadaan PhD boleh menyebabkan seseorang dekan kurang mendapat pengiktirafan dari kalangan ahli akademik yang lain. Beliau kemudiannya diganti oleh Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam yang memegang jawatannya selama 1 tahun sahaja.

Ketiga: Prof Madya Dr Shireen Haron adalah seorang yang sangat dedikasi dalam menjalankan tugas. Beliau tidak akan bertolak ansur dari segi integriti, khususnya dalam penggunaan dana UiTM. Beliau juga seorang penyelidik yang aktif, selain sikapnya yang terbuka terhadap perbezaan ideologi dan pendapat. Sebelum dilantik sebagai PNC InQKA beliau mengetuai Unit Penerbitan UiTM (UPENA).

Pemecatan beliau adalah tindakan kurang bijak, hanya semata-mata kerana beliau dilihat sebagai orang Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, mantan VC UiTM.

Adakah kualiti pendidikan di UiTM lebih baik setelah beliau dipecat?

Keempat: Jawapan sepatutnnya "Ya" kerana jawatan PNC kini dipegang oleh orang yang lebih tinggi pangkatnya - memandangkan Dr Hazman Shah Vijayan seorang profesor. Tetapi hasilnya tidak juga. Pada tahun 2011 UiTM mendapat ranking 601 dalam QS World University Rankings. Angka ini kekal dalam tahun 2012. Jadi, bagus sangatkah Prof Dr. Hazman Shah Vijayan ini dalam membimbing kualiti pengembangan ilmu di UiTM?

Selain sebuk meningkatkan kepakaran diri sendiri, seseorang penjawat awam wajar mencurahkan tenaga yang sama demi organisasinya. Adakah ini berlaku di InQKA UiTM?

Kelima: Seorang VC seharusnya bebas dari politik. Seperti penjawat awam yang lain. Dikotomi politik dan pentadbiran ini jelas diamalkan dalam negara demokrasi yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Mungkinkah ini hanya impian di Malaysia? Apapun, ia sewajarnya dilaksanakan demi menjaga kebebasan akademik.

Kini timbul kabar-kabar angin VC UiTM tidak akan disambung kontraknya. Alasannya kerana seorang yang telah bersara akan disambung kontrak ke jawatan khusus hanya setahun, dan diperbaharui setiap tahun! Ini berlaku kepada Datuk Prof. Dr Ramlah Adam yang memegang jawatan hanya setahun dan tidak diperbaharui tanpa apa-apa sebab! Alasan kedua kononnya Dr Mahathir tidak berapa senang dengan tindak-tanduk VC mutakhir ini. Sebuah sms menunjukkan kemelut perlantikan VC UiTM ini wujud.


Semua nama-nama di atas adalah ahli UMNO, kecuali Prof Dr. Hazman Shah Vijayan. Ini bermakna cantas-mencantas yang berlaku adalah di kalangan ahli UMNO dan pencacainya! Amalan yang berlaku adalah selaras dengan konsep K.A.B - Kronisma, Ampu, Bodek.

Telah lama desas-desus kedengaran perlantikan Datuk Prof Dr Sahol Hamid sebagai VC UiTM dan Prof Dr Hazman Shah Vijayan sebagai PNC InQKA adalah percaturan PKR. Betulkah? Kalau betul, maka maknanya tiada beza PKR dan UMNO! Kedua parti suka main cantas-mencantas! 

SIAPAKAH SEBENARNYA YANG BERKUASA MENENTUKAN PERLANTIKAN VC?

Sebuah IPTA wajar bebas dari cengkaman parti politik demi kelangsungan kebebasan akademia. IPTA bukan cawangan atau ranting parti politik. UMNO, PKR mahupun PAS (belum dengar lagi) tidak patut menjadikan IPTA medan tempur dengan memperalatkan pentadbir universiti, yang mungkin boleh menjejaskan kualiti pendidikan generasi masa depan. 

Seorang pensyarah atau pentadbir Universiti tidak harus membawa bagasi ideologi politiknya semasa menjalankan tugas yang diamanahkan. Ingatlah, gaji dan segala kemudahan yang dinikmati adalah dari dana awam - maknanya ia hasil titik peluh rakyat dari berbilang bangsa dan kefahaman.

Seharusnya K.A.B. tidak wujud di tempat di mana terdapat golongan masyarakat yang tinggi ilmu dan daya inteleknya. Hormatilah orang lain jika mahu diri sendiri dihormati.

Dengan itu KPT diseru supaya memandang serius perlantikan jawatan-jawatan pengurusan utama IPTA demi kecemerlangan pendidikan di Malaysia.

TAKNAK KRONISMA, AMPU DAN BODEK

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

8 comments:

  1. salamunalaik Yong

    ingatkan teman ajer yang bersangka baik yang PKR ni samer jer degan UMNU. Kalau kiter peghati tak ade yang bezanya pon, cumer UMNU boleh dikaterkan 100% muka melayu manakala PKR ade berbagai bangse tapi dalam bab isi perut dan bawah perut samer jer. Tapikan yong, yg bestnyer UMNU ne kabor nyer kat sabah ada ketua bahagian yang bukan islam betui ke tak wallah huaklam teman ade terbacer jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shelly

      Yong sebenor2nya tak kisah apa pegangan politik VC/pentabir U kat Malaysia ni. Yang penting demer adil dan amanah. Masalahnya demer gemor mencantas orang yang tak sebulu dengan demer. Tunggu peluang jer. itu yang buat Yong menyampah!!!

      Delete
    2. Shellyrimulla...
      Nak tengok ketua bahagian umno keristian ada gambarnya di http://separuhjingga.blogspot.com/2012/11/ini-dia-rupa-ketua-bahagian-umno.html

      Delete
    3. salam tn MM

      Mekasih yob teman dah tengok ghoper dier, hensem !!!!

      Delete
  2. Salam Yong,

    Nampaknya di mana-mana pun sama. Bukan dema pilih berdasarkan kebolehan tapi atas dasar kroni..

    Kalau Yong tengok pula kat pejabat-pejabat pelajaran pun sama. Ada satu pejabat tu semua mesti diisi oleh orang biru. Sekolah baru atau elit pun mesti geng yang sama.

    Dalam pilih punya pilih tu pun terpilih buku tebu. Padan muka dema. Bukan senang dah nak isi dengan orang-orang dema sebab dah ramai tak sokong.. Itupun dema tak sedor lagi..

    Tak sabor teman nunggukan PRU13 kot-kot dema bungkus, meroyan dema gamaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar

      Hanya pengisian Islam yang boleh membersihkan agensi kerajaan ini. Yong sendiri banyak kali kena aniaya gerombolan macam ini. Kat depan baik. Kat belakang tikam. Munafiq tak sudah!

      Mengikut pengalaman Yong, yang perangai teruk ni tak kira parti politik yang disokongnya! Biru gelap, biru cerah atau hijau - sama jer.

      Tapi Yong percaya, kalau pucuk pimpinan Islamik, anak buah juga akan Islamik. Yang penting jangan dengor bisikan dan hasutan manusia berhati syaitan.

      Delete
  3. rasa teman bab canteh mencanteh ni memaner universiti sama je... sama ade teruk ata kurang teruk. nak tgk kalau PR naik budaya ini bertambah parah atau kurang. Yg seronoknyer di DR M nyebok ape kehe? anak dah dpt Petron dok diam2 udah ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mangchikla

      Itule yang sedap didengor. Sana sini kita pong pang cakap bab meritokrasi, belakang buat kerojer lain.

      Yong kene bebenor saper yang naik ikut pintu belakang, saper ikut pintu depan. Alahai....

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.