PETALING JAYA – Pas Kawasan Subang menyifatkan tuduhan dilemparkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kononnya parti itu menceroboh kerusi Dun Kota Damansara sebagai melampau.
Timbalan Yang Dipertuanya, Roslan Abu Bakar berkata, kenyataan dan tuduhan tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pengerusi parti.
Menurutnya, PSM kini dilihat seolah-olah ‘lupa daratan’ dan asalusulnya sebelum ini.
“PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
"PSM harus ingat ketika itu Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun itu, jadi saya harap Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim boleh cuba ingat-ingatkan kembali tentang sejarah ini,” katanya ketika mengulas mengenai tindakan PSM melabel Pas penceroboh seperti yang disiarkan akhbar ini semalam.
Roslan berkata, sebelum kawasan Dun Kota Damansara dipecahkan menjadi sebahagian Parlimen Subang, Pas sudah bekerja dan bertanding di kawasan itu mewakili Dun Paya Jaras dan Dun Bukit Lanjan.
“Kami ada mandat dari pucuk pimpinan, jadi PSM harus memahami hakikat bahawa Pas tetap akan bertanding di kawasan Dun ini atas permintaan pengundi dan kajian yang dilakukan sebelum ini demi kemenangan Pakatan Rakyat,” katanya.
Dalam pada itu calon Pas Kota Damansara, Ridzuan Ismail, 34, berkata, sejak lima hari berkempen, beliau sudah turun ke hampir semua kawasan di Dun itu.
Beliau ketika ditemui di Subang Perdana semalam berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Kota Damansara jika diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di situ.
“Banyak perkara akan saya beri perhatian terutama melibatkan isu kebajikan dan menyelesaikan masalah infrastruktur seperti jalan berlubang serta kemudahan awam yang perlu dipertingkatkan atas permintaan penduduk di sini,” katanya.
Yong petik kata-kata Roslan Abu Bakar dari: "PSM kini dilihat seolah-olah lupa daratan" sehingga ke: "PSM harus ingat ketika itu Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun itu."

Di mana silapnya kata-kata itu?

Silapnya ialah, dah buat kerja baik, mengungkit pulak!

Walaupun Yong bukan ustazah, tapi Yong belajor agama juga. Ustaz Yong pernah berpesan. Dia guna ayat ini:

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan kelakuan yang menyakiti…" (Surah al-Baqarah, ayat 264).

Teruklah kalau PAS nak ungkit semua apa yang parti itu buat. PAS sudah aktif lama sebelum wujudnya PKR dan PSM. PAS sudah banyak mengalami pahit maung perjuangan: kadang-kadang menang, selalunya kalah.

Tetapi selepas PRU10, pada tahun 1999, PAS sudah mula menunjukkan peningkatan prestasi. Parti itu mula mendapat perhatian golongan bukan Islam.

Agak-agak komer yang otak cerdik, macam mana prestasi PAS boleh meningkat?

Sudah tentu dengan bantuan ahli/penyokong/sekutunya, PKR, DAP dan PSM. 

Kalau kita nak ungkit sangat; Pada tahun 1997 hingga 1999, di mana Ridzuan Ismail, tolong cerita sikit?

Kes Kota Damansara tidak sama dengan Pasir Salak. PAS memang menuntut Pasir Salak, atau Sungai Manik sebab PKR kalah di kedua-dua tempat tersebut. Bukan hanya kalah, sejak itu ahli PKR kian ghaib. Tetapi disebabkan PKR dah bagi balik Changkat Jering, Yong takde nak heboh, walaupun sakit hati. Yong pun minta kawan-kawan kat Sungai Manik toksah ungkit. Nak buat kerja, buat. Taknak, sudah. Lantok demer, PKR nak sangat bertanding di situ.

Di Kota Damansara, Dr Nasir telah menang. Beliau bukan menang, lalu tidur dengan elaunnya. Tidak. Walaupun Yong tidak sealiran dengan ideology politiknya, Yong tetap mengakui, beliau seorang YB yang aktif! Lihat aktiviti beliau di sini

GAMBAR YANG MENYENTUH HATI

Di Kota Damansara, PKR hanyalah skin (kulit) yang digunakan oleh PSM. Ini strategi politik untuk menawan Putrajaya. Kalau konsep inipun tak faham, bagaimana nak jadi pemimpin untuk rakyat?

Kita perlu pemimpin yang mendahulukan rakyat seperti Dr Nasir.

Jangan sekali-kali ada dalam hati: Biar PAS kalah, asalkan Islam menang!"

Islam dikira menang jika kita tidak mendengar bisikan syaitan yang dikenali, sanggup memberi laluan kepada rakan seperjuangan dan istiqomah bersama pucuk pimpinan.

PAS akan dikenang sebagai parti yang berkemahiran berunding, flexibel, telus dan visionary, jika menarik diri dari bertanding di Kota Damansara.

UNDUR ADALAH TAKTIK PEPERANGAN, BUKAN BERMAKNA KALAH.

Sebaliknya, PAS (khususnya PAS Kota Damansara) akan diingat sebagai parti yang menyebabkan kekalahan jika BN menang di DUN Kota Damansara dan Parlimen Subang.

Sekarang inipun BN Kota Damansara sudah gelak guling-guling meraikan pra-kemenangan kerana karenah budak-budak PAS yang tidak faham ilmu perang.

Yong tidak berani memikirkan rantaian kesan perbuatan budak-budak yang masih perlu banyak belajar  kemahiran ilmu politik ini. Pucuk pimpinan perlu bertindak segera menanganinya.

BERPOLITIKLAH DENGAN MATANG. MASIH BELUM TERLAMBAT.

PAS FOR ALL
JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN